Thursday 4 April 2024

Kek Lapis Apple Lady

Kek Lapis Apple Lady



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis ke 2 pulak... Resepi ni aku amek kat buku 77 Resipi Kek Lapis Sarawak oleh Noy Yullan. Kalau ikut kan resepi tu letak perisa epal. Aku letak perisa epal merah. Bau dia kurang menyerlah macam epal hijau... Ada la bau manis-manis sikit tapi tak kuat sangat macam epal hijau tu... Aku guna perisa epal merah tu sebab saja nak test... Aku sarankan guna yang epal hijau tau... Kalau ada yang nak mencuba resepi kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah tu.... Byee....
 

Kek Lapis Apple Lady


Kek Lapis Apple Lady
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )


Bahan-bahan

454gm mentega
1 sudu besar ovellet
150gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
200ml emborg dessert whip atau nestle cream
170gm kaya
300gm susu pekat
200gm horlicks* ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
100gm serbuk aiskrim vanila*
400gm serbuk biskut marie ( kisar biskut marie sehingga menjadi serbuk seperti tepung )* [ disatukan dan ayak ]
pewarna hijau
esen epal
pewarna ungu
cip coklat susu secukupnya ( milk chocolate chip )


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan emborg dessert whip, kaya dan susu pekat. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaub balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada dua bahagian. Adunan 1 masukkan pewarna hijau dan esen epal. Kacau rata dan bahagi 5. Aduna 2 masukkan pewarna ungu. Kacau rata dan bahagi 5.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja. Ratakan satu bahagian adunan bewarna hijau. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa berbeza mengikut oven ). Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan hijau. Taburkan cip coklat susu. Bakar lagi sehingga lapisan kek kental. Ulang proses melapis sehingga adunan hijau habis. Taburkan cip coklat susu selang dua lapisan.
  7. Tuang dan ratakan pula adunan berwarna ungu di atas lapsan hijau. Bakar sehingga lapisan kek agak kental. Lapis lagi dengan adunan berwarna ungu. Tabur cip coklat susu. Bakar lagi. Ulang proses melapis sehingga adunan ungu habis. Taburkan cip coklat susu selang dua lapisan.
  8. Biar kek sejuk sepenuhnya baru potong.


 Kek Lapis Apple Lady

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...