Sunday 7 April 2024

Kek Lapis Aiskrim Soda

Kek Lapis Aiskrim Soda


   
    Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 5 untuk tahun ni. Kek ni namanya kek lapis aiskrim soda. Payah jugak nak cari resepi kek lapis ni. Aku jumpa satu ja... Bila bakar kek lapis ni bau dia manis jaa... Bau aiskrim soda tu... Kalau ikutkan resepi ni dia guna loyang 7x7 inci. Bila buat kek nampak rendah. Kalau nak nampak tinggi sikit boleh la pakai loyang 6x6 inci... Sapa-sapa nak mencuba resepi ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Esok aku share resepi kek lapis yang last pulak... Byeee....


Kek Lapis Aiskrim Soda



Kek Lapis Aiskrim Soda
Loyang 7x7

Bahan-bahan

300gm mentega
120gm gula halus
1/2 sudu teh ovalette
6 biji telur gred A
250 susu pekat manis ( boleh kurangkan kepada 220gm )
100gm horlicks ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
1 1/2 sudu teh esen aiskrim soda
1 sudu teh pewarna biru
50gm jem raspberry ( guna yg sugar-free / reduced sugar )
1 sudu teh esen raspberry ( optional )
1 sudu teh pewarna merah jambu
160gm tepung hong kong
 
 
Cara-cara
  1. Pukul mentega, ovalette dan gula dengan high speed sehingga kembang ( kira-kira 7-8 minit )
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga sebati (  kira-kira 4-5 minit ).
  3. Perlahankan speed ( sederhana ) lalu masukkan susu pekat dan horlicks. Pukul lagi hingga rata ( kira-kira 2-3 minit ).
  4. Perlahankan lagi speed ( slow, sekadar nak ratakan tepung ) dan masukkan tepung hong kong dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit sahaja. Ataupun boleh gunakan kaedah '' fold-in method '' bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur / mentega tadi. Tidak perlu gunakan mixer.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian masukkan esen aiskrim soda dan pewarna biru. 1 bahagian lagi masukkan jem raspberry dan pewarna merah jambu. Bahagian terakhir dibiarkan plain,warna asal.
  6. Panaskan ketuhar dengan suhu kira-kira 180C-190C, api atas dan bawah. Msukkan 2 senduk adunan warna asal kedalam loyang kek lalu ratakan. Bakar lapisan pertama ini sehingga masak ( kira-kira 6-7 minit ). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sedikit dengan penekan kek lapis agar rata.
  7. Kemudian tukar suhu ketuhar kepada 200C-210C ( api grill / atas sahaja ). Masukkan pula 2 senduk adunan warna biru dan bakar sehingga masak ( 6-7minit ) dan seterusnya warna merah jambu pula. Bakar berselang-seli warna asal, biru dan merah jambu sehingga selesai semua adunan.
     
 
Kek Lapis Aiskrim Soda

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...