Sunday, 18 January 2015

Choco Mousse Brownies



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Errr, rasanya dah nak masuk waktu tengahari dah ni... Tak pa la, janji masaih pagi kan... Selamat berhujung minggu jugak... Hari ni aku nak share resepi kek yang sangat mudah dan ringkas cara pembuatannya. Resepi ni aku dah save lama dah. Rasanya penghujung tahun 2011. Lama tu dok peram resepi ni. Aku dapat resepi ni kat Myresepi... Masa tu tempat tu la yang top kalau nak cari resepi... Waktu tu aku tak berapa rajin lagi nak buat kek-kek ni. Cuma rajin simpan resepi ja... Apa-apa pun terima kasih kepada penyumbang resepi ni... Untuk kek ni aku buat dalam loyang saiz 6''. Ok la, bye...





Choco Mousse Brownies
C&P : MyR / yani


Bahan-bahan ( 18cm )
Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko


Cara-cara
  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.






Chocolate Mousse

140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus


Cara-Cara
  1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  3. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  4. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  5. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  6. Masukkan no.5 dan no.2 ke dalam no.4. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  7. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.






Friday, 9 January 2015

Strawberry Choc Indulgence



    Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Hari ni nak tunjuk kek birthday kak aku yang ke-2. Kek ni memang sangat sedap, cuma leceh sikit la sebab banyak stepnya... Tapi amat berbaloi bila dah siap. Rasa kek ni memang macam makan kek aiskrim strawberry dan coklat. Nikmat sangat. Sebelom ni dah cuba versi Kek Choc Indulgance. Tapi bila nampak kak ita post kat blog dia Strawberry Choc Indulgence ni terus aku save resepinya.. Memang wajib cuba ok, sebab lain dari yang lain. Rasa strawberry tuuu... Apa-apa pun jom kita layan resepi kek yang sangat sedap ni... Sebelom aku lupa, aku nak mintak maaf la sebab aku jarang nak update blog ni. Bukan malas, bukan segan tapi laptop aku ni asyik dok buat perangai... Macam nak suruh beli yang baru jaa... Hmmmm... Duit lagi... Ok la, byee...







STRAWBERRY CHOC INDULGENCE
C&P : Kak Ita


KEK SPAN VANILLA

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base


Cara-Cara
  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer..
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170c. Bakar selama 30 ~ 35 minit
  7. Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven. Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang. Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek. Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit. Lepas tu terus terbalikkan semula. Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
  8. Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong kepada 4 keping.





Krim Coklat

-80 gm gula icing
-3 biji kuning telur
-120 gm mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-150 gm coklat masakkan gelap
-300 gm Krim Tenusu


Cara-Cara
  1. Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih. Larutkan gelatin dan air. Cairkan coklat masakkan gelap.
  2. Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan.
  3. Masukkan gelatin dan putar lagi
  4. Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya. Masukkan krim telur dan terus putar. Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata. Ketepikan.
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental..Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.





KRIM STRAWBERRY

2 biji kuning telur
40 gm gula icing
100 gm strawberry filling
12 gm halal gelatin
35 ml air
150 gm yogurt perisa strawberry
180 gm krim bukan tenusu
sedikit pewarna merah
sedikit perisa strawberry


Cara-Cara
  1. Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia larut ~ ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim. Masukkan larutan gelatin dan kaca sebati. Masukkan yogurt, strawberry filling, pewarna dan perisa strawberry. Kacau rata.
  3. Dalam bekas pemutar, putarkan krim bukan tenusu hingga kental.
  4. Satukan krim bukan tenusu dalam adunan strawberry dan kaup balik rata. Sedia di gunakan.




Ganache Chocolate
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

Bahan A
-250 ml krim tenusu
-40 gm sirap glukos *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
-400 gm coklat masakan gelap
-30 gm mentega
-1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Cara-Cara
  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus.
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata.
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna.
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti. Sejukkan.





Cara Melapis Kek

  1. Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan
  2. Ambil sekeping kek span vanila dan letakkan atas lapik kek
  3. Letakkan 1/2 bahagian krim strawberry. Dan ratakan.
  4. Ambil sekeping kek vanila dan letakkan atas krim strawberry
  5. Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan
  6. Letakkan 1 lapis lagi kek vanila
  7. Letakkan baki krim strawberry dan ratakan
  8. Letakkan kek vanila yang terakhir
  9. Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek. Kemaskan.
  10. Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat.





Thursday, 1 January 2015

Chocolate Mascarpone Cake


    Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua... Dah masuk tahun 2015 dah kita ni... Mesti banyak yang dah pasang azam baru... Untuk N3 tahun baru ni aku nak share resepi kek khas aku buat untuk kak aku. Hari lahir dia jatuh pada 1 hb january. So, boleh la sambut sekali dengan tahun baru. Kak aku ni siap mintak 2 biji kek untuk birthday dia... Takat 2 biji, kacang jaaa... Hahahaaa... Kek ni memang sedap. Sangat sedap. Nak cerita banyak-banyak pun payah sebab sedapnya tak terhingga... Kalau nak tau rasanya kena la buat. Timakasih kak ita sebab dah share resepi ni... Untuk cara melapis kek ni aku tak ikut cara kak ita sebab aku tak ada cutter ring. Aku cuma buat selapis demi selapis ja... Kalau nak tengok cara kak ita buat sila klik kat link di bawah tu. Nanti aku share resepi kek yang ke-2 pulak bila ada masa... Bye...






Chocolate Mascarpone Cake
C&P : Kak Ita


CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih.
  2. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.. Tambahkan air panas dan gaul rata.
  4. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  5. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.





KEK HAZELNUT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI April 2013

4 biji telur
100 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
15 gm ovalette
35 ml air
95 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
60 gm mentega ~ dicairkan
50 gm Hazelnut ~ dibakar dan dikisar


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega. Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak. Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar. Cairkan mentega.
  2. Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata.
  4. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.
  5. Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak. Tekstur kek sangat gebu. Ia akan memantul semula bila kita tekan




MASCARPONE CHOCOLATE MOUSE FROSTING
Diolah daripada resepi : Chef Dennis

Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm coklat masakn gelap di cincang
8 gm gelatin
30 gm air
250 gm krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla


Cara-Cara
  1. Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga.
  2. Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
  3. Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
  4. Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan

Bahan B
230 gm Mascarpone
100 gm gula icing


Cara-Cara
  1. Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
  2. Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.





Chocolate Ganache
Oleh : Chef Amer Hamzah

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ada dijual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut


Cara-Cara
  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk. Coklat masakan gelap di cincang halus
  2. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata. Masukkan mentega dan gaul sempurna. Tambahkan pes hazelnut. Gaul rata. Sejukkan.
  3. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais






Cara Melapis
  1. Potong kek chocolate moist kepada 4 keping ( amek 3 keping sahaja ). Potong kek hazelnut kepada 2 bahagian.
  2. Letakkan 1 keping kek chocolate moist atas papan kek, sapu krim dan letak 1 keping kek hazelnut dan ratakan krim.
  3. Ulang langkah 2 dengan kepingan kek chocolat moist sehingga lapisan terakhir.
  4. Sapu keseluruhan kek dengan baki krim. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.
  5. Hias dengan chocolate ganache