Friday, 9 January 2015

Strawberry Choc Indulgence



    Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Hari ni nak tunjuk kek birthday kak aku yang ke-2. Kek ni memang sangat sedap, cuma leceh sikit la sebab banyak stepnya... Tapi amat berbaloi bila dah siap. Rasa kek ni memang macam makan kek aiskrim strawberry dan coklat. Nikmat sangat. Sebelom ni dah cuba versi Kek Choc Indulgance. Tapi bila nampak kak ita post kat blog dia Strawberry Choc Indulgence ni terus aku save resepinya.. Memang wajib cuba ok, sebab lain dari yang lain. Rasa strawberry tuuu... Apa-apa pun jom kita layan resepi kek yang sangat sedap ni... Sebelom aku lupa, aku nak mintak maaf la sebab aku jarang nak update blog ni. Bukan malas, bukan segan tapi laptop aku ni asyik dok buat perangai... Macam nak suruh beli yang baru jaa... Hmmmm... Duit lagi... Ok la, byee...







STRAWBERRY CHOC INDULGENCE
C&P : Kak Ita


KEK SPAN VANILLA

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base


Cara-Cara
  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer..
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170c. Bakar selama 30 ~ 35 minit
  7. Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven. Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang. Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek. Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit. Lepas tu terus terbalikkan semula. Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
  8. Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong kepada 4 keping.





Krim Coklat

-80 gm gula icing
-3 biji kuning telur
-120 gm mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-150 gm coklat masakkan gelap
-300 gm Krim Tenusu


Cara-Cara
  1. Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih. Larutkan gelatin dan air. Cairkan coklat masakkan gelap.
  2. Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan.
  3. Masukkan gelatin dan putar lagi
  4. Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya. Masukkan krim telur dan terus putar. Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata. Ketepikan.
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental..Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.





KRIM STRAWBERRY

2 biji kuning telur
40 gm gula icing
100 gm strawberry filling
12 gm halal gelatin
35 ml air
150 gm yogurt perisa strawberry
180 gm krim bukan tenusu
sedikit pewarna merah
sedikit perisa strawberry


Cara-Cara
  1. Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia larut ~ ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim. Masukkan larutan gelatin dan kaca sebati. Masukkan yogurt, strawberry filling, pewarna dan perisa strawberry. Kacau rata.
  3. Dalam bekas pemutar, putarkan krim bukan tenusu hingga kental.
  4. Satukan krim bukan tenusu dalam adunan strawberry dan kaup balik rata. Sedia di gunakan.




Ganache Chocolate
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

Bahan A
-250 ml krim tenusu
-40 gm sirap glukos *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
-400 gm coklat masakan gelap
-30 gm mentega
-1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Cara-Cara
  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus.
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata.
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna.
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti. Sejukkan.





Cara Melapis Kek

  1. Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan
  2. Ambil sekeping kek span vanila dan letakkan atas lapik kek
  3. Letakkan 1/2 bahagian krim strawberry. Dan ratakan.
  4. Ambil sekeping kek vanila dan letakkan atas krim strawberry
  5. Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan
  6. Letakkan 1 lapis lagi kek vanila
  7. Letakkan baki krim strawberry dan ratakan
  8. Letakkan kek vanila yang terakhir
  9. Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek. Kemaskan.
  10. Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat.





8 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...