Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua... Dah masuk tahun 2015 dah kita ni... Mesti banyak yang dah pasang azam baru... Untuk N3 tahun baru ni aku nak share resepi kek khas aku buat untuk kak aku. Hari lahir dia jatuh pada 1 hb january. So, boleh la sambut sekali dengan tahun baru. Kak aku ni siap mintak 2 biji kek untuk birthday dia... Takat 2 biji, kacang jaaa... Hahahaaa... Kek ni memang sedap. Sangat sedap. Nak cerita banyak-banyak pun payah sebab sedapnya tak terhingga... Kalau nak tau rasanya kena la buat. Timakasih kak ita sebab dah share resepi ni... Untuk cara melapis kek ni aku tak ikut cara kak ita sebab aku tak ada cutter ring. Aku cuma buat selapis demi selapis ja... Kalau nak tengok cara kak ita buat sila klik kat link di bawah tu. Nanti aku share resepi kek yang ke-2 pulak bila ada masa... Bye...
Chocolate Mascarpone Cake
C&P : Kak Ita
CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Bahan D
250 ml air panas
Cara-Cara
- Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih.
- Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
- Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.. Tambahkan air panas dan gaul rata.
- Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
- Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
KEK HAZELNUT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI April 2013
4 biji telur
100 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
15 gm ovalette
35 ml air
95 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
60 gm mentega ~ dicairkan
50 gm Hazelnut ~ dibakar dan dikisar
Cara-Cara
- Sediakan loyang 8 inc, lapik dasar loyang dan sapukan mentega. Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan tepung dan serbuk penaik kemudian di ayak. Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160C selama 10 ~ 15 minit kemudian dikisar. Cairkan mentega.
- Satukan telur, gula,esen vanilla, ovallete, dan campuran tepung dan putar hingga kembang, putih dan ringan.
- Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata.
- Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.
- Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak. Tekstur kek sangat gebu. Ia akan memantul semula bila kita tekan
MASCARPONE CHOCOLATE MOUSE FROSTING
Diolah daripada resepi : Chef Dennis
Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm coklat masakn gelap di cincang
8 gm gelatin
30 gm air
250 gm krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara
- Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan coklat secara kaedah double boiler juga.
- Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak.. kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata
- Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam coklat dan kacau rata Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
- Putarkan krimputar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan coklat dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan
Bahan B
230 gm Mascarpone
100 gm gula icing
Cara-Cara
- Putar mascarpone dan gula ising hingga lembut
- Satukan adunan krim putar ke dalam mascarpone dan kaup balik sempurna.
Chocolate Ganache
Oleh : Chef Amer Hamzah
Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ada dijual di kedai jual bahan kek
Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut
Cara-Cara
- Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk. Coklat masakan gelap di cincang halus
- Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata. Masukkan mentega dan gaul sempurna. Tambahkan pes hazelnut. Gaul rata. Sejukkan.
- Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
Cara Melapis
- Potong kek chocolate moist kepada 4 keping ( amek 3 keping sahaja ). Potong kek hazelnut kepada 2 bahagian.
- Letakkan 1 keping kek chocolate moist atas papan kek, sapu krim dan letak 1 keping kek hazelnut dan ratakan krim.
- Ulang langkah 2 dengan kepingan kek chocolat moist sehingga lapisan terakhir.
- Sapu keseluruhan kek dengan baki krim. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.
- Hias dengan chocolate ganache
ya Allah...nangis tengok...cantik sangat!
ReplyDeletealhamdulillah kak...
DeleteT_T
Selamat hari Jumaat ye Syafiq, bukan selamat hari raya... ngeh ngeh ngeh...
ReplyDeleteMama cukup respect orang yang leh buat kek cecantik cam ni. Lebih respect sebab Syafiq seorang jejaka (pergh, jejaka tawww... ahaks). Mama rasa mama tak reti nak buat kek yang kejadiannya akan secantik gini. Kalau yang selekeh selekeh tu, harus la. Satu, sebab tak de seni. Dua, tak de kepandaian dan ketiga dan sebab yang paling tepat... tak ada kesabaran! Jadinya, mama layan je la kek Syafiq ni ye.. sambil membayangkan kesedapan yang hingga menjilat sudu!
salam jumaat...
Deletehihiii...
sy pn dulu bkn pandai sgt, rajin tu ada la sikit..
tp lama2 mcm syok plk...
satu ja masalh, bila dh reti bt kek ni teringin nk mkn kek org lain. Jemu jgk dok mkn yg sdiri...
Hmmm...
Kagum dgn hasil air tgn yg menjadi...kalau sy belum tentu. bertuah syapex
ReplyDeletetima kasih akak...
Delete