Tuesday, 16 December 2014

Apam Susu



     Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak update n3 yang tertunggak dekat dua minggu dah... Lamakan... Hihiii... Tap pa la, janji aku sempat update... Untuk n3 kali ni aku nak share satu  resepi yang menjadi fenomena kat facebook sebelom ni. Ramai yang dok cerita pasal kesedapan dan kegebuan apam susu ni... Memang betol apa yang depa dok kata tu. Memang gebu dan sedap. Makan waktu petang ditemani dengan secawan teh O memang mengasyikkan... Boleh makan berkeping-keping okkk... Apam aku ni ada problem sikit. Jadi banyak rongga udara. Besar-besar pulak tu. Heran jugak. Padahal sebelom aku kukus aku dah hentak-hentak sikit loyang tu untuk buang udara dalam adunan... Jadi tak berapa lawa bila potong sebab nampak lubang-lubang kosong.. Tapi seb baik rasa sedap... Untuk rasa apam ni aku letak coklat dan pandan emulco. Nak letak rasa apa-apa pun boleh... Ikut rasa tekak anda... Terima kasih kepada penyumbang resepi niii... Ok la, sampai sini dulu... Byee...






APAM SUSU
Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy
C&P : Kak Ita

-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-4 biji telur
-1 cawan gula halus
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu besar ovellete
-4 sudu besar susu pekat manis
-4 sudu besar minyak jagung
-Pewarna yang di sukai
-Perasa


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  4. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
  5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka. Gaul rata
  6. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  7. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit ( tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam )
  8. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk




6 comments:

  1. Memang popular apam susu baru2 ni..memang sedap makan apam ni sampai x sedar dah berkeping masuk mulut..huhu

    ReplyDelete
  2. Mak oi, cantiknya kejadian apam susu yang Syafiq buat ni. Dah lama jeling jeling manja kat resepi Apam Susu, tapi sampai naik juling mata menjeling, apam susu masih belum timbul kat rumah mama. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa...
      lps hilang juling mata tu boleh la bt apam susu ni...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...