Sunday 15 June 2014

Green Velvet Pandan Cake & Cheese Meleleh



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Dan selamat hari bapa jugak kepada seluruh bapa-bapa kat dunia ni... Tak lupa juga kepada ayah aku... Selamat hari bapa ayah... Sayang ayah... Sempena hari bapa ni aku pun saja-saja rajin buat sebijik kek yang sangat sedap dan sangat sedap. Tu ja yang boleh aku katakan... Kalau tengok tekstur kek ni memang nampak padat.. Resepi kek ni memang sesuai untuk orang yang suka kek yang agak padat.. Padat ye, bukan keras.... Selalu buat kek ala-ala kek span, tapi kali ni cuba yang agak padat sikit. Kena pulak dengan cheese meleleh tu, lagi la meleleh air liur... Ada lagi parutan keju, lagi naik juling mata... Hahahaaa... Sangat sedap bila aroma pandan bergabung dengan adunan cheese ni... Terima kasih along sebab share resepi yang boleh buat ayaq liuq meleleh... Hihihihiii... Ok la, jom tengok resepi sebelom air liur tu meleleh lagi banyak...






Green Velvet Pandan Cake & Cheese Meleleh
Saiz: 9" bulat [ aku guna 2 biji loyang bulat8'' ]

BAHAN2 KEK:
-225g Mentega
-350g Gula
-150g Telur Putih
-430g Tepung Gandum*
-2 sb Serbuk Koko*
-1½ sb Baking Powder*
-½ st Garam* (*ayak/campur)
-150ml Susu Segar**
-200ml Santan Lemak**
-1 tbsp Pes Pandan**
-1 st Serbuk Pewarna Hijau (** campur)


Cara-Cata
  1. Pukul mentega & gula sehingga kembang. Masukkan telur putih sedikit2 sambil di pukul. Masukkan tepung* dan campuran susu** berselang-seli sehingga sebati.
  2. Tuang adunan ke dlm acuan yg di lapik kertas & di minyakkan. Bakar 170C selama sejam atau sehingga masak. Sejukkan di atas radai sebelum di hias.




CREAM CHEESE FROSTING
Source: AlongRoz@HomeKreation

Bahan-Bahan
-125g Cream Cheese
-25g Gula Aising
-100ml Whipping Cream
-½ st Esen Vanilla


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese & gula sehingga rata
  2. Masukkan EV & gaul rata.
  3. Pukul whipping cream sehingga kental & gaulkan ke dlm adunan cream cheese.
  4. Sedia untuk di gunakan.


SOS CHEESE MELELEH
Source: Along amik kat blog Mamasya (TQ juga pemilik asal nya). Resipi Along dah separuhkan.

Bahan-Bahan

-125g Cream Cheese
-60g Susu Pekat
-25ml Susu Cair

Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese & susu pekat sehingga rata.
  2. Masukkan susu cair sehingga kepekatan yg di kehendakki.




Cara Penyediaan Kek

-1 cawan fresh cream dipukul hingga kental

  1. Potong setiap kek menjadi 2 lapisan & lapiskan dengan adunan cream cheese frosting untuk setiap keping kek.
  2. Sapukan fresh cream sekeliling kek.
  3. Tuang sos cheese meleleh di atas kek & tabur parutan keju cheddar di atasnya.






10 comments:

  1. Assalam
    Cantik kalernya
    Dgn rasa keju tentu rasa sgt sedappp
    Emm yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sdp kak..
      lemak bkrim keju dgn haruman pandan..

      Delete
  2. salam..

    wah, sangat menarik kek ni dengan cheese leleh tu..best ni makan!

    ReplyDelete
  3. alahai, cantik jer kek tu..mesti sedap ni kan..

    ReplyDelete
  4. Cheese frosting tu yg halus2 kt ats kek tu ea ?? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheese frosting tu cream yang kita salut kat tepi2 kek dan letak dalam kek tu..

      Delete
  5. Nampak sedap sgt...insyaallah akan cuba buat jugak nnti..minta halal ya resepinye.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap sgt...insyaallah akan cuba buat jugak nnti..minta halal ya resepinye.

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...