Tuesday, 21 August 2018

Kek Lapis Strawberry Cheese




    Assalamualaikum semua... Ok, ni kek lapis yang terakhir untuk raya haji ni... Tahun ni memang aku tak buat banyak kek lapis sebab adik beradik aku tak balik raya kat kampung... So, aku buat tiga biji jela... Tu pun dah banyak... Untuk kek lapis strawberry cheese ni aku tak guna jem strawberry, tapi aku ganti filling strawbery. Aku guna filling pun sebab ada lebih dalam peti sejuk tu... Dari dok biaq dia terperuk senyap, baik aku guna... Jimat sikit sebab tak yah beli jem kan... Hahahaa... Ok la, sampi sini dulu la... Ingat jangan makan daging sampai tak ingat dunia pulak... Jaga kesihatan... Byeeee....
 




KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE
C&P : Bro Rozzan

Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)


Cara
  1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
  2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
  3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
  4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
  5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
  7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
  8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
  9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.
Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan
citarasa anda.



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...