Tuesday, 12 February 2019

Daim Cake




     Assalamualaikum semua.... Lamanya aku tak bersiaran kat sini... Rasa rindu pun ada... Ye la, dah lama aku tak buat kek berkrim ni.... Sebelum tu aku nak ucapkan selamat tahun baru 2019... Walaupun dah lewat sebulan lebih... Hahahaa... Untuk permulaan tahun ni aku buat kek daim ni... Resepi ni aku dah peram dalam tiga tahun kot... Tak pernah buat... Cuma dok peram ja... Hahahaaa.... Katanya kek daim ni pames kat IKEA suatu ketika dulu... Tak tahu la sebab aku tak pernah lagi jejak kaki kat IKEA tu... Sapa yang pernah kesana mungkin tau rasa dia macam mana... Nak buat kek ni pun muda ja... Tak payah sangat pun... So, sapa-sapa yang teringin nak rasa kesedapan kek ni boleh la cuba... Thanks kak ita sebab sudi share resepi kek daim ni... Ok la, takat sini dulu... Bye... Jangan lupa cuba tau....
 




DAIM CAKE
C&P : Kak Ita

KEK SPAN HAZELNUT

3 biji telur
60 gm gula halus
1/4 sudu teh esen vanilla
3 biji telur putih
1/4 sudu teh tartar
30 gm gula halus
30 gm tepung cake
75 gm Hazelnut Ground
30 gm butter

Cara-Cara
  1. Butter di cairkan
  2. Putar kuning telur , gula ( 60 gm ) dan esen vanilla hingga kembang
  3. Dalam bekas lain, putar putih telur bersama tartar hingga berbuih.
  4. Masukkan gula ( 30 gm )perlahan-lahan dan putar lagi hingga kembang dan kaku
  5. Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
  6. Masukkan tepung dan hazelnut ground dan kaup balik rata
  7. Akhir sekali tuangkan butter yang telah di cairkan
  8. Sediakan loyang ukuran 8 inc dan lapik kertas pembakar dan oleskan minyak
  9. Tuangkan adunan kek dalam loyang
  10. Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit ( oven perlu di panaskan 15 minit awal )
  11. Bila dah masak angkat dan sejukkan atas redai
  12. Bila dah sejuk kek, potong kepada 2 kepingan
  13. Sekarang kita sediakan kastard pula




 
KRIM KASTARD

250 ml susu segar
50 gm gula halus
40 tepung jagung
4 biji kuning telur
40 gm gula
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Satukan kuning telur, tepung jagung, esen vanilla, secubit garam dan 40 gm gula halus hingga berkrim
  2. Susu dan 50 gm gula di masak hingga mendidih. Bila dah didih tuangkan dalam adunan kuning telur dan terus putar hingga sebati. Masak sebentar atas dapur dengan api perlahan sambil senantiasa di kacau hingga sedikit pekat. Jangan guna api besar ya, nanti bergentel. Jika bergentel jangan panik, masukkan semula dalam mesen pemutar dan putar hingga lembut
  3. Bila dah siap anda kena cepat-cepat sapu atas kek tadi, jika lambat kastard akan mula mengeras dan sukar nak layer pada kek nanti.
  4. Letakkan lapisan kek dan sapukan kastard
  5. Lapik dengan satu kepingan lagi dan sapukan kastard pada keseluruhan kek
  6. Sejukkan dalam peti ais sebentar
  7. Sementara itu kita sediakan croqan




CROQAN

100 gm badam cincang
100 gm gula halus
20 gm butter


Cara-Cara
  1. Masukkan badam cincang, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel
  2. Kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan badam dan nampak kuning keemasan
  3. Tutup api dan masukkan butter
  4. Kacau rata hingga ia berderai
  5. Sejukkan





GANACHE COKLAT

150 gm krim tenusu ~ dairy wipping cream
15 gm sirap glucos
250 gm coklat masakkan gelap
10 gm butter
10 keping coklat Daim ~ di cincang
Croqan



Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glucos
  2. Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap
  3. Kacau rata hingga coklat larut, tambahkan butter. Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
  4. Akhir sekali campurkan croqan dan gaul rata ( ambil sedikit croqan larikan untuk tabur atas kek kemudian )
  5. Salutkan kek dengan ganashe coklat tadi dan taburkan coklat daim yang telah di cincang di atasnya.
  6. Ambil sedikit baki croqan dan taburkan atas kek
  7. Sejukkan
  8. Potong dan sedia di nikmati


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...