Tuesday 15 September 2015

Donut Kentang




     Assalamualaikum semua.... Hari ni buat donut lagi... Tapi kali ni buat donut kentang pula... Dah la gebu, sedap pulak tu... Kali ni donut aku tak letak apa-apa topping. Cuma letak gula saja... Makan macam ni pun dah sedap.... Lepas tu pekena pulak dengan teh o suam... Mmmm... Sedapnyaaaa... Bayangkan kalau letak topping coklat... Memang makan tak ingat dahh... Huhuuu... Resepi ni aku copy dari kak ros jintan manis... Thanks ye kak atas perkongsian resepi donut kentang yang gebu gebas ni....





Donut Kentang
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu
rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai
agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)


Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..







No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...