Tuesday, 22 September 2015

Kek Lapis Idola



      Assalamualaikum semua.... Hari ni nak share resepi last kek lapis yang aku dah buat untuk raya haji nanti... Kek lapis ni antara kek lapis yang paling istemawa pernah aku cuba... Sebab apa istimewa...? Sebabnya kek ni kaya dengan rasa coklat kat bahagian tengag-tengah tu... Memang macam makan coklat... Pastu ada letak serbuk milo lagi... Memang sedap yang amat laa... Untuk coklat tu aku letak coklat dari jenama callebaut. Memang mahal harga coklat tu, tapi amat berbaloi dengan rasanya nanti... Kalau ada peminat kek coklat dan suka dengan rasa coklat memang kena cuba resepi kek lapis idola ni... Memang wajib... Untuk pemilihan warna bagi bahagian atas dan bawah tu ikut suka laa... Tak letak warna pun tak pa... So, boleh la pakat-pakat cuba buat kek lapis ni...





Kek Lapis Idola
C&P : Bro Rozzan

Bahan-Bahan:
500 gm mentega
150 gm gula halus/kaster
10 telur (saiz besar)
300 gm susu pekat
150 ml santan pekat (kotak)
200 gm sekaya
200 gm horlicks
280 gm tepung Hongkong
100 gm Milo
350 gm cokelat masakan – cairkan dgn kaedah ‘double-boiling’
sedikit pewarna kuning/merah


CARA
  1. Pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih.
  2. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul terus hingga kembang.
  3. Perlahankan sedikit speed mixer dan masukkan pula susu pekat, santan dan sekaya.
  4. Kemudian perlahankan lagi speed mixer dan masukkan horlicks & tepung lalu dipukul sebentar jer sehingga adunan rata.
  5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian: Satu bahagian dicampurkan milo & coklat. Satu bahagian diwarnakan kuning dan Yg akhir diwarnakan merah.
  6. Alaskan dan gris loyang berukuran 8.5” x 8.5” atau 9” x 9”.
  7. Ratakan 2 senduk (bumbung) adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis. Kemudian ambil 2 senduk adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi. Bakar lagi satu adunan kuning dan satu adunan merah (berselang–seli). Jumlah lapisan, 4.
  8. Selepas tu, ambil 2 senduk adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan cokelat ini sehingga adunan selesai.
  9. Seterusnya, ratakan 2 senduk (bumbung) adunan merah & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Kemudian ambil 2 senduk adunan kuning dan ratakan atas lapisan merah tadi. Bakar lagi satu adunan merah dan satu adunan kuning (berselang–seli).
  10. Bakarlah kek ini dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.

Nota :
  • Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya adunan cokelat.





6 comments:

  1. Dah berkurun akak save resipi ni..cuma buatnye jer tak lagi..alahaii! Nmpak kaler dark coklat tu dh tau sedap amat..perghhh!

    ReplyDelete
  2. masa nk tekan kek ketika melapis tu masih panas2 ke tgu sejuk. tk melekat ke adunsn kek kt penekan kek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarkan dari oven, pastu terus tekan. jgan tekan kuat sangat. tekan manja2 ja nak bg rata. xmelekit sebab kek dah kering...

      Delete
  3. Merahnya guna merah apa biar cantik

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...