Sunday, 20 September 2015

Kek Lapis Durian



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Ok, hari ni nak share resepi kek lapis yang kedua pulak... Bila tengok bahan utama kek lapis ni semestinya durian kan... Bahan-bahan lain pun tak banyak... Selalunya kek lapis ni ada letak serbuk horlicks, seri kaya dan susu pekat. Tapi yang ni memang tak letak bahan-bahan tu. Ni sebab nak bagi rasa durian tu tak lari. So bila bahan-bahan lain dah tak letak, aku sarankan guna butter yang lebih mahal... Baru la bangkit rasa kek lapis durian tu... Walaupun tak letak susu pekat, kek ni tetap moist... Untuk warna kek lapis ni, terpulang la kepada individu... Kalau nak letak pun letak la warna yang sesuai dengan nama kek lapis ni. Tak la nampak pelik sangat... Ok la, jom layan resepi dia pulak....




Kek Lapis Durian
C&P : DTS

BAHAN - BAHANNYA :-)
400 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, golden churn, emborg)
150 gram gula kastor (che mat guna 100 gram)
10 kuning telur gred A
1 camca teh esen durian (che mat tak letak)
1 cawan isi durian*
100 ml susu segar*(*dikisar halus)
200 gram tepung Hong Kong
50 gram tepung jagung
7 putih telur
150 gram gula kastor
Pewarna makanan pilihan anda


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula kastor (150 gram) sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga putih telur kembang dan bertanduk. Sementara itu, satukan tepung Hong Kong dan tepung jagung dan diayak.Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus diputar hingga adunan kembang. Tambah isi durian yang telah dikisar dengan susu segar tadi, dan putar sebati.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan 1/3 bahagian putih telur dan gaul rata dengan spatula, kemudian masukkan 1/3 bahagian lagi dan baki putih telur. Gaul hingga rata.
  4. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lanser juga kertas tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan selama 10 minit.
  5. Untuk adunan kek, terpulang pada anda sama ada nak buat beberapa warna atau satu warna sahaja. Kalau anda guna satu warna, che mat cadangkan anda guna kaler kuning. Gaul rata dan ketepikan.
  6. Keluarkan tin dari oven, sudukan 4 camca besar adunan kek lapis, ratakan dan bakar 10 minit atau hingga permukaan keperangan. Keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. Sudukan lagi 4 camca besar adunan dan ratakan. Masukkan ke dalam oven. Kali ini tukar api oven kepada fungsi grill dan turunkan suhu kepada 165C (bergantung pada oven masing2). Bakar hingga keperangan, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis. Lakukan keadah sama hingga adunan habis dan lapisan terakhir, bakar guna api atas bawah selama 10 minit.
  7. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek sekejap dalam tin ( 10 minit), boleh keluarkan kek dari tin. Biar kek betul2 sejuk sebelum dibungkus dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama....Selamat mencuba!!.




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...