Monday, 29 September 2014

Red Velvet Cake



     Assalamualaikum semua.... Dah lama aku tak jenguk ke blog kesayangan aku ni... So, hari ni sempat jugak aku siapkan satu N3 kek yang sangat menambat kalbu pada setiap orang yang melihat warna merah menyala tu... Mmmm... Geraram tengok... Takot pun ada sebab terang sangat warnanya... Yang buat kek ni pun bukannya apa. Lama dah tak merasa si baldu merah ni... Nak beli satu slice macam tak berbaloi. Baik buat sendiri... Makan pun puas... Kek ni bila makan macam ais krim pun ada. Ni semua imaginasi minda aku je la... Huhuhuu... Kalau sekali makan pasti nak ulang makan lagi... Untuk deco kek ni aku pakai hentam je. Pernah nampak kak ita lukis macam ni juga. Aku pun tiru ala-ala macam tu jugak. Tapi memang jauh beza sekali... Apa-apa pun terima kasih kepada penyumbang resepi ni... Jom tengok resepi pulak...






Red Velvet Cake
C&P : Irma
Disarankan : Duyung Sweets Laling

Bahan A - Untuk diayak bersama.
-250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
-1 tsp baking powder
-1/2 tsp garam
-2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.
-240 ml buttermilk
-2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -
-113 gram butter
-300 gram gula kastor
-2 biji telur gred A
-1 tsp esen vanilla

Bahan D -
-1 tsp cuka masakan
-1 tsp baking soda


  1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
  2. Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah.
  3. Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit. 
  4. Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula.
  5. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
  6. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
  7. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  8. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas ( Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak dan bakar sekali terus. Aku guna 2 loyang 8'' ). Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.
  9. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Sejukkan kek dahulu sebelum di potong.




Topping - Cream Cheese Frosting.
-227 gram cream cheese Philadelphia
-227 gram mascarpone
-1 tsp esen vanilla
-1 cawan gula ising
-360 ml whipped cream

  1. Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. 
  2. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.
  3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
  4. Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.






Cara-cara menghias

  1. Potong setiap kek menjadi dua lapisan.
  2. Letakkan lapisan pertama atas papan kek.
  3. Sapukan cream cheese. Letakkan lapisan kedua .
  4. Ulang langkah 3 untuk lapisan berikutnya hingga habis.
  5. Salut keseluruhan dengan baki cream.
  6. Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais sebelum dihias.







Sunday, 21 September 2014

Kek Choc Indulgance



    Assalamualaikum... Malam ni aku tayang lagi resepi kek... Harap anda semua tahan nafsu bila tengok gambar-gambar kek kat sini... Kek ni aku buat sebab kawan baik aku sorang tu teringin sangat nak rasa... Lama dah dok mintak aku buatkan... Asyik dok tangguh ja sebab bila aku cari resepi kek ni memang banyak step yang kena buat... Kena study betul-betul resepi kek ni... Kalau boleh kek tu buat awal sikit sebab kek choc indulgance ni kena buat dua jenis krim. Krim putih dan krim coklat. Nanti tak la kalam kabut. Kali ni aku cuba resepi yang dihasilkan oleh kak ita yang sangat femes dengan menghasilkan pelbagai kek yang cantik-cantik dan kebanyakan resepi dia aku buat memang menjadi. Kalau tak jadi tu sebab aku pi derhaka tanpa minta izin... Hahahaa.... Kak ita ada tunjuk dua cara untuk buat krim kek ni. Ada yang susah dan ada yang agak senang. Tapi aku sahut cabaran untuk buat yang susah... Memang susah betol... Sapa suruh cari pasal... Bhahahaaa... Hasil kek pun kurang memuaskan... Tapi, tapi.... rasa dia ya ampun sedap sangattttttt... Memang ketagih bila makan kek ni... Aku pulak tak sabar-sabar nak potong kek ni... Bila potong krim putih tu tak beku dengan elok. Kalau boleh simpan semalaman lah. Sebab besoknya bila aku potong kek ni, bahagian krim putih tu beku dengan elok. Rasa pun sedap. Macam makan ais krim tau... Resepi kat blog aku ni tak letak panduan yang lengkap. Kalau tak paham boleh klik kat link bawah tu dan study betul-betul cara nak buatnya... Kepada kawan aku tu, harap puas hati la yerr... Byeee...











Kek Choc Indulgance
C&P : Kak Ita



KEK SPAN COKLAT
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah Saji
C&P : Kak Ita

-4 biji telur gred A
-180 gm gula halus
-150 gm tepung kek
-20 gm serbuk koko
-70 gm air
-5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
-15 gm ovellete
-50 gm minyak jagung
-1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base


  1. Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.. Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C. Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minit





Resepi Krim Putih

-60 gm gula icing
-2 biji kuning telur
-120 gram mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-100 gm coklat masakan putih
-260 gm Krim tenusu


  1. Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air. Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu. Pastikan gula icing di ayak terlebih dahulu.
  2. Satukan gula icing dan telur. Pukul sebentar dengan hand mixer. Ini untuk menyatukan gula dan telur terlebih dahulu. Kemudian panaskan dengan kaedah kukusan. Pastikan bekas mengisi telur lebih besar dari periuk berisi air di bawah supaya ia tidak bersentuhan dengan air di dalam periuk Adunan akan menjadi pekat dan berkrim.
  3. Masukkan gelatin dan putar rata.
  4. Sementara itu, di dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan warnanya pucat. Bila dah lembut dan kembang, masukkan krim telur tadi, sambil terus di putar. Masukkan pula coklat putih yang telah di cairkan. Terus putar hingga rata. Ketepikan
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental. Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh digunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan. Lama masa menyimpan bergantung pada kesejukan pti ais anda.





Krim Coklat

-80 gm gula icing
-3 biji kuning telur
-120 gm mentega tanpa garam
-4 gm gelatin
-50 ml air
-150 gm coklat masakkan gelap
-300 gm Krim Tenusu


  1. Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih. Larutkan gelatin dan air. Cairkan coklat masakkan gelap.
  2. Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
  3. Masukkan gelatin dan putar lagi
  4. Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya. Masukkan krim telur dan terus putar. Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata. Ketepikan.
  5. Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental..Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.
  6. Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  7. Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.






Cara Melapis Kek

  1. Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan
  2. Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
  3. Letakkan 1/2 bahagian krim putih. Dan ratakan.
  4. Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas krim putih
  5. Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan
  6. Letakkan 1 lapis lagi kek coklat
  7. Letakkan baki krim putih dan ratakan
  8. Letakkan kek coklat yang terakhir
  9. Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek. Kemaskan.




Ganache Chocolate
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

Bahan A
-250 ml krim tenusu
-40 gm sirap glukos *sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
-400 gm coklat masakan gelap
-30 gm mentega
-1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
  6. Sejukkan
  7. Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat.






Saturday, 20 September 2014

Pandan Ombre Cake with Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream Frosting



     Assalamualaikum... Hari ni tayang kek yang menggunakan swiss meringue buttercream lagi... Disebabkan kek sebelom ni aku guna teknik ni jugak dan hasilnya sangat memukau dan sangat sedap, aku pun buat lagi sekali. Ni macam nak praktis laa... Alhamdulillah kali ni berjaya jugak. Maksudnya lepas ni boleh la buat selalu. Rasa pun sedap dari buttercream biasa tu... Walaupun agak leceh, tapi berbaloi dan sedap. Untuk kali ni ada tambahan gula melaka... Hmmm... Lagi sedap dan wangi cream kek ni.. Gabung pulak dengan haruman kek pandan tu... Lagi la memukau kalbu.... Kek ni pun gebu dan lembut... Untuk resepi ni aku tak buat pandan extract tu, aku ganti pandan paste dalam botol sebab tak rajin. Hahahaaa.... Kek ni aku buat 6 lapis. Resepi asal buat 4 lapis saja... Memang tinggi kek ni. Cecah 6 inci tau... Kalau tak mau buat tinggi boleh buat dalam acuan 7 atau 8. Tapi lapisan kek tu kena kurangkan la... Nanti takut nampak nipis sangat.... Kalau ada sapa-sapa nak cuba jom tengok resepinya...





Pandan Ombre Cake with Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream Frosting


For the extract: ( aku tak buat ganti pandan paste )
-15-20 pieces mature pandan leaves, washed and snipped into 1-inch pieces
-3 tablespoons water


Prepare the pandan extract: 
  1. With a mortar and pestle or a blender, mash the leaves finely along with the water into a paste. Use as little water as possible. Press through a fine sieve or squeeze through cheesecloth to extract the green juice only. You should obtain at least 100  ml liquid. If you have the time, let it sit for a few hours. The green extract will settle at the bottom and you can remove the excess water before using.






For the cake:
-1 1/2 cups cake flour
-1 1/4 cups all-purpose flour
-1/2 teaspoon salt
-1 teaspoon baking powder
-1 cup/2 sticks/227 gram s unsalted butter, softened
-2 cups granulated/castor sugar
-4 large eggs, at room temperature
-1 cup thick coconut milk (if using canned/boxed coconut cream , thin out slightly with water to make 1 cup)


Bake the cake layers: 
  1. Preheat oven to 350°F. Line and grease cake tins, set aside. In a sm all bowl, com bine the flours, baking power and salt, set aside. In a large bowl, on the medium speed of an electric mixer, cream the butter until smooth. Add the sugar gradually and beat until fluffy, about 3 minutes. Add in the eggs, one at a time, beating well after each addition. Add the dry ingredients in three parts, alternating with the coconut m ilk. With each addition, beat until the ingredients are incorporated, taking care not to overbeat.
  2. Using a rubber spatula, scrape down the batter in the mixing bowl to make sure all the ingredients are well blended. Divide batter into desired portions and mix in the prepared pandan extract accordingly to color each layer. Bake each layer for about 25-40 m inutes or until a cake tester inserted into the center of the cake com es out clean. Cool the cakes com pletely on a wire rack before icing. You can, at this point, cling wrap and chill/freeze the cake layers for later use.






For the frosting:
-100 grams gula Melaka, crushed
-1/4 cup water
-300 grams unsalted butter, at room temperature
-5 large egg whites
-220 grams granulated sugar
-2 tablespoons pure vanilla extract
-pinch of salt
-1/4 cup desiccated coconut (optional)


Make the frosting:

  1. In a heavy-based saucepan over medium low heat, melt the gula Melaka with the water. Stir till all the sugar has melted, then let it reduce slightly, about 3-4 minutes. Remove from heat and let cool completely to room temperature. The caramel will thicken more as it cools. If it becomes too thick, thin out with a little bit of water before using. Combine the egg whites, sugar and salt in a heatproof bowl over a pan of simmering water. Whisk frequently, keeping it over the heat, until the mixture reaches about 160°F/70°C and the sugar has dissolved (rub some between your fingers - if it feels grainy, it hasn't dissolved).
  2. Transfer the mixture to a mixer with a whisk attached and beat on medium -high for 8 minutes, until stiff peaks have form ed and the mixture has cooled to room temperature. Turn down the speed to medium and start adding sm all chunks of butter, checking that it has incorporated before adding more. Keep beating until it comes together, this will take about 5 minutes. With the mixer running, add in the gula Melaka caramel, one teaspoon at a time, beating until well combined between each addition. Add between 6 to 9 teaspoons, according to taste.






Assemble the cake: 
  1. Secure the bottom cake layer (the lightest or darkest layer) onto the cake board with som e frosting. Layer on frosting and add on the cake layers accordingly.
  2. Coat the entire cake with a thin crumb coat, then chill the cake for 15-20 minutes. Ice the cake and decorate as desired, with som e desiccated coconut and piped rosettes.





Friday, 12 September 2014

Banana Walnut Cake with Caramel Meringue Buttercream




    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak update N3 yang tertungak. Dah 3 4 hari aku buat kek ni... Memang sedap baq hang... Sebenarnya aku dah lama teringin nak buat ket yang naked ni. Bukan bogel lucah tau... No, no, nooo... Naked tu maksudnya tak letak krim seluruh kek tu. Cuma letak bahagian tengah atau inti kek dan kat atasnya saja... Yang tepi tu biarkan kosong. Bila tengok kat instagram banyak orang dok tayang kek macam ni... Dah jadi macam satu fenomena jugak laa.. Aku pun teringin jugak nak cuba... Cari punya cari kat google jumpa la resepi ni... Lagi pun aku teringin nak belajar buat meringue buttercream. Dulu dah pernah cuba, tapi tak menjadi. Alhamdulillah kali ni menjadi. Ok la, jom kita tengok resepi kek ni...


 


Banana Walnut Cake with Caramel Meringue Buttercream
C&P : Cake2U

Banana Walnut Cake
original recipe: Kitchen guardian

(A)
250g unsalted butter-melted n cooled
180g castor sugar(the original recipe is using 250g)
2tsp vanilla essence

(B)
4 large eggs(grade A)

(C)
4 large ripe banana-mashed

(D)-sift
350g all purpose flour
4 tsp baking powder
1 tsp baking soda
a pinch of salt

(E)
6 tbsp buttermilk/yogurt
handful of roasted chopped walnuts


How to:
  1. Mix (A) till well incorporated and add egg one at a time
  2. Add mashed Banana
  3. Add (D) in 3 additions
  4. Lastly add (E)-pour into two greased 8" round pans
  5. Bake in a preheated oven 160C for 40 to 45 mins





Caramel Sauce
original recipe: Sarah Jasmine

1/2 cup sugar
1 cup whiping creame


how:
  1. melt the sugar
  2. when sugar has melt and has turn to amber colour-turn off the heat
  3. pour cream bit by bit and stir till all incorporated
  4. put back the pan on the stove and let the caramel simmer a little bit-remove from the heat
  5. let it cool and pour into container and refrigerated.






Caramel Meringue Buttercream
Original Recipe: Sonia -Nasi Lemak Lover

100g white egg
135g castor sugar
227g unsalted butter-anchor-cut into small pieces-but let it cooled
1/2 quantity of caramel sauce
1 tsp vanilla essence


How :
  1. combine the egg whites,sugar in the heatproff bowl of a standing mixer set over a pan of simmering water
  2. whisk canstantly by hand until mixture is warm to the touch and sugar has dissolved(the mixture should feel completely smooth when rubbeb btwn your finger)
  3. Attach the bowl to the mixer fitted with whisk attachment-with medium to high speed-whisk until stiff and fluffy and glossy-kalau nak test ok ke tak- sentuh mangkuk akan rasa sejuk...
  4. with lower speed add butter one at at time,mixing well after each addition-once all butter has been added,whisk in vanilla and caramel.
  5. switch to paddle attachment-and continue beating on low speed until all air bubbles are eliminaated,about 2 minutes-continue beating until the frosting is completely smooth.






How to assemble the cake:

  1. cut the cake into 4 layers
  2. spread the buttercream on the 1st layer of cake then drizzle the caramel sauce then top it with 2nd layer of cake-repeat the same process till the 4th layer of cake






Sunday, 7 September 2014

Banana Chocolate Rice Cake



    Assalamualaikum semua... Tengah-tengahari ni saja gatal tangan nak update resepi kek pulak... Layan je la... Semalam dah tayang muffin pisang, hari ni tayang kek pisang pulak... Nak buat macam mana stok pisang berlambak kat rumah ni... Tu pun dah bahagi-bahagi kat jiran... Kalau tak memang tak habis la pisang tu... Kat kampung aku ni sekarang ni dah dok mula hujan... Uuuuu... Sejuknya... Macam nak tarik selimut jaa... Tapi kan baik layan kek pisang bersama secawan nescafe O... Nikmatnya tak terkata... Ok la, meh tengok resepi kek pisang ni...





BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home
C&P : Kak Ita

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc 
  3. Alas baking papaer dan griskan dengan butter
  4. Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
  5. Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
  6. Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak) dan susu, adun rata. Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula. Masukkan coklat cip dan gaul rata
  7. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
  8. Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak. Taburkan kekacang di atas kek
  9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.






Saturday, 6 September 2014

Banana Chocolate Chip Muffins



     Assalamualaiku dan selamat malam semua... Belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan... Malam ni aku cuma nak update resepi yang sangat mudah. Muffin je pun... Sapa tak suka muffinkan... Nak buat pun senang... Kali ni aku buat dalam saiz besar sikit... Sebab selalu tengok muffin yang mat saleh dok buat memang besar-besar. Nampak geram pulak... Untuk muffin ni aku dah oter sikit resepinya... Resepi asal letak inti coklat, tapi aku ganti coklat chip. Bila dah ganti bahan, nama pun kena tukar la kannn... Maaf ye kak ros sebab dah ubah resepi ni.... Hihihiii... Ok la, kalau ada yang teringin nak rasa kegebuan muffin ni, boleh la cuba tengok resepi kat bawah ni... K, bye...




Banana Chocolate Chip Muffins

Bahan-bahanya
-2 cawan tepung gandum
-1 1/3 cawan gula ( aku guna gula perang & kurangkan sukatan )
-2 biji pisang yang ranum
-1\2 cawan minyak masak
-2 biji telur
-1\3 cawan susu segar
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 1/2 sudu kecil baking powder
-beberapa titik esen vanila
-beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) *aku ganti 1/3 cawan mini chocolate chip

Hiasan-hirisan badam



Cara-caranya
  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar ( bila sebati masukan chocotate chip dan gaul sekejap saja ), masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
  4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di  tengahnya ( tabur hirisan badam ), bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.