Sunday, 7 September 2014

Banana Chocolate Rice Cake



    Assalamualaikum semua... Tengah-tengahari ni saja gatal tangan nak update resepi kek pulak... Layan je la... Semalam dah tayang muffin pisang, hari ni tayang kek pisang pulak... Nak buat macam mana stok pisang berlambak kat rumah ni... Tu pun dah bahagi-bahagi kat jiran... Kalau tak memang tak habis la pisang tu... Kat kampung aku ni sekarang ni dah dok mula hujan... Uuuuu... Sejuknya... Macam nak tarik selimut jaa... Tapi kan baik layan kek pisang bersama secawan nescafe O... Nikmatnya tak terkata... Ok la, meh tengok resepi kek pisang ni...





BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home
C&P : Kak Ita

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc 
  3. Alas baking papaer dan griskan dengan butter
  4. Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
  5. Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
  6. Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak) dan susu, adun rata. Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula. Masukkan coklat cip dan gaul rata
  7. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
  8. Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak. Taburkan kekacang di atas kek
  9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.






1 comment:

  1. Bestnya akk tgk kek ni..
    Blm try versi ni

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...