Sunday 29 June 2014

Kek Lapis Kastad Keladi dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa



     Assalamualaikum dan selamat malam semua... Alhamdulillah hari ni merupakan 1 Ramadan 1435H. Syukur kepada ALLAH sebab kita dapat bertemu lagi dengan bulan ramadan... Dugaan berpuasa hari ni memang tak terasa sangat sebab masa tengahari tadi hujan turun... Dua tiga hari lepas memang panas memanjang. Tapi tadi hujan turun. Lepas berbuka pun hujan turun sekali lagi. Tak terasa sangat dahaga dan letih... Memang rahmat betul bulan puasa ni... Mudah-mudahan hari-hari yang akan mendatang pun dapat kita tunaikan ibadah puasa dengan tenang. Aminnn... Ok la sempena bulan ramadan ni aku buat kek yang agak sesuai untuk makan masa berbuka nanti. Kek kastad keladi. Sebelum ni pernah buat perisa pandan, kali ni cuba keladi pula... Memang sedap. Kek ni memang sesuai kalau makan waktu sejuk-sajuk. Terima kasih Kak Naz sebab berkongsi resepi yang sedap ni.. Ok la, jom tengok resepinya...





KEK KASTAD KELADI (adaptasi daripada Kek Kastad Pandan)


Kek Span Keladi

Bahan-bahan:
-150 gm tepung gandum- ayak
-1 tsp baking powder- ayak
-5 biji telur gred B
-100 gm gula kastor
-1 tsp ovallete
-50 ml susu segar/ susu cair
-1 tsp esen vanilla
-Perisa keladi dan pewarna purple
-50 ml minyak masak


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.




Kastad Keladi

Bahan-bahan:
-1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
-1 cawan gula kastor
-10 gm serbuk agar-agar
-100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
-Secubit garam
-Perisa keladi dan pewarna purple


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.






Cara Melapis Kek Kastad
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.





3 comments:

  1. Salam Syafiq,

    Rajin sungguh you buat kek kan? Tinggal dengan family atau sendiri? Rasanya Syafiq ni muda lagi but rajin and pandai membaking macam ABM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bt kek ni tenang ja hati...
      tp bila x jd tu phm2 je la huhuhuuu...
      tggl dgn kluarga.
      klau ikut umur sy tua lg dr ABM dlm 2 @ 3 thn kot...
      asal dlu pn bkn pndai sgt. rujukn pn cuma internet jaa...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...