Syukur hari ni tak hujan. Tak la rasa ngantok sangat. Boleh la jemur baju banyak-banyak. Ye la, dah dua tiga hari hujan turun waktu petang. Nak basuh baju pun takut tak sempat kering. Pastu mesti ada bau-bau yang kurang best. hehehe... OK... Hari ni rasa nak masak kuay teow la. Lagi-lagi makan waktu petang dan pekena segelas teh tarik. Perhhhh... Apa nak kata. Jom-jom pakat tengok resepinya...
-350gm kuay teow
-120gm ayam [ potong nipis-nipis ]
-100gm sotong
-200gm taugeh
- 150gm kobis bulat
-6 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 sudu besar kicap
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar cili kisar / sos cili
-minyak untuk menumis
- sedikit bawang goreng untuk hiasan
Cara-Cara
- Basuh dan toskan kuay teow.
- Cincang bawang putih dan bawang merah.
- Bersihkan sotong dan ayam. Potong mengikut saiz yang dikehendaki.
- Tumis bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan cili kisar / sos cili. Tumis hingga wangi.
- Masukkan sotong dan ayam. Tambah sedikit air jika kering.
- Perasakan dengan sos tiram dan kicap.
- Masukkan kuay teow dan sayur-sayuran. Kacau rata.
- Hidangkan dengan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...