Selamat petang semua... Dah minum petang ke blom..? Aku baru ja lepas menikmati minum petang bersama kuih kaswi pandan. Resepi ni aku pinjam kat blog DTS. Resepi asal dia buat untuk gula merah. Aku ubah sikit, bagi jadi pandan. Bukan apa, senang nak sukat. Guna sukatan cawan. Mudah pun mudah. Meh tengok bahan-bahanya....
Bahan-Bahan
-3/4 cawan tepung gandum*
-1/4 cawan tepung ubi*
-1/2 sudu makan tepung pulut* [ disatukan dan diayak ]
-3/4 cawan gula pasir
-5 helai daun pandan [ dikisar dan ambil jusnya ]
-1 1/2 cawan air
-1 sudu teh air kapur makan
-beberapa titik pewarna hijau
-kelapa parut + sedikit garam
Cara-Cara
- Panaskan pengukus. Sapu sedikit miyak pada loyang 7 x 7.
- Daun pandan dikisar dengan menggunakan 1/2 cawan air.Tapis jus pandan tersebut.
- Satukan kesemua bahan kecuali kelapa parut. Kacau rata menggunakan whisk. Tapis adunan tersebut kedalam loyang tadi. Tutup pengukus dengan kitchen towel.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga masak
- Sejukkan dan potong. Golekkan ke dalam kelapa parut.
mmmm.... manisnya...
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...