Tuesday, 27 June 2023

Kek Lapis Senja Nan Merah

Kek Lapis Senja Nan Merah



      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak post resepi kek lapis yang last untuk tahun ni. Resepi kek lapis ni simple jaaa... Bahan-bahan pun tak banyak... Warna pun cuma guna tiga warna ja... Senang kan, tak yah nak bahagi banyak bekas.. Bagi aku, kalau orang yang baru nak mula belajar buat kek lapis yang ada warna-warna ni boleh la cuba resepi ni.... Kalau ada yang nak mencuba resepi ni boleh tengok kat bawah tu...


Kek Lapis Senja Nan Merah



Kek Lapis Senja Nan Merah
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3


Bahan-bahan
500gm mentega
180gm gula halus
1 sudu makan ovellet
1 sudu teh esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
392gm susu pekat manis ( 1 tin rendah )
200ml emborg dessert whip atau 1 tin nestle cream
4 sudu kecil esen pisang
300gm tepung gandum *
200gm horlicks * disatukan dan diayak
pewarna oren
pewarna merah
pewarna pink
 
 
Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  3. Masukkan susu pekat, dessert whip dan esen pisang. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer.
  5. Timbang adunan dan bahagikan kepada 4 bahagian. Adunan 1 masukkan pewarna oren bahagi 3. Adunan 2 masukkan pewarna merah. Bahagi 3. Adunan 3 masukkan pewarna pink. Bahagi 3. Adunan 4 biarkan dengan warna asal. Bahagi 3.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan berwarna asal ke dalam loyang. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental.
  8. Apabila adunan warna asal masak, lapis pula dengan adunan berwarna pink. Bakar. Ulang langkah melapis sehingga adunan pink habis ( 3 lapisan pink ).
  9. Ratakan selapis lagi adunan warna asal. Bakar hingga adunan kental.
  10. Bakar berlapis-lapis adunan berwarna merah sehingga habis ( 3 lapisan merah ).
  11. Tuang adunan warna asal yang terakhir. Ratakan dan bakar sehingga adunan kental.
  12. Tuang dan ratakan pula adunan berwarna oren. Bakar berlapis-lapis sehingga adunan oren habis ( 3 lapisan oren ).
     


 

Friday, 23 June 2023

Kek Lapis Peanut Butter Cheese

Kek Lapis Peanut Butter Cheese



       Assalamualaikum semua... Ni resepi ke 2 kek lapis untuk raya haji nanti. Kek ni sesuai untuk peminat peanut butter. Rasa lemak-lemak kacang campur dengan cream cheese lagi la lemak bekrim... Kek ni tak guna banyak pewarna. Cuma beberapa titik warna coklat ja. Kalau tak letak pewarna pun ok ja... So, sapa-sapa yang nak merasa kesedapan kek ni sila la tengok resepi kat bawah.... Byee...


Kek Lapis Peanut Butter Cheese


Kek Lapis Peanut Butter Cheese
C&P : FB Khairunnisa Mohammad
LOYANG 8x8x3.5
 
 
Bahan-bahan
500g butter
50 gula halus
30g ovalet
350g susu pekat manis
500g cream cheese
10 biji telur gred A
100g serikaya
150g Horlicks
150g tepung aiskrim vanilla
100g peanut powder/almond powder
200g tepung nestum (nestum blend sehalus mungkin)
200ml whipping cream
300g peanut butter
1 sudu besar esen vanila
Pewarna coklat sedikit
 
 
Cara-cara
  1. Mix butter, gula dan ovalet hingga kembang/putih.
  2. Masukkan cream cheese dan mix sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil mix sampai sebati. Masa ni masukkan esen vanila juga.
  4. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Mix sebati.
  5. Masukkan peanut butter. Mix sebati.
  6. Masukkan Horlicks dan tepung aiskrim vanila. Mix sebati.
  7. Masukkan peanut/almond powder. Mix sebati.
  8. Masukkan tepung nestum, diselang-selikan dengan whipping cream sambil mix hingga sebati.
  9. Masukkan sedikit pewarna coklat. Mix sebati.
  10. Lapik loyang dengan baking paper. Tepi loyang jangan sapu apa². 
  11. Panaskan oven, 10 minit, suhu 170C
  12. Layer pertama bakar 10 minit, api atas bawah, suhu 170°.
  13. Layer kedua hingga habis bakar 8 minit, api atas saja, suhu 150° 
  14. Bakar berlapis².


Kek Lapis Peanut Butter Cheese

 

Kek Lapis Milo Cheese

Kek Lapis Milo Cheese



       Assalamualaikum Dan selamat pagi semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 3 pulak. Kek lapis ni aku dah lama teringin nak buat sebab ada nampak orang buat. Tapi dia tak share resepi sebab dia ada buat kelas pjj ja... Tunggu punya tunggu muncul resepi yang seakan-akan resepi pjj tu... Apa lagi, terus la buat... So, kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba kesedapan kek lapis milo cheese ni boleh tengok resepi kat bawah niiii....

Kek Lapis Milo Cheese


Kek Lapis Milo Cheese
C&P : FB Khairunnisa Mohammad
LOYANG 8x8x3.5
 
 
Bahan-bahan
500g butter
500g cream cheese
30g ovalet
100g gula halus
300g susu pekat manis
10 biji telur Gred A (650g)
75g serikaya
100g Horlicks
50g susu tepung
100g tepung aiskrim vanilla
270g tepung Hong Kong
200g Milo
150g nestle cream ( aku ganti whipping cream )
1 sudu besar esen vanila
Pewarna putih secukupnya
Pewarna coklat secukupnya
Milo nuggets 7 packets (sebagai bahan taburan/hiasan)
Cadbury Dairy Milk saiz besar 1 bar (hiris nipis sebagai bahan hiasan/taburan)
 
 
 
Cara-cara
  1. Putar butter, gula dan ovalet hingga kembang/putih.
  2. Masukkan telur satu persatu dan mix sebati. Masa ni masukkan juga esen vanila.
  3. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Mix sebati.
  4. Masukkan Horlicks. Mix sebati.
  5. Masukkan tepung aiskrim vanilla dan susu tepung. Mix sebati.
  6. Masukkan tepung Hong Kong. Mix hingga sebati.
  7. Masukkan nestle cream. Mix sebati.
  8. Adunan ini dibahagikan kepada 2 bahagian: Bahagian A: ditambah Milo dan sedikit pewarna coklat. Kemudian bahagi lagi kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan lapisan bawah. Bahagian B: ditambah cream cheese yang telah diputar sehingga kembang dalam bekas lain terlebih dahulu dan tambah juga pewarna putih
  9. Lapik loyang dengan baking paper. Tepi loyang tak perlu sapu apa².
  10. Panaskan oven pada suhu 170° selama 10 minit.
  11. Mulakan melapis bahagian Milo terlebih dahulu. Bakar lapisan pertama dengan api atas bawah selama 10 minit atau hingga masak. Suhu 170°. Rak tengah.
  12. Bakar lapisan kedua hingga lapisan ke empat dengan api atas saja selama 7 minit atau hingga masak. Suhu 150°. Rak bawah.
  13. Kemudian baru lapis bahagian cheese. Pada setiap lapisan, taburkan Milo nuggets dan Cadbury. Buat sehingga habis lapisan cheese.
  14. Sambung melapis pula bahagian milo sebanyak 4 lapisan sehingga habis.
  15. Bila kek dah masak, tunggu dalam 5 minit. Sisip tepi kek kemudian keluarkan kek dari loyang. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong jadi loaf kecil.


Kek Lapis Milo Cheese


 

Kek Lapis Aiskrim Butterscotch


      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis untuk raya haji nanti... Aku buat 5 jenis kek lapis kali ni. Selalu aku buat 3 atau 4 jenis kek lapis kalau raya haji... Terlebih rajin la pulak. Hahaaaa... Sebab lain tu aku nak habiskan stok bahan kek lapis masa raya puasa hari tu... Untuk kek lapis pertama ni nama dia Kek Lapis Aiskrim Butterscotch. Resepi aku amek kat group resepi mama kent. Aku panjangkan kat sini pulak... Raya haji ni aku buat kek lapis yang simple² jaaa... Warna pun tak guna banyak jenis. Cuma modal bahan mentah yang agak mahal.... Aku buat kek lapis ni pun sebab ada lebihan butterscotch chip yang aku guna dulu tak habis.... Dari terperam dalam peti sejuk baik guna buat kek lapis ni... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni... OK laa, esok aku share resepi ke 2 pulak... Byee...


Kek Lapis Aiskrim Butterscotch


Kek Lapis Aiskrim Butterscotch
C&P : FB Alicia Ayung ( Resepi Mama Kent )

Bahan2:
10 biji telur (gred A)
500gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila
250gm susu pekat manis
170gm serikaya
100gm tepung aiskrim vanila
200gm Horlicks
300gm tepung gandum / tepung pau
2 sudu besar butterscotch paste
1 sudu besar pewarna peach
Butterscotch chips, secukupnya ( utk taburan pada lapisan plain )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula kastor & ovalette hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sampai kembang selama 8-10 minit. 
  3. Masukkan serikaya, susu pekat manis & esen vanila. Putar sampai sebati.
  4. Masukkan tepung aiskrim vanila diikuti dgn Horlicks & tepung gandum. Gaul adunan hingga bercampur rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn. Satu bahagian letak butterscotch paste & pewarna peach dan satu bahagian lagi biarkan plain, tabur butterscotch chips.
  6. Panaskan oven selama 10 minit, api atas & bawah dgn suhu 180°c.
  7. Bakar adunan berwarna peach & adunan plain dgn taburan butterscotch chips secara berselang-seli @ ikut citarasa masing2.
  8. Bakar setiap lapisan selama 8-10 minit, api atas saja, guna suhu 160°c.
  9. Ulang step melapis sampai adunan habis. 


Kek Lapis Aiskrim Butterscotch



Thursday, 22 June 2023

Kek Lapis Matcha Choco

Kek Lapis Matcha Choco


     Assalamualaikum..... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 4 pula. Kek lapis ni sesuai untuk peminat green tea. Sebab jarang jumpa resepi kek lapis green tea ni, maka aku pun buat laa... OK jugak rasa kek lapis green tea ni. Bau pun sangat wangi. Kalau ada peminat green tea boleh la cuba buat... Tak rugi tau... Sampai sini dulu laa... Esok sambung resepi lapis yang last pulak... Byee....


Kek Lapis Matcha Choco



Kek Lapis Matcha Choco
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3
 
 
Bahan-bahan
454gm mentega
180gm gula halus
1 sudu makan ovellet
1 sudu teh esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
480gm kaya
250gm tepung gandum *
150gm serbuk santan *
100gm susu tepung * disatukan & diayak
100gm milo
emulco coklat
pewarna hijau
2 sudu teh pes teh hijau ( matcha atau green tea )
 
 
Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan kaya. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaub balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada dua bahagian. Adunan 1 masukkan pewarna hijau dan pes teh hijau. Kacau rata dan bahagi 6. Adunan 2, masukkan milo dan emulco coklat. Kacau rata dan bahagi 6.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan bewarna hijau. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa berbeza mengikut oven ). Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan hijau. Bakar sehingga lapisan kek kental. Buat sehingga 3 lapisan.
  8. Tuang dan ratakan pula satu bahagian adunan berwarna coklat di atas lapisan hijau. Bakar sehingga lapisan kek agak kental. Lapis lagi dengan adunan bewarna coklat sehingga 3 lapis.
  9. Ulang proses melapis pada langkah nombor 7 dan 8 sehingga adunan habis.

 

 

 Kek Lapis Matcha Choco


 

Kek Coklat Viral

Kek Coklat Viral



        Assalamualaikum dan selamat malam semua.... Hari ni aku bersiaran dengan kek coklat pulak. Kalau tengok kat FB rata-rata pakat dok tayang kek coklat ni. Tapi kebanyakannya depa banyak dok share versi empat segi. Aku malas sikit kalau buat versi empat segi. Bukan apa, kalau nak potong mesti tak cantik... Hahahaa... Bila dah jumpa versi bulat ni apa lagi, moh la kita buat. Lagi satu kek ni tak guna telur tau... Boleh la jimat sikit... Hihihiii.... Moist tau kek ni.... So, kalau ada yang nak mencuba buat kek coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah ni... Selamat mencuba.... Byeee....

Kek Coklat Viral



Kek Coklat Viral
C&P : FB Rahel
Loyang 7

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
1 cawan gula perang
1sudu kecil esen vanila
secubit garam
1/2 cawan minyak masak / minyak jagung / mentega cair
1 sudu kecil cuka / jus lemon


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Gris dengan mentega.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian kacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh dihias dengan topping kegemaran.

Kek Coklat Viral



Topping coklat

150gm coklat
150gm dairy whip cream


Cara-Cara
  1. Cairkan coklat & whip cream secara double boil.
  2. Masukkan kek dalam mousse ring.
  3. Tuang topping coklat atas kek. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  4. Tanggalkan mousse ring. Sedia untuk disajikan.

Kek Coklat Viral

 

Saturday, 3 June 2023

Kek Teh Tarik

Kek Teh Tarik


      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Dah lama tak makan kek yang ada krim ni... Bila dah ada kerajinan tu maka jadilah kek teh tarik ni. Dulu aku pernah buat teh tarik cake dari kak ita. Resepi ada kat sini. Kali ni cuba resepi dari abang Fauzi Karim pulak. Perbezaan dia dari segi kek span la. Kak ita ada tambah serbuk badam dalam kek span dia. Abang Fauzi Karim ada guna tepung jagung dalam kek span dia. So, boleh pilih resepi mana-mana nak cuba. Untuk resepi abang Fauzi Karim ni aku buat separuh adunan ja. Kat bawah tu resepi separuh adunan dah. Untuk Sos Teh Tarik Creamy ni aku letak secubit garam untuk bangkitkan rasa lemak manis... Sedapnya.... Kek yang lembut, rasa sos teh tarik & cream cheese.... Tak tau nak habaq rasa sedap dia... Kena la cuba buat... Ok la, byeee...


Kek Teh Tarik



Kek Teh Tarik
C&P : FB Fauzi Karim
 
 
Teh tarik kaw
 
25gm serbuk teh
350gm air panas
100gm susu pekat manis
 
Cara-cara
  1. Masukkan teh ke dalam bekas dan tuang air panas . Biarkan 5-10minit.
  2. Tapiskan tehnya
  3. Asing 100gm dalam bekas lain (tanpa susu /teh o untuk buat sos teh tarik leleh) Dan masukkan susu ke dalam baki air.
  4. Asingkan 45gm susu dan sejukkan hingga betul betul sejuk (untuk di masukkan ke dalam adunan kek) dan 40gm lagi (untuk dimasukkan ke dalam adunan cream cheese)
 
Nota:
Anda akan ada 4 bekas air teh
  1. 100gm (tanpa susu) untuk digunakan dalam membuat sos teh tarik leleh
  2. 45gm untuk digunakan dalam adunan kek (disejukkan)
  3. 40gm untuk digunakan dalam cream cheese (PANAS)
  4. Baki untuk sapuan/jirus pada kek (disejukkan)
 


Kek Teh Tarik


Bahan Kek
 
45gm Air Teh Tarik SEJUK
5 biji Telur A
100gm Tepung Naik Sendiri
60gm Tepung Jagung
100gm Gula Kastor
50gm Butter yang telah dicairkan
1/2 sb Ovalette
 
 
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali air teh dan butter.. pukul 5 minit dengan kelajuan perlahan
  2. Masukkan air teh tarik dan pukul lagi hingga gembu (naik 2-3 x ganda -bertukar menjadi putih krim)
  3. Alaskan 2 loyang bulat 7 inci dengan baking paper
  4. Masukkan butter ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
  5. Bahagi sama banyak dan tuang adunan ke dalam loyang
  6. Bakar 175c api atas bawah (20-30minit atau hingga masak)
  7. Keluar dari oven terus diterbalikkan atas redai.
  8. Dibiarkan sejuk dan dipotong kepada 2 bahagian.
  9. Ketepikan...



Kek Teh Tarik



Frosting dan Layering
 
40gm Air Teh
1sb Gelatin Halalgel
125gm Cream Cheese (wajib suhu bilik)
50gm Gula Kastor
200gm Non Dairy Whipping Cream (fresh cream) ( aku letak 250gm )


Cara-cara
  1. Larutkan gelatin ke dalam air teh menggunakan teknik double boil
  2. Dalam masa yang sama pukul cream cheese dan gula hingga kembang
  3. Dalam bekas lain pukul non dairy whipping cream (fresh cream)
  4. Tuang gelatin ke dalam adunan cheese. Kacau hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan fresh cream d dan kacau semua hingga sebati.
  6. Simpan seketika dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1jam


Kek Teh Tarik


Sos Teh Tarik Creamy (leleh)
 
25gm gula kastor
75gm gula kastor
100gm air teh (tanpa susu)
150gm UHT / Dairy whipping cream
secubit garam ( aku tambah )
 
 
Cara-cara
  1. Perangkan gula 25gm dengan api perlahan (macam buat karemel)
  2. Dah perang... Masukkan air teh dan gula 75gm.
  3. Kacau dan dibirkan mendidih selama 5-10 minit sebab nak bagi pekat sikit.
  4. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau hingga berbuih kasar.
  5. Tutup api.. sejukkan pada suhu bilik sekurang kurangnya 4 jam.

 

Cara melapis kek
  1. Ambil 1 keping kek yang telah dipotong
  2. Jirus / sapu dengan lebihan teh tarik pada permukaan kek
  3. Sapu adunan cream cheee dan ratakan
  4. Ulang proses no. 1 hingga selesai
  5. Lepa permukaan kek dengan baki Cream cheese
  6. Sejukkan 20minit
  7. Lelehkan permukaan kek dengan sos tarik leleh yang telah sejuk
  8. Sejukkan sekali lagi sekurang kurangnya 10minit dan sedia untuk dinikmati

Kek Teh Tarik


Tuesday, 18 April 2023

Kek Lapis Dangdut Pelangi

Kek Lapis Dangdut Pelangi



       Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share resepi last kek lapis untuk raya ni... Aku buat yang ni last sebab aku malas nak bancuh banyak warna... Nanti nak kena basuh banyak bekas... Hahahaa... Kalau ikutkan macam malas nak buat resepi ni, tapi bila tengok bahan yang dia guna aku jadi tertarik sebab dia guna banyak susu tepung dari tepung gandum.... Kalau pikir macam tak logik. Bukan apa takut adunan tu tak beku atau lambat masak sebab guna banyak susu tepung. Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya... Disebabkan ni kek yang last, aku nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin... Kalau ada yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya... Jangan pandu kenderaan laju-laju. Kalau penat berhenti kat hentian... Byeee.....


Kek Lapis Dangdut Pelangi


Kek Lapis Dangdut Pelangi
C&P : Seha AL-Erfan ( Resepi Mama Kent )
Resepi asal : Chef Afifah ( Gigit Rangup )
Loyang 9x9x3 atau 8.5x8.5x4 

500gm mentega asli
300gm susu pekat manis
300gm sri kaya
30gm ovalete
10 biji telur ayam gred A
200gm horlick
480gm tepung susu nespray ( full milk )
80gm tepung pau
pewarna hitam
pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu


Cara-cara
  1. Mentega, susu pekat, sri kaya dan ovelate dipukul hingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu sehingga habis dan pukul sebati.
  3. Masukkan horlick, tepung susu dan tepung pau. Pukul sebati hingga tidak berketul.
  4. Timbang keseluruhan adunan. Kemudian bahagi kepada 13 ( untuk 13 lapisan ).
  5. Asingkan 6 mangkuk adunan untuk lain-lain warna. Ungu, biru, hijau, kuning, oren, merah ( untuk menghasilkan warna yang menyerlah, tambah 2 titik pewarna putih untuk setiap warna supaya warnanya tidak kelam bila bertemu hitam)
  6. Lebihan adunan diwarnakan hitam, kemudian bahagi adunan hitam kepada 7 bahagian.
  7. Untuk lapisan pertama guna api atas dan bawah. Kemudian lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja.
  8. Suhu ikut oven masing-masing.
  9. Urutan melapis : hitam, ungu, hitam, biru, hitam, hijau, hitam, kuning, hitam, oren, hitam, merah dan hitam.


 Kek Lapis Dangdut Pelangi

Monday, 17 April 2023

Kek Lapis Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese

Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese




    Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 5 untuk raya ni... Rasa kek ni penuh dengan kelemakkan cheddar cheese. Lepastu tambah pula kelemakkan dari kekacang. Ada pula rasa coklat dari coklat cadbury dan chipsmore. Memang penuh dengan rasa kek ni. Bagi aku ni antara kek lapis yang sedap untuk tahun ni. Wajib cuba tau... Walaupun bahan dia banyak, tapi berbaloi sebab sedap. Resepi ni dia bagi adunan kecik. Kalau nak buat versi besar sila gandakan adunan dan guna loyang 8x8x3. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....

Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese



Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese
C&P : Hellena Gangan ( Resepi Mama Kent )
Loyang 6x6x3


Bahan A
250gm butter
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur gred A
3 sudu kecil gula
150gm cream cheese
125gm susu pekat
175gm tepung pau
50gm tepung ice cream vanilla
50gm whipping cream ( optional )
pewarna putih secukupnya


Bahan B ( untuk ditabur disetiap lapisan 1,2,3,5,6,7... )
Setengah bungkus biskut chipsmore ( dihancurkan )
cheddar cheese ( diparut halus )
sebungkus kecil cashew nut mix ditumbuk halus
sebungkus kecil pistachio ditumbuk halus


Bahan C
20 biji coklat cadbury ( susun di lapisan ke 4, tabur chipsmore sikit )


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula, cream cheese dan esen vanila hingga kembang dan licin ( cream cheese tidak berketul )
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan whipping cream, susu pekat dan tepung ice cream vanilla. Putar sehingga adunan sebati.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  6.  Ratakan adunan kek ke dalam loyang yang sudah dialas dan digris. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Tabur chipsmore, cashew nut mix, pistachio dan parutan cheddar cheese. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental. Buat sehingga lapisan ke 3.
  7. Lapisan ke 4, ratakan adunan kek kemudian susun coklat cadbury dan bakar.
  8. Untuk lapisan seterusnya ulang langkah 6 sehingga lapisan terakhir.


Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese

 

Sunday, 16 April 2023

Kek Lapis Lara Kayangan

Kek Lapis Lara Kayangan



    Assalamualaikum & selamat  petang.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 4 pulak. Kek lapis ni ada rasa cheese. Lepas tu tiap lapisan ditabur dengan serbuk oreo dan parutan coklat cadbury... Rasa kek di memang sedap sebab ada letak dua bahan ni. Untuk kek ni aku letak pewarna kuning sebab nak bagi meriah sikit. Kalau resepi asal letak pewarna putih. Ikut la, kalau tak letak apa-apa pun tak pa... Janji kek sedap... Hihihiii... Kalau nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...

Kek Lapis Lara Kayangan



Kek Lapis Lara Kayangan
C&P : Nenek Kebaya ( Resepi Mama Kent )

500gm butter
10 biji telur gred A
1 sudu makan ovalette
80gm gula halus
1 sudu makan esen vanila
300gm susu pekat
250gm horlick
100gm serbuk santan
100gm susu tepung
50gm serbuk cheese putih ( boleh skip jika tiada )
250gm cream cheese
200ml whipping cream
350gm tepung superfine / hongkong / pau
400gm biskut oreo (secukupnya, dihancurkan, dipatahkan )
coklat cadbury secukupnya - diparut
pewarna putih ( aku guna warna kuning )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula, esen vanila, ovallete & cream cheese sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul sebati.
  4. Masukkan horlick, serbuk santan, serbuk cheese putih dan susu tepung.
  5. Masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.
  6. Pukul lagi dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan whipping cream.
  7. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  9. Tepi-tepi loyang tak perlu glis dan tak perlu letak kertas minyak. Permukaan bawah loyang sahaja. Boleh guna loyang saiz 8 inci / 9 inci.
  10. Mula-mula bakar adunan untuk lapisan pertama & tabur oreo crumb & cadbury parut. Gunakan api oven atas bawah lebih kurang 10 minit.
  11. Lapisan ke 2 bakar lagi & tabur oreo crum & cadbury parut dengan menggunakan api oven atas sahaja, lebih kurang 10 minit. Masa pembakaran kek 10 minit setiap lapisan adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau 10 minit tu macam tak masak lagi, boleh tambah masa membakar sehingga diyakini masak. Lapisan kedua sehingga lapisan terakhir gunakan api oven atas sahaja.
  12. Lapisan ke 3 hingga lapisan terakhir pun sama. Sebelum bakar setiap lapisan itu, jangan lupa tabur oreo crumb & cadbury parut.
  13. Lapisan  last susun biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.


Kek Lapis Lara Kayangan

 

Saturday, 15 April 2023

Kek Lapis Coklat Andes

Kek Lapis Coklat Andes



       Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 3 aku buat untuk raya ni... Untuk kek ni sesuai kepada yang minat coklat yang ada perisa mint. Bagi aku sangat sedap bila rasa mint dan coklat tu bergabung. Selalu kita dok buat versi coklat cadbury, kali ni cuba buat versi yang ada perisa mint ni... Sedap ooo... Bila tengok kat gambar tu, coklat tu nampak cair kan... Ni disebabkan cuaca yang sangat panas kat perlis ni... Ni masa raya aku tak tau la cuaca lagu mana... Kalau panas macam ni boleh patah kek ni... Hihihihiiii.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....


Kek Lapis Coklat Andes



Kek Lapis Coklat Andes
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3

454gm mentega
1 sudu besar ovellet
180gm gula halus
250gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
200ml emborg dessert whip
150gm susu pekat
200gm horlicks*
350gm tepung gandum* ( satukan & ayak )
2 kotak ( 56 keping ) coklat Andes ( Andes Creme de  Menthe Thins )
pewarna turqouise dan putih


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula, cream cheese dan esen vanila hingga kembang dan licin ( cream cheese tidak berketul )
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan dessert whip dan susu pekat. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan 1 : Masukkan pewarna turquoise. Kacau rata, bahagi 6. Adunan 2 : Masukkan pewarna putih. Kacau rata, bahagi 6.
  6. Panaskan oven pada suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan berwarna turquoise. Hentakkan loyang untuk meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing ).
  8. Ulang langkah nombor 7sehingga cukup 3 lapisan turquoise.
  9. Lapis pula dengan satu bahagian adunan bagi lapisan putih. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing ).
  10. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan putih. Susun coklat andes. Bakar.
  11. Ulang langkah melapis nombor 9 hingga 10 sehingga semua adunan putih habis. Susun coklat andes pada selang dua lapisan.
  12. Bakar berlapis-lapis baki adunan berwarna turquoise sehingga habis

 

 Kek Lapis Coklat Andes


 

Friday, 14 April 2023

Kek Lapis Walnut

Kek Lapis Walnut



       Assalamualikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi ke 2 kek lapis yang aku buat untuk tahun ni... Resepi asal kek ni dia bakar bahagian coklat tu bagi habis baru bakar bahagian vanila. Ikut la nak ikut versi asal atau varsi aku. Mana-mana pun boleh. Janji siap kek tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...

Kek Lapis Walnut



Kek Lapis Walnut
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang :7x7x3 atau 8x8x3


500gm mentega
300gm gula halus
10 biji telur gred A atau AA
250gm tepung gandum ( diayak )
90gm aiskrim coklat
50gm serbuk koko
60gm walnut ( disangai & ditumbuk kasar )
pewarna coklat
90gm aiskrim vanila
2 sudu teh esen vanila


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega dan gula hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  3. Perlahankan mixer. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  4. Timbang adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan 1 : masukkan aiskrim coklat, serbuk koko, pewarna coklat dan walnut. Kacau rata. Adunan 2 : masukka aiskrim vanila dan esen vanila. Kacau rata. Kemudian bahagi lagi kepada dua bahagian untuk bahagian atas dan bawah.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  6. Ratakan anggaran 7 sudu makan adunan vanila. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan vanila. Bakar berlapis-lapis sehingga habis satu bahagian vanila.
  7. Ratakan pula 7 sudu makan adunan bewarna coklat. Bakar hingga adunan kental. Ulang langkah melapis ini sehingga adunan berwarna coklat habis. Sambung lagi melapis untuk adunan vanila. Buat sehingga habis.
  8. Potong ketika kek sudah sejuk sepenuhnya.

Kek Lapis Walnut

 

Thursday, 13 April 2023

Kek Lapis Jerudong Park

Kek Lapis Jerudong Park


    Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Seperti yang dijanjikan, hari ni baru sempat aku nak share resepi kek lapis untuk raya tahun ni... Tahun ni aku buat 6 jenis.... Tiap-tiap tahun aku akan buat kek lapis untuk hari raya. Macam kebiasaan pulak. Aku start buat kek lapis ni bila mula buat blog pasal kek. Bila jumpa orang share resepi kek lapis memang teruja sangat-sangat. Masa zaman aku start dulu susah jugak nak jumpa resepi kek lapis ni. Bila dah banyak laman sosial ni mudah sungguh nak dapatkan resepi. Buku resepi kek lapis pun ada. Untuk resepi ni aku cuba dari Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak ). Aku cuba 3 resepi dari buku tu. Nanti aku share kat sini. Sapa-sapa nak cuba buat kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah... Byee....


Kek Lapis Jerudong Park




Kek Lapis Jerudong Park
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3


500gm mentega
180gm gula halus
1 sudu besar ovellet
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
392gm susu pekat ( 1 tin rendah )
300gm tepung gandum ( diayak )
200ml emborg dessert whip cream atau 1 tin nestle cream
200gm horlicks
60gm milo
pewarna coklat
pewarna kuning
pewarna hijau
esen pisang
pes strawberi


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, gula, ovellet dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  3. Masukkan susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer.
  5. Timbang adunan dan bahagi kepada 4 bahagian.
  6. Adunan 1 masukkan pewarna kuning, emborg dessert whip dan esen pisang. Bahagi empat.
  7. Adunan 2 masukkan pes strawberi. Bahagi empat.
  8. Adunan 3 masukkan horlicks, pewarna hijau dan esen pisang. Bahagi empat.
  9. Adunan 4 masukkan milo dan pewarna coklat. Bahagi empat.
  10. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  11. Ratakan satu bahagian adunan bewarna coklat ke dalam loyang yang sudah dialas dan digris. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental.
  12. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan coklat. Bakar. Ulangi langkah melapis sehingga adunan coklat habis ( 4 lapisan coklat ).
  13. Ulang langkah melapis pada nombor 6 hingga 8 untuk baki adunan bagi mendapatkan 4 lapisan hijau, 4 lapisan merah dan 4 lapisan kuning.
     

Kek Lapis Jerudong Park