Monday, 16 June 2025

Popia Big Mac

 
Popia Big Mac

 
       Assalamualaikum & selamat malam semua... Hari ni aku nak share resepi popia big mac pulak... Orang dah lama buat. Aku baru nak cuba. Popia carbonara pun aku tak cuba lagi. Yang teringin nak buat popia big mac ni sebab dalam tu ada letak jeruk timun. Tu yang aku suka tu. Kalau carbonara tu macam biasa ja. Yang big mac ni macam wow sikit. Kalau ikutkan aku dah beli bahan-bahan nak buat ni sebelum puasa lagi. Alih-alih aku tunda sampai hari ni. Kulit popia pun aku buat jadi popia nestum dulu. Nasib bahan-bahan lain lambat expired.... Hahaaa.... Untuk popia ni aku tak balut dua kali. Dia ada tembus. Bila goreng jadi tak cantik. Aku ada cuba guna air fryer. Dia  tak rangup macam goreng guna minyak. Sebelum tu aku golek-golek dalam minyak dulu la sebelum masuk dalam air fryer. Popia ni aku buat kemarin sebenarnya... Ada 4 biji lagi. Simpan dalam freezer. Lepas ni kalau rajin aku nak buat popia carbonara pulak lah.. Untuk popia ni aku dapat 10 biji. Aku balut pun nampak buruk... Hahaaa..... Nampak tak, isi pun tak padat. Kalau boleh dagin tu jangan bagi masin. Nanti tak sedap.... Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
 
 
Popia Big Mac


Resipi Popia Big Mac
C&P : inahar's cooking time


Bahan-bahan inti big mac:
Daging kisar ( 400gm )
Bawang merah - potong dadu kecil
Serbuk bawang putih (boleh guna garlic biasa)
Serbuk paprika
Serbuk lada hitam
Garam
Perisa (optional)
Cheese slices

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah itu, masukkan bawang merah. Tumis bawang ini dengan api sederhana sehingga naik bau harum.
  2. Kemudian masukkan daging kisar ke dalam kuali.
  3. Tambahkan serbuk bawang putih, paprika, lada hitam, garam dan perisa secukupnya untuk memberi rasa pada daging.
  4. Biarkan sehingga masak dan ketepikan.

 
Popia Big Mac
 
 
Bahan-bahan sos

Mayonis
Sos mustard
Sos cili
Sos tomato
Sedikit serbuk paprika (optional)
Sedikit serbuk bawang putih (optional)
Bawang holland - potong halus
Gherkin Pickles/jeruk - potong halus

Cara-cara
  1. Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  2. Ambil kulit popia, letakkan cheese slice (boleh guna sekeping or half slice) inti daging, dan sos.
  3. Gulungkan dan ambil lagi sekeping kulit popia utk bungkus popia dua lapis supaya tak mudah koyak dan goreng popia Big Mac sehingga keperangan atau masak sepenuhnya.
 
 
Popia Big Mac

Sunday, 15 June 2025

Kek Keju Durian ( No - Bake Durian Cheese Cake )

Kek Keju Durian ( Non - Baked Durian Cheese Cake )

 
     Assalamualaikum semua... Hari ni kita bersiaran dengan kek keju durian. Asalnya nak buat kek durian yang ada kek span tu... Tiba-tiba boleh rasa malas nak buat kek span tu. Maka jadi la kek ni. Yang boleh buat pun sebab sepupu aku ada bagi buah durian ni. Durian kampung. Isi dia kecik-kecik dari durian kawin. Jenuh nak perisi isi dia. Dapat banyak biji gak la. Ada simpan dalam freezer. Kalau rajin buleh la buat kek durian yang ada kek span tu. Kalau sapa-sapa ada stock durian boleh la cuba buat..
 
 
Kek Keju Durian ( Non - Baked Durian Cheese Cake )

 
Kek Keju Durian (No - Bake Durian Cheese Cake)
 
Base
200gm biskut digestive
100gm butter
 
 
Cara-cara
  1. Hancurkan biskut dan masukkan butter cair. Kacau sebati dan tekan padat ke dalam loyang.
  2. Sejukkan dalam petisejuk selama 20 minit.
 
Kek Keju Durian ( Non - Baked Durian Cheese Cake )

 
250gm cream cheese
250gm non dairy whipping cream
250 isi durian
100gm gula castor
2 sudu besar madu ( aku tak letak )
2 tbsp gelatin halal
60ml air panas
 
 
Cara-cara
  1. Putar non dairy whipping cream hingga mental dan softpeak. Simpan dalam peti sejuk sebentar.
  2. Putar cream cheese, gula dan isi durian hingga kembang dan lembut.
  3. Cairkan gelatin dengan air panas. Kacau hingga gelatin larut. Masukkan gelatin ke dalam adunan keju.
  4. Campurkan adunan keju dan non dairy whipping cream tadi dan kacau dengan kaedah kaup balik secara perlahan.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang loose tin yang boleh di buka bawahnya.
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam
 
Nota tambahan
*Aku buat separuh adunan dari resepi kat atas.
*Guna loyang 6 inci. Kalau full resepi guna 8 inci.
 
 
Kek Keju Durian ( Non - Baked Durian Cheese Cake )

Friday, 13 June 2025

Chocolate Cake


Chocolate Cake

 
      Assalamualaikum semua...  Hari ni aku nak share resepi kek coklat pulak. Awai-awai pagi dah tayang kek cekelat... Hahahaa...Tiba-tiba mulut ni teringin nak makan kek cekelat. Maka, jadilah kek cekelat ni. Resepi ni aku jumpa kat TikTok. Aku nak cuba kek ni sebab dia punya frosting chocolate ganache tu di pukul sampai kental. Sedap tau. Untuk coklat kat frosting tu aku lebihkan sebab bila tengok kat tiktok owner tu buat nampak macam lembik. Aku tambah coklat tu supaya Coklat ganache aku tak lembik. Maklum la rumah aku ni panas. Takut masa dok deco tu mencair pulak krim tu. Untuk whipping cream tu aku ganti dengan fresh cream. Bila ganti fresh cream ni dia jadi terlebih manis sikit. Nak buat macam mana whipping cream tak da, nak jimat pakai la fresh cream. Resepi kat bawah tu separuh adunan. Sapa nak buat full resepi sila gandakan adunan & guna loyang 8 inci.
 
 
Chocolate Cake

 
 
Chocolate Cake

 
Chocolate Cake
C&P : TikTok AINNA
 
Dry Ingredients
125gm tepung gandum
45gm serbuk koko
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
- whisk sebati semua bahan -
 
Wet Ingredients
150gm susu full cream
2 biji telur gred C
107.5gm minyan masak
100gm susu pekat
100gm gula kastor ( aku guna gula perang )
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar chocolate emulco
- whisk sampai sebati semua bahan -
 
Cara-cara
  1. Tuang dry ingredients ke dalam wet ingredients & kacau sebati.
  2. Bahagi adunan kepada 3 loyang saiz 6 inci.
  3. Bakar suhu 170C selama 20 minit atau sampai kek masak
 
 
Chocolate Cake



Chocolate Cake


 Frosting
 
175gm whipping cream ( aku guna fresh cream )
150gm dark chocolate coins ( aku letak 300gm )
 
 
Cara-cara
  1. Panaskan 100gm whipping cream. Tuang ke dalam mangkuk yang ada chocolate coin, biarkan 2 minit baru kacau sebati.
  2. Tutup permukaan ganache dengan cling wrap atau plastik. Sejukka dalam peti sejuk 1 jam.
  3. Keluarkan dari peti sejuk & putar dulu 30 saat. Masukkan lagi 75gm whipping cream & putar sampai kental.
 
 
Chocolate Cake

 
 Cara melapis kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan chocolate frosting. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga Lapisan kek yg ke3.
  2. Salut seluruh kek dengan baki chocolate frosting. Hias ikut kreativiti masing-masing.
  3. Sejukkan dahulu kek sebelum dihidangkan...
 
 
Chocolate Cake

Tuesday, 10 June 2025

Kek Pisang Coklat Urai

 
Kek Pisang Coklat Urai

 
         Assalamualaikum dan selamat tengahari semua... Hari ni aku nak share resepi kek pisang lagi. Aku buat ni pun sebab nak habiskan aku punya chocolate rice. Ingat masa bulan puasa ritu nak buat biskut chocolate rice, tapi tak buat. Ingat nak buat masa raya haji, tak jadi jugak... Hahaaa... Nampak gayanya macam sambung raya tahun depan gamaknya... Texture kek ni lembut tapi dia padat sikit. Sesuai la buat makan masa sarapan. Tak pun buat menu minum petang. Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah
 
 
Kek Pisang Coklat Urai

 
Kek Pisang Coklat Urai
C&P : Salina Jalaludin ( cookpad )
 
2 biji telur ayam
1 cawan gula kastor
2 cawan pisang emas (dilecek)
1 cawan minyak masak
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar soda bikarbonat
Secubit garam
1/2 cawan coklat urai
 
 
 Cara-cara
  1. Telur dan gula dipukul sehingga kembang.
  2. Masukkan pisang dan minyak masak. Pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan coklat urai. Gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak masak. Tuangkan adunan. Kukus Selamat 35minit. Tutup api dan sesuai untuk dihidangkan.
 
 
Kek Pisang Coklat Urai

Friday, 6 June 2025

Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

 
       Assalamualaikum & selamat petang semua... Ni adalah biskut last untuk raya haji nanti... Aku dah lama cari resepi biskut biskut nestum paraline yang dia letak coklat drizzle atas tu. Tapi tak jumpa. Semua yang ada pun buat jual. Bila jumpa resepi ni aku olah la jadi macam biskut nestum paraline tu... Boleh la kannn... Tapi aku tak tukar nama la... Nanti takut orang marah. Aku cuma tambah coklat drizzle atas biskut tu jaa... Untuk biskut ni aku guna butter La Belle D'andaine. Sedap... Bagi aku apa-apa pure butter pun sedap. Yang penting tengok modal kita... Guna buttercup pun sedap.. Sapa yang rasa sempat nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu.. Byeee...
 
 
 
Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

 
 
Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut
C&P : Azlita Aziz
Resepi Oleh : My Resipi

250 gm mentega (aku guna butter La Belle D'andaine)
120 gm gula aising
250 gm tepung gandum ~ ita letak 200 gm
130 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam
40 gm nestum - dikisar
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur

Hiasan
Nestum
1 biji kuning telur - untuk hiasan
White & dark chocolate ( cairkan )
 
 
Cara-cara
  1. Masukkan mentega, gula aising dan esen vanilla serta kuning telur ke dalam mesin pengadun dan pukul hingga sebati. ( ita guna senduk kayu je )
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam serta nestum. Uli doh hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit doh dan bulatkan seperti bola dan tekan dengan garfu @ terapkan dengan menggunakan acuan kegemaran anda. Ulang langkah ini sehingga doh habis. 
  4. Susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan nestum / mengikut citarasa masing2 pada permukaan biskut.
  5. Masukkan dalam ketuhar pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. 
  6. Bila biskut dah sejuk, boleh paipkan white & dark chocolate atas biskut. Simpan dalam bekas kedap udara.

 
Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

Kek Lapis Pinklava

Kek Lapis Pinklava
 
 
      Assalamualaikum & selamat pagi... Ni Kek lapis last untuk raya haji ni... Pasni nak jumpa resepi kek lapis pun raya puasa tahun depan laaa.... Untuk kek lapis ni aku guna butter La Belle D'andaine. Sedap gak butter ni. Bau pun best.. Wangi... Tapi bagi aku tak leh lawan butter golden churn laa... Hahaaa... Tu memang dah trademark kek lapis. Tahun ni aku test 2 jenis butter. Satu lagi butter farm fresh. Yang tu kurang tang bau laa... Bau dia macam tak menyengat... Kalau sapa-sapa rajin nak buat kek lapis boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye... Selamat hari raya semua....
 
 
Kek Lapis Pinklava

 
 Kek Lapis Pinklava
 C&P : Dapur Kitak

500 gram butter ( aku guna butter La Belle D'andaine )
100 gram gula
30 gram ovalet
500 gram cream cheese
10 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
400 gram susu pekat
100 gram coffeemate
100 gram tepung aiskrim mix plain
320 gram tepung pau
250 gram cheddar cheese
4 bungkus nabati pink lava(sebungkus berat 39 gram) - hancurkan
1 bungkus nabati cheese - hancurkan
100 gram coklat flake
75 ml warna putih
100 gram dairy whipping cream
1 sudu besar esen strawberry
warna pink secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul butter, gula kastor & ovalet sampai kembang. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga kembang.
  3. Satukan cream cheese dengan adunan butter tadi.
  4. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
  5. Masukkan susu pekat & esen vanilla. Sebatikan.
  6. Masukkan coffee mate & tepung aiskrim. Sebatikan.
  7. Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit sehingga habis. Sebatikan.
  8. Masukkan whipping cream. Sebatikan.
  9. Masukkan esen strawberry. Sebatikan.
  10. Masukkan warna putih. Sebatikan.
  11. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian 1800gm & 1 lagi 900gm. Bahagian 900gm letak warna pink secukupnya.
  12. Sapu bawah loyang 9×9×4 dengan marjerin & alas guna baking paper.
  13. Adunan warna putih 180gm setiap lapisan & letak 2 sudu makan wafel pink lava. Tabur cheddar cheese.
  14. Panaskan oven suhu 180C. Lapisan pertama bakar guna api atas & bawah. Bakar selama 8 minit.
  15. Lapisan kedua sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selama 8 minit suhu 150C.
  16. Lapisan warna pink 180gm setiap lapisan & letak 2 sudu makan wafel nabati cheese. Tabur chocolate flake pada setiap lapisan pink.
  17. Buat 2 lapisan putih, 1 lapisan pink, 2 lapisan putih, 1 lapisan pink. Buat sampai habis adunan.
 
 
Kek Lapis Pinklava

Thursday, 5 June 2025

Hazelnut Button Cookies

Hazelnut Button Cookies
 
 
 
    Assalamualaikum & selamat petang semua... Petang ni aku nak share satu lagi biskut raya haji nanti. Sedap biskut ni. Lagi sedap kalau letak banyak filling hazelnut kat biskut tu. Aku boh sikit ja sebab filling hazelnut tu pun tinggal sikit. Kalau beli tambah nanti ada lebih lagi. Pastu tak tau nak buat apa. Peram je la dalam peti sejuk tu... Ni cukup-cukup untuk biskut yang aku buat ni. Untuk biskut ni aku guna butter farm fresh. Masalah butter ni bau dia tak bangkit sangat.. Kalau butter lain dia bau lemak-lemak berkrim. Ni macam kureng bau dia. Rasa ok, sedap... Sapa yang nak buat biskut ni boleh tengok resepi kat bawah tu. Biskut ni ala-ala nutella pod laa...
 
 
 
Hazelnut Button Cookies

 
 
Hazelnut Button Cookies
C&P : TikTok AINNA
 
250gm butter ( aku guna butter farm fresh )
1/2 cawan gula aising
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
 
 
Cara-cara
  1. Kacau butter & gula aising sampai sebati. Tak perlu kacau lama-lama.
  2. Masukkan tepung susu & serbuk koko. Kacau sebati lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung, kacau lagi sekali.
  4. Last sekali masukkan tepung gandum. Tepung gandum pastikan masuk sikit-sikit. Uli sampai doh tak melekat kat tangan.
  5. Kalau doh dah ok, tak perlu habiskan baki tepung tapi kalau doh lembik & melekat lagi kat tangan boleh tambah tepung gandum sikit.
  6. Bulatkan doh guna saiz 1/2 tbsp. Kacau-kacau putih telur. Masukkan doh ke dalam putih telur & almond nibs.
  7. Buat lubang kecil kat tengah doh. Bakar suhu 160C 15-20 minit dalam oven yang di panaskan.
  8. Lepas biskut keluar dari oven biarkan sampai suam baru paipkan filling hazelnut.
  9. Bakar lagi sekali 3-4 minit atau sampai permukaan hazelnut filling tu jadi keras sikit. Bila sentuh dengan hari filling tu tak melekat.
 
 
Hazelnut Button Cookies

Kek Lumut Tanpa Tepung

Kek Lumut Tanpa Tepung


     Assalamualaikum & selamat pagi semua.... Pagi ni awal pulak aku bersiaran... Hahaaa... Untuk pagi ni aku nak share resepi kek lumut. Kek lumut kali ni tak guna sebarang tepung tau. Dia guna banyak nestum. Nestum pun aku tak blend bagi halus pun. Guna yang kasar-kasar tu. Kek lumut ni malasnya sebab nak kukus tu kurang-kurang 4 jam. Sambil kukus tu buleh la gentel-gentel biskut ka. Tak la ngantuk nak tunggu kek tu masak. Kek lumut ni aku buat separuh adunan jugak la. Guna loyang 6×6×4. Sapa-sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu.. Byeee...


Kek Lumut Tanpa Tepung



Kek Lumut Tanpa Tepung
C&P : Ika Elin ( RMK )

16oz mentega
10bj telur
4 1/2 gelas nestum
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil sekaya
1/2 gelas gula halus
1 gelas horlick
1 gelas serbuk badam
1 botol pandan paste
Pewarna hijau
 
 
Cara-cara
  1. Pukul mentega & gula hgga kmbg.
  2. Masukkn telur satu prsatu.
  3. Masukkan susu, sekaya, horlick, serbuk badam, pandan paste & pewarna hijo..
  4. Masukkn nestum & gaul sebati.
  5. Tuang dalam loyang & kukus 4 jam.

Nota tambahan
*Sukatan gelas aku ganti guna cawan metrik
*Nestum aku tak kisar. Guna yang kasar.
*Aku buat 1/2 adunan guna loyang 6×6×4
*Aku tambah sedikit warna coklat supaya nampak hijau gelap
 


Kek Lumut Tanpa Tepung


Wednesday, 4 June 2025

Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

 
       Assalamualaikum & selamat petang semua... Petang ni aku nak share resepi biskut pulak... Biskut pun aku buat guna lebihan cornflakes masa buat biskut raya puasa hari tu.. Kalau ikutkan aku malas nak buat biskut tapi bila ingat balik biskut raya puasa hari tu semua habis tu yang aku buat jugak... Boleh la buat makan-makan sambil tengok drama. Aku kalau dah lepas raya memang tak buat la biskut-biskut ni. Sedap jugak biskut cornflakes ni bila boh cheese... Masin-masih berlemak. Sebelum bakar tu aku golek-golek dulu biskut tu atas cornflakes sebab nak bagi lagi rangup.. Sapa-sapa yang nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu.. Byeee...
 
 
Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

 
 
Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur
C&P : Dapur Kitak

320 gram butter
150 gram gula aising
300 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
100 gram cornfake
100 gram cheedar cheese


Cara-cara
  1. Satukan butter & gula aising menggunakan spatula.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & serbuk penaik. Gaul sehingga menjadi doh.
  3. Setelah sebati, masukkan cornflakes & cheddar cheese. Gaul sebati.
  4. Ambil adunan sebesar satu sudu teh dan susun atas loyang ( aku golek² adunan atas cornflakes dulu sebelum susun atas loyang ).
  5. Panaskan oven suhu 180C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
 
 
Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

Kek Lapis Tembikai Susu Cheese

Kek Lapis Tembikai Susu Cheese
 
 

   Assalamualaikum semua... Pagi ni aku nak update resepi kek lapis yang keempat pulak. Kek lapis tembikai susu cheese... Bau wangi manis-manis kek lapis ni.. Suka aku... Untuk kek lapis ni aku guna butter farm fresh. Ok, sedap jugak... Tapi lidah ni dah biasa guna golden churn memang akan ke arah golden churn laa... Kelemahan butter ni sebab dia buat 200gm untuk satu ketol. Kalau hang nak buat separuh adunan kek lapis pun kena beli seketol lagi. Kalau nak buat full resepi kena beli 3 ketoi.. Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...
 
 
Kek Lapis Tembikai Susu Cheese

 
Kek Lapis Tembikai Susu Cheese
C&P : FB Dapur Kitak

450 gram marjerin ( aku guna butter farm fresh )
250 gram cream cheese
100 gram gula halus
30 gram ovalet
10 biji telur gred A
400 gram susu pekat
1 sudu teh esen vanila
100 gram creamer
350 gram tepung gandum
150 gram susu perisa tembikai susu
3 sudu besar kodial tembikai susu
karamel coklat cip secukupnya
pewarna hijau secukupnya
perwarna kuning secukupnya

 
Cara-Cara
  1. Pukul gula, marjerin, ovalet & cream cheese sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
  3. Masukkan susu pekat, esen vanilla & creamer. Putar sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  5. Masukkan susu berperisa tembikai susu & kordial tembikai susu. Putar sebati.
  6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna hijau. Bahagian ke2 letak sedikit warna hijau. Bahagian ke3 letak pewarna hijau+kuning secukupnya.
  7. Sapu bawah loyang 8×8×4 dengan marjerin & alas dengan baking paper. Panaskan oven selama 10 minit suhu 180C. Lapisan pertama bakar guna api atas dan bawah. Buat 4 lapisan untuk lapisan hijau terang. Lapisan kedua & terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selama 8 minit suhu 150C.
  8. Tuang pula lapisan hijau muda. Bakar sehingga masak.
  9. Sambung melapis untuk adunan hijau+kuning. Tabur sedikit caramel chocolate chips pada lapisan ini. Tabur berselang seli. Bukan setiap lapisan hijau+kuning. Buat sehingga habis lapisan.
 
 
Kek Lapis Tembikai Susu Cheese

Tuesday, 3 June 2025

Kek Lapis Renoba

Kek Lapis Renoba



      Assalamualaikum semua... Malam ni baru sempat nak update resepi kek lapis untuk raya haji nanti. Patutnya aku dah post hari jumaat hari tu. Tapi kena tangguh sebab demam. Nasib semua kek & biskut raya aku dah siap dah. Aku kalau demam memang banyak hari. Ni pun dah lama tak demam. Dok sembang dengan mak aku kata lama dah tak demam ni... Tup-tup terus demam... Hahaaa... Dengan sakit tekak. Pastu selsema. Tambah dengan hingus... Uhhh... Dugaan sungguh. Malam ni kira ok sikit. Makan pun dah lalu. Kalau tak nak minum jaa... Berbalik pada resepi kek lapis ni, dia ada 6 rasa tau... Haaa... Mudah keja. Tak yah buat banyak jenis kek lapis... Hahaaa... Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...
 
 
Kek Lapis Renoba

 
 

KEK LAPIS RENOBA
C&P : Enny Othman ( RMK )
Loyang 9x9


500gm mentega
10 biji telur
100gm gula
300gm tepung gandum/superfine/hongkong
1/2 tin susu manis
150gm kaya
1 sudu makan ovalette
100gm susu cair
1 tin nestle cream
100gm serbuk ice cream vanila
50gm milo
50gm bijan
50gm serbuk ice cream strawberry
50gm biscoff spread
150gm cream cheese
1/2 sudu makan nescafe
50gm horlicks
Pewarna hijau, kuning, coklat, putih, pink

 
Cara
  1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul hing kembang dan sebati. Kemudian masukkan susu manis, kaya, nestle cream dan susu cair.
  3. Pukul hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan serbuk ice cream dan tepung. Pukul adunan hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian : (1) Campurkan milo (2) Campurkan horlicks dan warna hijau (3) Campurkan biscoff dan warna kuning (4) Campurkan cream cheese dan warna putih. (5) Campurkan bijan, ice cream strawberry dan warna pink (6) Campurkan nescafe dan warna coklat
  6. Alaskan loyang dengan kertas minyak.
  7. Lapiskan adunan seperti dalam gambar.
  8. Boleh bakar atau kukus.

 

*Aku buat separuh adunan guna loyang 6×6×4
*Untuk setiap adunan aku buat 2 lapis
*Nestle cream aku ganti whipping cream
 
 
 
Kek Lapis Renoba