Saturday, 15 June 2024

Kek Lapis Blanco Pistacho


Kek Lapis Blanco Pistacho


    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Ni kek lapis yang last aku buat untuk raya haji tahun ni... Kek ni memang makan modai gak laa... Kacng pistachio tu pun dah berapa ringgit. Cream cheese lagi... Sebelum ni ada jumpa resepi lain yang guna pistachio, tapi dia guna banyak kacang tu so cancel la dulu resepi tu... Hahahaaa... Nanti dah ada modal lebih baru buat lain. Untuk pistachio emulco yang aku guna ni bau dia macam tak berapa best... Kalau nak buat resepi ni kena cari emulco yang betul-betul bau yang sedap... Kalau tak, rugi laa... Kalau ada yang nak mencuba buat resepi kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah ni....
 

Kek Lapis Blanco Pistacho



Kek Lapis Blanco Pistacho
C&P : Dewie Sha ( RMK )

500g butter
12 biji telur
400 g susu pekat
50 g gula kastor
350 g tepung pau
250 g susu tepung
100 g horlick
500 g cream cheese
350 g coklat putih ( dicairkan )
400 g pistachio ( dibakar sampai masak dan dihancurkan )
100 g serbuk creamer
250 g whipping cream
200 g susu fullcream
1 sdm ovalet
1sk esen vanila
pewarna hijau + kuning + 1 sudu emulco pistachio
pewarna putih
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese , butter , gula dan ovalet..pukul adunan hingga gebu.
  2. Masukan telur satu persatu sampai habis..Kemudian baru masukan susu pekat , horlick , creamer dan susu tepung..gaul hingga sebati..
  3. Masukan tepung berselang seli dengan whipping cream dan susu fullcream hingga habis..Akhir sekali masukan coklat putih yang telah di cairkan..Masukan esen vanila..gaul hingga adunan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 letak pewarna putih + tabur dengan pistachio.
    Bahagian 2 letak pewarna hijau + kuning + 1 sudu emulco pistachio. Setiap lapisan saya timbang 200g dan saya menggunakan loyang saiz 9x9 @ boleh gunakan loyang saiz 9.5 sebab kek tinggi..
  5. Bakar menggunakan api atas sahaja..dari lapisan pertama sampai habis ...suhu ikut oven masing² ye.. 



Kek Lapis Blanco Pistacho

Kek Lapis Milk Cheese

Kek Lapis Milk Cheese


    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi ke empat untuk kek lapis raya haji tahun ni. Kek lapis ni sesuai untuk yang minat makan kek lapis yang rasa simple tapi lemak bercheese... Bahan pun tak banyak sangat. Untuk melapis kek ni aku buat dua warna. Putih dan kuning... Mula-mula nak buat tiga empat kaler, macam malas nak basuh bekas pulak. So, aku buat dua kaler je laaa... Kalau ikut resepi asal cuma letak kaler putih jaaa... Ikut la, kalau rajin nak buat warna pelangi pun bulah... Tak ada masalah. Ikut tahap kerajinan hangpa... Malam ni aku share resepi kek lapis yang last. Tahun ni terlebih rajin buat lima jenih pulak. Selalu empat ja untuk raya haji. Biskut raya pn aku tak buat lagi. Ingat nak buat coklat chip. Nanti buleh la buat kudap-kudap lepas raya... Byeee....


Kek Lapis Milk Cheese



Kek Lapis Milk Cheese
C&P : Ummu Danial ( RMK )


Bahan-bahan
 
16 aun mentega scs
10 biji telur gred A
200gm gula halus
10g ovellette
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu manis
250g cream cheese
200gm tepung hong kong
60gm susu tepung
100gm horlick..mun nk engkah lebih pun boleh ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
pewarna putih
cheddar parut pk tabur atas kek
 
 
Cara-cara
  1. telur+gula+ovellete d pukul kembang.
  2. masuk cream cheese pukul sebati...mentega +susu+vanilla pukul rata sampai sebati...
  3. kemudian masukkn tpg hong kong+horlick+susu tpg gaul sebati lagi 
  4. kemudian masukkan pewarna putih..gaul sebati....
  5. bakar lapis demi lapis 7/6 sudu setiap lapisan bakar 180c 6 ke 7 minit bergantung dgm oven masing2 
  6. tabur cheese cheddar parut setiap lapisan
  7. loyang siize 8x8 yaa
  8. Untuk melapis boleh guna warna yang disukai masing-masing.

Kek Lapis Milk Cheese

 

Friday, 14 June 2024

Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat

Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat


    Assalamualaikum semua.... Malam ni aku nak share resepi kek lapis yang ketiga pula.  Kek lapis ni ada gabungan rasa coklat, red velvet dan cheese tau... Sedap oooo.... Kalau ada yang nak mencuba resepi ni boleh la tengok kat bawah tuu... Nanti kita jumpa esok pulak untuk resepi kek lapis yang seterusnya.. Ada dua lagi resepi kek lapis yang aku akan share nanti... Byeee....


Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat



Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat
C&P : Khairunnisa Mohammad

Bahan-bahan
 
500g butter
30g ovalet
50g gula halus
10 biji telur gred A
350g susu pekat manis (Kalau pakai dark chocolate. Kalau pakai milk chocolate, kurangkan jadi 300g)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar glycerin (I tak letak. Kalau ada, letak. Untuk melembapkan kek bagi kek² yang dibakar)
100g susu tepung ( Resepi asal coffeematte )
100g tepung aiskrim vanila
100 gram Socolics
280g tepung pau
100g whipping cream
250g cream cheese
200 gram coklat ( dicairkan, saya guna ready to use Beryl's chocolate )
Emulco red velvet
Pewarna putih
 
 
Cara-cara
  1. Mix butter, gula, dan ovalet hingga gebu
  2. Masukkan telur satu persatu. Mix sebati. Masa ni masukkan juga esen vanila.
  3. Masukkan susu pekat manis. Mix sebati.
  4. Masukkan susu tepung, tepung aiskrim vanila dan Socolics. Mix sebati.
  5. Masukkan tepung pau. Mix sebati.
  6. Masukkan whipping cream. Mix sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
    Bahagian A: 830g dicampur emulco red velvet secukupnya
    Bahagian B: 580g dicampur coklat yang telah dicairkan
    Bahagian C: 580g dicampur pewarna putih dan cream cheese yang telah dipukul gebu terlebih dahulu
  8. Panaskan oven. Suhu 150° atau ikut saiz oven sendiri. 10 minit.
  9. Lapik loyang dengan baking paper. Tepi jangan sapu apa².
  10. Cara melapis ikut kreativiti sendiri. Ikut saya punya pun boleh. Nak bakar coklat dulu semua, kemudian putih semua, kemudian merah semua, pun boleh. Nak bakar selang seli ketiga² warna pun boleh.
  11. Lapisan pertama api atas bawah. Suhu 150° atau ikut oven sendiri. Bakar sampai masak.
  12. Lapisan kedua sampai akhir api atas saja. Suhu sama. Bakar sampai masak setiap lapisan.
 
 
 

Kek Lapis Red Velvet Cheese Coklat

Kek Lapis Gula Apong

Kek Lapis Gula Apong


    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Pagi ni aku nak share resepi kek lapis gula apong pula. Kek lapis ni unik sikit sebab dia guna gula apong. Rasa gula apong ni macam gula orang boh dalam som tam tu... Rasa dia tak sama la 100/100. Seakan akan jaa.... Gula apong ni aku beli kat shopee. Jauh mai dari sarawak. Kat semenanjung ni ada, tapi dia jual yang 1kg. Banyak sangat tuuu... Untuk kek lapis ni aku ada buat kesilapan masa melapis. Patut hijau, coklat & puth sampai habis adunan.. Tapi tengok la aku buat lagumana.... Tapi nasib baik cantik jugak la susunan warna tu walaupun tak ikut turutan... Hahahaaaa.... Nanti kalau rajin petang atau malam ni aku share lagi resepi kek lapis... Byeee....


Kek Lapis Gula Apong




Kek Lapis Gula Apong
C&P : Khairunnisa Mohammad
 
Bahan-bahan
 
450g butter
30g ovalette
10 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250g susu pekat manis
100g sekaya
250g gula apong
100g Socolics ( resepi asal pakai Horlicks )
150g susu tepung ( resepi asal pakai coffee mate )
50g serbuk aiskrim vanilla
50g santan
320g tepung pau
Esen pandan
Pewarna hijau
Pewarna putih
Pewarna coklat ( resepi asal browning sugar )
 
 
Cara-cara
  1. Mix butter dan ovalet hingga gebu. Resepi asal Ada tambahan 3 sudu makan gula kastor. Saya tak letak gula. Sebab dah manis sangat bagi saya.
  2. Masukkan telur satu persatu dan mix sampai sebati. Masa ni masukkan juga esen vanila.
  3. Masukkan susu pekat manis dan sekaya. Mix sebati.
  4. Masukkan gula apong. Mix sebati.
  5. Masukkan Socolics, susu tepung dan serbuk aiskrim vanila. Mix sebati.
  6. Masukkan serbuk santan. Mix sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mix hingga sebati.
  8. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak:
    Bahagian A: ditambah esen pandan dan pewarna hijau.
    Bahagian B: ditambah pewarna putih
    Bahagian C: ditambah pewarna coklat atau browning sugar
  9. Panaskan oven. 10 minit. Api atas bawah. Suhu 150° atau ikut saiz oven sendiri.
  10. Lapik loyang dengan baking paper. Tepi tak perlu sapu apa².
  11. Lapisan pertama bakar pada suhu 150°, hingga masak, api atas bawah.
  12. Lapisan kedua sampai habis, bakar suhu 150°, hingga masak, api atas saja.

Kek Lapis Gula Apong

Thursday, 13 June 2024

Kek Lapis Koboi

Kek Lapis Koboi


    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni baru aku sempat muncul kat blog aku ni... Lama jugak aku tak timbul. Last aku update pun masa bulan puasa hari tu. Ni timbul pun sebab nak share resepi kek lapis untuk raya haji tahun ni. Ni resepi kek lapis yang pertama untuk raya haji ni. Resepi asal dia bakar bahagian coklat tu bagi habis. Pastu bakar pula bahagian putih bagi habis. Aku bakar bahagian putih separuh adunan. pastu bakar bahagian coklat bagi habis. Pastu sambung bakar bahagian putih bagi habis. Ikut la cara mana hangpa suka... Esok aku share lagi resepi kek lapis... Byeee....


Kek Lapis Koboi



Kek Lapis Koboi ( lebihan bhn² kek yg ada )
C&P : Cikk Hasyimah Gu ( RMK )
 
Bahan-bahan
 
10 biji telur A
I sdk vanilla
450g butter
350g Susu pekat
1/2 cawan Gula halus
100g Horlicks ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
100g susu tepung (apa² jenis )
100g milo ( bolih ganti vico )
50g sebuk chocolate
200g almond sangai dulu ( ditumbuk kasar) ( aku guna almond nibs )
200g kismis hitam ( potong kecik²)
250g tepung pau@hongkong
1tin kecik Kaya 
 
 
Cara-cara
  1. Butter+gula putar sampai kembang
  2. Masuk kn telur satu persatu putar
  3. Masuk kn vanilla putar lgi, masuk susu+horlicks + kaya putar sampai sebati.masuk kn tepung gaul sebati.
  4. Bahagi kepada 2. Bahagian pertama masukkn susu tepung gaul sebati (warna ikut suka,saya ikut warna asal ). Bahagian ke dua masuk kn serbuk chocolate+milo gaul sebati
  5. Nk tinggi guna loyang 8'4×8'4 ( saya guna loyang 9 je)
  6. Lapis bwh chocolate tabur almond & kismis di setiap lapisan
  7. Bakar berlapis² sampai habis guna api atas suhu ikut oven memasing.
  8. Lps tu bakar bahagian yg di cmpur susu tepung lapis cm biasa
  9. Last sekali guna api atas bawah bakar smpai masak.
  10. Kek ni kurang manis ye klau nk manis boleh tambah sukatan gula@susu pekat. Untuk melapis boleh ikut kreativiti masing-masing.

 

 

Kek Lapis Koboi