Monday, 10 May 2021

Kek Lapis Idola Orang Bujang



     Assalamualaikum semua... Ok, ni aku nak update resepi kek lapis ketiga pulak... Ni kek lapis idola orang bujang.. Kalau tengok tajuk tu mesti heran apasal ada perkataan bujang tu... Masa cek resepi tu dia tulis bujang tu sebab orang yang buat kek ni orang bujang... Ikut jela kan... Sebelum ni aku pernah dah buat kek lapis idola.. Yang ni beza dia guna serbuk santan.Yang aku buat dulu guna santan kotak... Bagi aku kek ni memang mewah dengan rasa... Ada rasa coklat, milo, santan & horlicks. Memang padu kot... Wajib cuba... Tapi makan modal jugak la kalau nak buat resepi ni... Apa-apa pun selamat mencuba... Byee...
 
 


Kek Lapis Idola Orang Bujang
C&P : FB Resepi Mama Kent

Bahan-bahan
500gm mentega Anchor / Golden Churn
140gm gula kaster
30gm ovallete
10 biji telur gred AA
380gm susu pekat manis F&N
200gm horlicks
80gm serikaya
50gm ( satu bungkus ) serbuk santan
340gm tepung pau / hong kong
500gm Beryl's milk cooking chocolate ( dicairkan ) - jika tidak mahu terlalu manis boleh guna 200gm dark chocolate + 300gm milk chocolate
100gm milo
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar browning sugar
pewarna kuning lemon
 
 
Cara mengadun
  1. Mentega, gula, esen vanilla dan ovallete pukul sampai kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu per satu. Sebatikan.
  3. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan horlicks, santan dan tepung pau / hong kong sedikit demi sedikit. Sebatikan.
  5. Ambil 1080gm adunan. Masukkan pewarna kuning lemon. Kemudian bahagi kepada dua bahagian lagi untuk bahagian atas dan bawah kek.
  6. Adunan yang selebihnya masukkan milo, cooking chocolate dan browning sugar. Sebatikan.
  7.  Masukkan adunan kuning kedalam loyang. Bakar guna api atas dan bawah selama 5 minit atau sampai masak dan perang. Buat sebanyak 3 lapisan.
  8. Masukkan adunan coklat kedalam loyang. Bakar sampai betul-betul masak. Ulang sehingga adunan coklat habis.
  9. Masukkan adunan kuning. Bakar sampai masak dan perang. Ulang sehingga habis adunan kuning.




1 comment:

  1. memang sedap kek ni..baru jer makan sebelum bulan puasa aritu... sy org sarawak tp bab melapis ni mmg tak rajin... bukan jenis penyabar..ekekek

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...