Tuesday, 11 May 2021

Kek Lapis Nescafe Mocha




    Assalamualaikum semua... Ni adalah kek lapis yang terakhir untuk raya ni... Untuk resepi kek lapis ni aku pilih sebab dia ada rasa nescafe... Masa bakar tu bau sedap kot... Kalau hangpa penggemar nescafe mesti kena cuba tau... Kalau ada yang teringin nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Ok la, aku nak pi pesah buat benda lain pulak....  Byee....




Kek Lapis Nescafe Mocha
C&P : FB Resepi Mama Kent ( Norma Dahlily )


Bahan-Bahan
500gm butter Anchor
100gm gula kastor
1sudu kecil ovallete
10 biji telurgred AA
350gmsusu pekat manis
200gm kaya Yoe's
200gm horlicks
100gm coffemate
2 sachet Nescafe Blend & Brew 3 in 1 ( kalau nak lebih rasa nescafe boleh tambah 1 sachet lagi )
1 sudu makan browning sugar
1 sudu kecil mocha paste
300gm tepung hong kong


Cara-cara
  1. Pukul mentega gula dan ovallete sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan susu pekat, kaya sampai sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu.
  4. Kemudian horlicks bersama tepung yang telah disatukan bersama coffemate dan pukul lagi sampai gebu.
  5. Bahagi kepada 3 bahagian. Warna asli, campuran nescafe 3 in 1 dan campuran mocha paste + browning sugar.
  6. Bakar selapis demi selapis bermula adunan mocha paste + browning sugar sehingga habis. Kemudian campuran nescafe sehingga habis. Akhir sekali adunan warna asli sehingga habis.
  7. Bakar lapisan pertama gunakan api atas danbawah. Lapisan seterusnya gunakan api atas sahaja sehingga habs. Suhu 150C atau mengikut kepanasan oven masing-masing.




Monday, 10 May 2021

Kek Lapis Idola Orang Bujang



     Assalamualaikum semua... Ok, ni aku nak update resepi kek lapis ketiga pulak... Ni kek lapis idola orang bujang.. Kalau tengok tajuk tu mesti heran apasal ada perkataan bujang tu... Masa cek resepi tu dia tulis bujang tu sebab orang yang buat kek ni orang bujang... Ikut jela kan... Sebelum ni aku pernah dah buat kek lapis idola.. Yang ni beza dia guna serbuk santan.Yang aku buat dulu guna santan kotak... Bagi aku kek ni memang mewah dengan rasa... Ada rasa coklat, milo, santan & horlicks. Memang padu kot... Wajib cuba... Tapi makan modal jugak la kalau nak buat resepi ni... Apa-apa pun selamat mencuba... Byee...
 
 


Kek Lapis Idola Orang Bujang
C&P : FB Resepi Mama Kent

Bahan-bahan
500gm mentega Anchor / Golden Churn
140gm gula kaster
30gm ovallete
10 biji telur gred AA
380gm susu pekat manis F&N
200gm horlicks
80gm serikaya
50gm ( satu bungkus ) serbuk santan
340gm tepung pau / hong kong
500gm Beryl's milk cooking chocolate ( dicairkan ) - jika tidak mahu terlalu manis boleh guna 200gm dark chocolate + 300gm milk chocolate
100gm milo
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar browning sugar
pewarna kuning lemon
 
 
Cara mengadun
  1. Mentega, gula, esen vanilla dan ovallete pukul sampai kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu per satu. Sebatikan.
  3. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan horlicks, santan dan tepung pau / hong kong sedikit demi sedikit. Sebatikan.
  5. Ambil 1080gm adunan. Masukkan pewarna kuning lemon. Kemudian bahagi kepada dua bahagian lagi untuk bahagian atas dan bawah kek.
  6. Adunan yang selebihnya masukkan milo, cooking chocolate dan browning sugar. Sebatikan.
  7.  Masukkan adunan kuning kedalam loyang. Bakar guna api atas dan bawah selama 5 minit atau sampai masak dan perang. Buat sebanyak 3 lapisan.
  8. Masukkan adunan coklat kedalam loyang. Bakar sampai betul-betul masak. Ulang sehingga adunan coklat habis.
  9. Masukkan adunan kuning. Bakar sampai masak dan perang. Ulang sehingga habis adunan kuning.




Kek Lapis Cheese


   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Pagi ni gigih aku update blog awal... Hahahaa... Bukan apa, lepas sahur tadi terus sambung buat biskut raya. Aku buat tart nenas cheese... Mesti wajib kena ada... Tahun ni aku buat biskut ala kadar ja.. Ye la, tak dak sapa yang balik kampung tahun ni... Kami beraya tiga beranak jaa... Tak pa, janji raya jugak kan... Ni kek lapis yang kedua aku buat. Kalau ikut resepi asal cuma warna plain jaa... Aku terlebih rajin letak warna kuning... Ye la, cheese kan ala-ala warna kuning. Baru la cun... Untuk setiap lapisan kuning tu aku tabur parutan keju cheddar. Resepi asal cuma letak kat atas ja... Kalau rajin boleh la buat macam aku... Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tuu... Ok la, byee....
 
 


Kek Lapis Cheese
C&P : FB Resepi Mama Kent ( Nettalia Mitip / resepi kek lapis cheese original )

Bahan-Bahan
500gm mentega
10 biji telur gred A
350gm tepung hong kong / tepung gandum
200gm gula halus
1/2 tin susu pekat
1 paket santan serbuk
60gm santan serbuk
250gm cream cheese
1 sudu teh esen vanilla
ovallate
 keju cheddar diparut ( aku tambah )


Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula dan ovallate sampai berwarna putih. Kemudian pukul telur satu per satu. Pukul lagi sehingga sebati.
  2. Masukkan susu, serbuk santan, esen vanilla dan kacau sebati.
  3. Masukkan cheese. Pukul sekejap sehingga cheese tidak berketul. Masukkan tepung.
  4. Kemudian boleh bakar. Bakar sehingga habis adunan. Suhu ikut kepanasan oven masing-masing.
 
NOTA
  •  Aku bahagi adunan kek kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar kosong, satu bahagian lagi letak pewarna kuning.
  • Bakar bahagian kosong sebanyak 2 lapis kemudian bahagian kuning juga 2 lapis. Setiap lapisan kuning aku tabur dengan parutan cheese. Buat sehingga habis.


Sunday, 9 May 2021

Kek Lapis Oreo Cheese

   Assalamualaikum semua... Lamanya aku tak muncul kat blong aku ni... Tup-tup dekat nak raya baru aku timbul dengan resepi kek raya... Tahun ni aku tak berapa rajin nak buat juadah berbuka puasa. So, tahun ni memang aku tak share satu pun resepi menu merbuka.. Tahun ni puasa pun macam biasa-biasa ja... Tak meriah sebab COVID. Kat kampung aku pun dah ada orang kena kuarantin. Yang sedih tu sampai lepas raya baru habis kuarantin. Kesian depa tu. Bukan pi bejalan mana-mana pun. Pusing dalam perlis ja... Tapi dah dia pi bersembang dengan orang yang dah ada covid, hmmm kena kuarantin la... Orang tu kena dari mak dia... Mak dia pulak katanya terkena dari abang dia ka sapa tah yang balik dari selangor... Tak pasal-pasal pakat merebak... Yang peliknya macam mana dia tu boleh lepas balik perlis.... Entah laa... Nak cakap banyak pun benda dah jadi.... Berbalik pada resepi hari ni aku nak share resepi kek lapis oreo cheese. Kek ni agak moist walaupun kek bakar... Kalau tak caya tengok kat gambar tu.. Nampak lembap-lembap kan... Memang patut dicuba... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...



Kek Lapis Oreo Cheese
C&P : FB Resepi Mama Kent ( Atikah Puteh )

Bahan-bahan
450gm butter
10 biji telur
280gm gula halus ( boleh kurangkan )
280gmtepung hong kong / tepung pau
1/2 tin susu manis
250gm cream cheese
2 sudu makan ovalette
1/2 cawan horlick
2 sudu makan koko
4 sudu makan sri kaya
1 paket vico 3 in 1
3 paket oreo ( asingkan inti oreo tu, masukkan inti oreo dlm bahagian 1 )
   -2 paket blender halus
   -1 paket oreo dipecahkan kecil & ditabur di setiap lapisan putih


Cara-cara
  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu dan pukul sampai kembang dan sebati.
  3. Masukkan cream cheese dan kacau rata.
  4. Masukkan susu manis, tepung, ovalette, sri kaya, dan esen vanilla sampai sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 masukkan horlicks dan pewarna putih. Gaul hingga sebati. Bahagian 2 masukkan oreo yang diblender halus, koko, vico, atau pewarna hitam. Gaul hingga sebati.
  6. Bakar menggunakan api 150C selama 10 minit setiap lapisan atau mengikut suhu oven masing-masing. Lapisan pertama guna api atas dan bawah. Lapisan berikutnya hingga habis guna api atas. Tabur oreo setiap lapisan putih.