Monday, 25 January 2021

Yogurt Moist Marble Butter Cake


     Assalamualaikum semua.... Buat apa tu...? Aku buat kek lagi... Hahahaa... Jangan jemu tengok kek dah la yer... Kek ni pun terjadi sebab ada baki lebihan yogurt. Baki pun cukup-cukup untuk buat kek ni... Kalau tengok resepi asal kek ni plain jer... Tak letak apa-apa perisa. Aku saja-saja pi ejas letak coklat emulco bagi ada corak marble sikit.. Tapi kalau malas nak buat marble boleh guna yogurt perisa lain macam strawberry ka.. Mesti sedap kan... Sebab aku ada plain yogurt aku buat la perisa coklat. Kalu tengok tekstur kek ni memang nampak padat. Tapi bila gigit baru rasa moistnya. Bila letak yogurt ni dia ada la rasa masa-masam sikit... Manis dia tu tak manis sangat... Memang sedap la kalau makan kek ni dengak nescafe o....Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
 


Yogurt Moist Marble Butter Cake
 
BAHAN - BAHANNYA :
125 gram mentega, pada suhu bilik
2 biji telur gred B
1 1/4 cawan tepung kek (atau 185 gram, guna tepung gandum pun ok)*
1/2 camca teh baking powder*(*gaul rata dan diayak)
150 ml plain yogurt
100 gram gula halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh coklat emulco ( aku tambah )


CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim dan gula hancur, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masuk esen vanilla dan putar rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali masukkan yogurt, gaul hingga rata.
  3. Ambil 1/3 adunan dan masukkan coklat emulco. Tuang adunan secara selang seli dalam tin berukuran 8x4  yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...



Wednesday, 20 January 2021

Moist Yogurt Chocolate Cake


     Assalamualaikum semua... Musim covid ni kerja buat kek je aku ni... Nak buat macam mana , dah tak leh nak pi mana-mana... Duduk rumah buat kek lahh... 22 january ni perlis dah kena laksanakan PKP. So, jangan nak merayap pi mana-mana la pulak. Duk rumah diam-diam. Ada pahammm... Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share resepi kek coklat... Kek coklat ni aku guna yogurt ganti sour cream. Yogurt ni pun sebab lebihan masa buat pana cotta buah naga hari tu... Mau tak lebih sebab aku beli yogurt saiz besar. Cari yang saiz kecik habis... Yang kecik pun ada yang berperisa. Terpaksa la beli saiz besar. Bila dah ada lebihan tu terjadi la kek coklat ni... Tu pun ada sikit lagi... Nanti aku share resepi lain pulak yang guna yogurt ni. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Separuh adunan pun besar jugak kek ni. Memang moist kek ni, tapi kalau nak makan kena tunggu 5 minit dulu bila baru keluar dari peti sejuk. Sebab kalau terus makan tak best. Dia rasa keras sikit. Lagi satu, gula tu aku guna gula perang. Kalau kek coklat aku memang suka guna gula perang sebab dia kurang manis. Nanti kek tu rasa pahit-pahit sikit. Kalau tak suka rasa pahit tu guna gula kastor la... Kalau ada yang nak mencuba keenakan kek coklat ni boleh tengok resepi kat bawah tu.... 
 

 
Moist Yogurt Chocolate Cake
C&P : Roz@HomeKreation (
Moist Sour Cream Chocolate Cake )
Sumber-kek : AllRecipes ( di alih bahasa oleh HomeKreation)
Sumber-Chocolate Ganache : HomeKreation
Saiz: 7" bulat

BAHAN2:
1/2 cwn Serbuk Koko
1/2 cwn Air Panas
1/2 cwn Mentega - di lembutkan
1 1/4  cwn Gula ( aku guna gula perang )
2 bj Telur
1 st Esen Vanilla
1 1/2 cwn Tepung Kek*
1 st Baking Soda*
1/2 st Baking Powder*
(* ayak sekali )
1/2  cwn Sour Cream ( aku ganti yogurt )


CARA2
  1.  Sediakan 2 biji loyang bulat saiz 7 inci & alas dengan baking paper.
  2. Campurkan koko & air panas. Ketepikan.
  3. Pukul mentega & gula sehingga gebu. Masukkan EV & telur sebiji2 sambil di pukul rata. Gaulkan tepung & yogurt berselang-seli sehingga habis & sebati. Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
  4. Tuang adunan sama banyak ke dalam loyang .Bakar 170C selama 45 minit sehingga masak (test dgn lidi).
  5. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan. Potong setiap kek kepada 2 lapisan. Lapiskan /di sapukan dgn chocolate ganache.


 
CHOCOLATE GANACHE:

450g Coklat - potong kecil
300g Cream
  1. Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  2. Sejukkan sebelum di dimasukkan ke dalam paiping bag. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ganache menjadi keras ( Keluarkan 10 minit lebih awal dari peti sejuk sebelum digunanak sebab ganache agak keras . Nanti susah nak sapu pada kek ).



Cara Melapis Kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan chocolate ganache dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
  2. Salut seluruh kek dengan baki chocolate ganache. Hias ikut kreativiti anda.
  3. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Tuesday, 19 January 2021

No-Bake Butterfly Blue Pea Cheesecake ( No-Bake Bunga Telang Cheesecake )


      Assalamualaikum semua... Apa khabar... Harap-harap semua sihat-sihat lah yer... Sekarang ni kes covid semakin meningkat tiap hari... Perlis pun dah banyak kes. Sebelum ni kalau nak ada kes pun satu atau dua tiga kes ja. Ni dah meningkat ke belas-belas kes. Nak keluar pun rasa takut-takut juga. Apa-apa pun kita sama-sama doa supaya kes covid ni akan menurun semula.... Ok, hari ni aku nak share resepi cheesecake yang agak menarik bagi aku... Ye la, menarik tang warna dia.. Biru terang kot... Jangan risau, ni pewarna semula jadi dari bunga telang. Kalau ikutkan macam-macam aku nak cuba buat dengan bunga telang ni... Alih-alih tak terbuat juga... Aku pernah nampak orang buat onde-onde dan lompang guna bunga telang ni... Tapi aku tak buat pun... Tapi nasib baik cheesecake ni aku rajin buat... Hahahaa... Resepi ni aku dah olah ikut cara aku.. Kalau nak cuba boleh tengok resepi asal kat link di bawah tu.. Atau just cuba resepi olahan aku... Mana-mana pun boleh... Untuk bunga telang tu boleh letak banyak kalau nak lagi kaler terang... Terpulang la... Apa-apa pun selamat mencuba...


 
 
No-Bake Butterfly Blue Pea Cheesecake ( No-Bake Bunga Telang Cheesecake )
Olahan : TheDuch.ess
 
Bahan A
125 gm Digestive Biscuit
50 gm mentega cair

Bahan B
100ml full cream milk
1/2 cawan bunga telang ( nak terang boleh lebihkan )
1 sk gelatin

Bahan C
250 gm cream cheese
1/8 cawan gula aising
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 sk esen creamy vanilla
1 sb jus lemon
100 ml whipping cream

Bahan D
2 sb air panas
2 sk gelatin

Bahan E
1/2 cawan air
2 sb gula
1/3 cawan bunga telang ( nak terang boleh lebihkan )
1/2 sb gelatin
 
 
Cara-Cara
  1. Bahan A. Cairkan mentega dan hancurkan biskut. Campur sebati keduanya dan padatkan didalam loyang. Gunakan loyang yg boleh buka di bahagian dasar ( saiz 6 inci ) . Simpan didalam peti.
  2. Didihkan Bahan B dengan api kecil sampai warnanya keluar dalam 5 minit dan tapis. Larutkan gelatin di dalam susu biru yg masih panas. Ketepikan.
  3. Bahan C. Pukul kembang cream cheese, susu pekat manis, gula aising. Masuk creamy vanilla dan jus lemon.
  4. Masuk whipping cream dan pukul sampai sebati.
  5. Larutkan Bahan D dan biarkan beberapa minit sampai kembang. Campurkan kedalam adunan cream cheese.
  6. Bahagikan adunan cheese kepada 3 bekas. Susu biru tadi 1/3 bahagian utk 1 adunan cheese, 2/3 bahagian utk 1 adunan cheese lagi. Adunan cheese yang ketiga biarkan putih.
  7. Tuang adunan putih ke dalam loyang. Diikuti dengan 2 adunan biru tadi. Ratakan dan simpan di dalam peti semalaman
  8. Apabila adunan cheese dah keras, kita buat lapisan jeli biru. Didihkan Bahan E kecuali gelatin. Kacau rata dan tapis. Selepas tapis baru larutkan gelatin.
  9. Apabila adunan jeli sejuk sedikit, tuang atas adunan cheese. Simpan dalam peti sejuk sehingga adunan jeli beku.
  10. Biarkan sejuk beberapa jam sebelum dinikmati.
 


Monday, 11 January 2021

Panna Cotta Buah Naga

 
     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share satu resepi dessert yang paling mudah nak cuba... Lama dah nak buat panna cotta buah naga ni. Tapi selalu tak sempat nak buat sebab buah naga tu habis makan macam tu saja... Kali ni tekad kena buat juga... Akhirnya terhasil la panna cotta buah naga ni... Sedap makan masa sejuk-sejuk... Nyaman ja lalu kat tekak. Kalau ikut resepi asal guna serbuk agar-agar & serbuk jelly. Tapi aku guna serbuk gelatin. Ada banyak lagi serbuk gelatin tu so aku guna la buat panna cotta ni... Nak buat cheesecake tak berapa rajin lagi. Ada masa nanti boleh buat cheesecake guna baki gelatin tu. Kalau ada yang nak cuba resepi panna cotta ni boleh tengok resepi kat bawah tu....


 
 
 
Panna Cotta Buah Naga
C&P : Kak Wan

Panna Cotta
500 ml susu segar (2 cawan)
100 ml sour cream / yogurt (1/4 cawan)
75 gm gula pasir (1/3 cawan)
2 sudu kecil serbuk agar-agar ( ganti 1 sb gelatin + 3 sb air panas & larutkan )
1 sudu kecil serbuk jelly ( xletak )

Cara-cara :
  1. Satukan susu, gula, serbuk agar dan serbuk jelly ( masa ni boleh letak larutan gelatin ).
  2. Kacau dan panaskan hingga gula larut.
  3. Tak perlu hingga mendidih.
  4. Ambil satu senduk adunan, campurkan dengan sour cream.
  5. Kacau rata dan tuang kembali ke dalam periuk.
  6. Masak sebentar, setelah rata, tuang ke dalam gelas dessert.
  7. Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
  8. Tuang puri buah naga dan hias dengan potongan buah naga.

 


Puri Buah Naga

1 biji buah naga merah
1 sudu besar jus lemon
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan 1 sudu besar air

 
Cara-cara :
  1. Haluskan buah naga dengan garfu.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama gula, air dan jus lemon.
  3. Apabila mendidih, masukkan larutan tepung jagung.
  4. Kacau dan tapis untuk mengeluarkan bijinya.
  5. Setelah sejuk, tuang ke atas panna cotta.

 


Saturday, 2 January 2021

Strawberry Shortcake



     Assalamualaikum semua... Haa... Ni kek kedua untuk birthday kak aku... Kek simple ja... Kalau tengok bahan-bahan pun mudah nak dapat... Yang penting buah strawberry tu kena yang fresh.. Kalau tak nanti kek tu macam berair kat buah tu... Memang sesuai kalau kek fresh cream gabung dengan buah strawberry... Buah strawberry kan masam-masam manis, ganding pulak dengan fresh cream yang sememangnya dah manis, so hilang la sikit manis tu bila gigit buah strawberry. Kalau ikutkan kek ni la paling mudah dan cepat siap... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....





STRAWBERRY SHORTCAKE

Bahan-bahan (loyang 18cm) ( 7 inci )
3 biji telur (size M)
90g gula
80g tepung gandum - ayak
30g butter - cairkan ( ganti minyak jagung )
1sb susu segar ( ganti air kosong )

Syrup
30g gula
60ml air panas
satukan bahan hingga gula larut

Cream/Filling
400ml whipping cream (non diary whipping cream / fresh cream ) ( aku letak 500 gm fresh cream )
30g gula ( xletak )
300g strawberry - separuh potong dan separuh hiasan


Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170.
  2. Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
  3. Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
  4. Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.
  5. Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Sapukan atas kek dengan syrup menggunakan brush hingga lembab. Kemudian sapukan cream. Taburkan strawberry yg telah dipotong dua. Letak lagi cream menutupi strawberry. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi (sapu syrup dan buh cream). Jika buat dua lapis, memadai sekali sajer sapu syrup, cream dan stroberi.
  6. Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
  7. Sejukkan baru potong.



Friday, 1 January 2021

Kek Rose Lychee



      Assalamualaikum semuaaa..... Alhamdulillah, kita dah masuk tahun baru nampaknya, tahun 2021. Ni entry pertama untuk tahun ni... So, tahun ni hangpa semua nak target apa pulak...? Target tahun lepas macam mana...?Dah selesai kerrr....? Ka, sambung bawak ke tahun ni... Aku tak la ada letak apa-apa target sangat pun... Cuma tahun ni harap-harap aku ni rajin la nak update blog ni... Hihihihii... Ok, berbalik pada entry aku hari ni, aku nak share satu resepi kek yang agak unik. Sebab apa unik...? Sebab dalam tu ada letak isi buah laici. Pastu atas dia ada tabur bung ros kering... Menarik kan... Untuk rasa kek ni aku kurang sikit sebab macam manis sangat. Ye la, fresh cream memang  dah manis. Pastu tambah pulak dengan buah laici, lagi la manis... Tak salah kalau nak cuba... Kot-kot kena dengan citarasa hangpa... Resepi kat bawah ni aku buat setengah adunan asal. Kalau ada yang nak mencuba macam aku, boleh la buat separuh adunan dulu. Kalau kena dengan tekak hangpa boleh la buat lagi... Kek ni pun aku buat sempena birthday kak aku... Nanti ada satu lagi kek birthday dia aku share kat sini... Kek biasa-biasa ja aku buat tahun ni... Apa-apa pun selamat tahun baru semua.....






Kek Rose Lychee

Bahan Sponge Cake : ( boleh guna mana-mana resepi kek span )
125 gm Tepung sponge mix
30 ml sirap lychee
2 biji telur A
Beberapa titis pewarna pink
30 ml minyak jagung / mentega cair
Loyang 6 inci, alas kertas minyak

Penyediaan Kek Sponge :
  1. Satukan semua bahan kecuali minyak.
  2. Putar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  3. Masuk minyak, putar dengan kelajuan perlahan.
  4. Kaup balik hingga rata.
  5. Tuang dalam 2 loyang (6 inci) sama banyak.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak..
  7. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven.
  8. Selepas 10 minit terbalikkan ke atas.
  9. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit untuk memudahkan potongan.
  10. Potong setiap kek kepada 2 kepingan. (4 layer).




Bahan Sirap Lychee

1 tin Lychee, asingkan sirap dan buah
15 gm gula
1/4 sudu besar tepung jagung

Penyediaan Sirap Lychee :
  1. Satukan sirap lychee, gula dan tepung jagung.
  2. Masak dengan api perlahan hingga hampir pekat.
  3. Ketepikan 1 sudu besar* untuk di masuk ke dalam krim laici.


Krim Lychee :

200 ml Non Dairy Whipping Cream
1 sudu besar sirap lychee *
Beberapa titis pewarna pink
1 sudu kecil gelatin HALAGEL
1/2 sudu besar air
Buah Lychee, di carik halus
Kacang Pistachios panggang, cincang kasar
Kelopak rose kering untuk hiasan


Penyediaan Krim Lychee :
  1. Larutkan gelatin dalam air, biar 5 min hingga kembang.
  2. Microware atau double boil hingga cair. Ketepikan.
  3. Putar whipping cream dan sirap lychee hampir kembang.
  4. Masukkan gelatin dan pewarna pink.
  5. Putar lagi hingga kembang dan kental.
  6. Masuk ke dalam piping bag.




Penyediaan Lapisan Kek
  1. Ambil sekeping kek, sapu dengan sirap lychee hingga rata.
  2. Picit tipis krim lychee dan ratakan dengan spatula.
  3. Tabur carikan buah lychee dan pistachious.
  4. Kemudian picit lagi krim laici hingga menutupi buah.
  5. Ulangi lapisan kek hingga habis.
  6. Salut semua kek dengan krim dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Hias dengan kelopak rose kering dan pistachios.