Sunday 12 January 2020

Roti Jala Sos Coklat



       Assalamualaikum.... Selamat berhujung minggu semua... Hujung-hujung minggu ni kalau tak buat apa-apa boleh la cuba resepi roti jala sos coklat ni... Kalau roti jala ni jimat masa untuk buat kuah dia. Tak payah buat kuah kari... Cuma masak sos cokla ja... Kalau malas sangat nak cicah dengan susu pekat pun ok... Sekarang kan dah ada susu pekat perisa coklat... Lagi la mudah kerja... Jala yang aku buat ni tak berapa nak kemas sikit... Tapi ok laa... Janji ada rupa jala... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Dapat la dalam 20 keping jala... Kalau sapa yang buat kemas mungkin dapat lebih lagi kot... So, sapa-sapa yang nak cuba rasa roti jala sos coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah tuuu.. Byeee.... 





Roti Jala Sos Coklat
C&P: Wani Sukarno

Roti Jala

Bahan - Bahan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
3 sudu besar minyak jagung @ minyak zaitun
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air ( boleh tambah sekiranya adunan nampak pekat )


Cara - Cara

  1. Masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan blend hingga halus.
  2. Adunan tak pekat dan tak cair sangat boleh sedia untuk menjala.
  3. Tuangkan adunan ke dalam botol kaki tiga.
  4. Guna kuali non stick dan start menjala sampai habis.





Untuk Sos Coklat

Bahan - Bahan
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu pekat manis


Cara - Cara

  1. Satukan ke semua bahan ke dalam satu mangkuk tahan panas.
  2. Masak secara double boiler. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih, kecilkan api dan letakkan mangkuk tadi.
  3. Kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur.
  4. Biarkan suhu panas turun sikit, boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai

Nota

  • Kalau rasa nak manis lagi, korang boleh tambah susu pekat manis masa tengah kacau atas dapur. Nampak dah likat sikit tapi rasa tak manis lagi kalau nak manis sikit lagi boleh lah tambah time tu.
  • Sos coklat tu kalau ada lebih boleh jadikan juga untuk choc spread sapu di roti sedap. Tapi pastikan coklat lebih tu disimpan dalam peti.




Cara lain untuk sos coklat kalau nak sedap lagi

200 gm coklat masakan ( tak kisah brand apa pun )
200 gm susu fullcream

Cara-cara

  1. Cairkan dengan cara double boiler







No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...