Sunday, 19 January 2020

Carrot Oat Cake




     Assalamualaikum semua.... Sihat ke...? Aku, Alhamdulillah sihat ja... Bila sihat ni rajin la nak membaking... Hari ni aku nak share resepi carrot cake... Kalau ikutkan ni resepi ulang tayang ja... Sebabnya dulu aku dah pernah share kat sini . Yang ni aku cuma ganti kacang walnut tu kepada kacang pecan... Perrhhh, sedap kot bila guna kacang pecan ni... Tapi maklum la, kacang pecan ni mahal la sikit kalau nak bandingkan dengan kacang-kacang lain... Kalau nak guna badam pun rasanya tak ada masalah... Tapi mungkin lemak kacangnya tak sama la macam kita guna walnut atau pecan... Ikut la bajet masing-masing. Lagi satu, dulu aku guna loyang 7inci. Kali ni aku guna loyang bulat 6inci pulak... Bila tengok kek carrot ni macam kek yang sihat ja.. Yela dah ada sayur, buah, bijirin & kekacang pulak tu... Memang nampak sihat kan... Tapi bila dah letak cream cheese tu... Hmmm... Paham-paham je la kan... So, kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu...



Carrot Oat Cake
C&P : Kak Jee

Bahan2nya:
-1 cawan tepung gandum *
-1 sudu kecik baking powder *
-1/2 sudu kecik soda bicarbonate *
-1/2 sudu kecik garam *
-1 sudu kecik serbuk pala [ tak letak ]
-1 sudu kecik serbuk kayu manis [ tak letak ]* (semua bertanda * disatukan & ayak)
-2 biji telor gred A
-3/4 cawan minyak jagung
-3/4 cawan gula perang
-1 1/4 cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
-1/2 cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
-1/2cawan rolled oats
-1/2 cawan kacang pecan

Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang bulat 6inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu. Kalau boleh sediakan 2 biji loyang 6inci supaya senang nak bahagi sama besar kek.
  2. Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang pecan yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
  3. Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar sehingga masak.




Bahan cream cheese topping:

-250 gm mentega
-250 gm philadelphia cream cheese
-beberapa titis vanilla
-6 sudu besar gula icing


Cara membuat cream cheese topping:

  1. Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.



Cara melapis kek

  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Sapu krim cheese sehingga rata. Kemudian letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang ke tiga.
  2. Salut keseluruhan kek dengan cream. Hias kek dengan baki cream. Boleh juga hias keliling kek dengan almond nibs dan kacang pecan yang telah dicincang kasar.
  3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...