Saturday, 25 January 2020

No Bake Red Velvet Oreo Cheesecake




     Assalamualaikum semua.... Sihat ke...? Harap-harap semua sihat lah yer... Bukan apa, sekarang ni kan tengah heboh satu dunia dengan virus corona kat wuhan, Chaina... Memang takut kan kalau terjadi wabak ni secara besar-besaran... Diharapkan kita semua di lindungi Allah dari segala ujian yang terjadi ni... Hari ni aku nak kongsi resepi cheesecake... Cheese cake ni special sikit sebab guna oreo red velvet... Sebab tu nama pun No Bake Red Velvet Oreo Cheesecake. Dulu pernah buat sekali tapi guna oreo biasa tu... Untuk base dia aku guna kek red velvet... Kalau malas nak buat kek boleh ja ganti dengan bisku oreo red velvet tu... Mana-mana pun boleh pakai... Tapi bagi aku lebih suka guna base kek... Rasa lebih sedap... Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Cina semua... Memang sesuai la kek aku ni dengan tema tahun baru cina... Boleh la pakat cuba buat yerrr... Byeee....





No Bake Red Velvet Oreo Cheesecake

Red velvet cake
C&P : Kak Rima

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
1 tbsp red colouring
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp baking soda


Method

  1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
  2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
  3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
  4. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
  5. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
  6. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 8" baking pan and bake it for 35mins or until cooked.
  7. Let cool on wire rack.






KRIM KEJU
C&P : Kak Ita

1 paket biskut oreo red velvet ( patah- patahkan )
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla

Cara-cara

  1. Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
  3. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik.
  4. Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
  5. Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
  6. Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
  7. Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
  8. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi/ Kaup balik adunan hingga rata Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna. Masukan adunan kedalam piping beg





Cara penyedian kek

  1. Potong sedikit bahagian atas kek red velvet dan letakkan atas lapik kek. Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc. Masukkan kepingan kek red velvet di dasarnya.
  2. Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika. Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.
  3. Tuangkan selapis lagi krim keju dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
  4. Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju. Ratakan permukaannya. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam
  5. Keluarkan kek dari loyang. Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
  6. Hias kek mengikut kreativiti anda





Sunday, 19 January 2020

Carrot Oat Cake




     Assalamualaikum semua.... Sihat ke...? Aku, Alhamdulillah sihat ja... Bila sihat ni rajin la nak membaking... Hari ni aku nak share resepi carrot cake... Kalau ikutkan ni resepi ulang tayang ja... Sebabnya dulu aku dah pernah share kat sini . Yang ni aku cuma ganti kacang walnut tu kepada kacang pecan... Perrhhh, sedap kot bila guna kacang pecan ni... Tapi maklum la, kacang pecan ni mahal la sikit kalau nak bandingkan dengan kacang-kacang lain... Kalau nak guna badam pun rasanya tak ada masalah... Tapi mungkin lemak kacangnya tak sama la macam kita guna walnut atau pecan... Ikut la bajet masing-masing. Lagi satu, dulu aku guna loyang 7inci. Kali ni aku guna loyang bulat 6inci pulak... Bila tengok kek carrot ni macam kek yang sihat ja.. Yela dah ada sayur, buah, bijirin & kekacang pulak tu... Memang nampak sihat kan... Tapi bila dah letak cream cheese tu... Hmmm... Paham-paham je la kan... So, kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu...



Carrot Oat Cake
C&P : Kak Jee

Bahan2nya:
-1 cawan tepung gandum *
-1 sudu kecik baking powder *
-1/2 sudu kecik soda bicarbonate *
-1/2 sudu kecik garam *
-1 sudu kecik serbuk pala [ tak letak ]
-1 sudu kecik serbuk kayu manis [ tak letak ]* (semua bertanda * disatukan & ayak)
-2 biji telor gred A
-3/4 cawan minyak jagung
-3/4 cawan gula perang
-1 1/4 cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
-1/2 cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
-1/2cawan rolled oats
-1/2 cawan kacang pecan

Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang bulat 6inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu. Kalau boleh sediakan 2 biji loyang 6inci supaya senang nak bahagi sama besar kek.
  2. Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang pecan yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
  3. Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar sehingga masak.




Bahan cream cheese topping:

-250 gm mentega
-250 gm philadelphia cream cheese
-beberapa titis vanilla
-6 sudu besar gula icing


Cara membuat cream cheese topping:

  1. Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.



Cara melapis kek

  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Sapu krim cheese sehingga rata. Kemudian letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang ke tiga.
  2. Salut keseluruhan kek dengan cream. Hias kek dengan baki cream. Boleh juga hias keliling kek dengan almond nibs dan kacang pecan yang telah dicincang kasar.
  3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.



Sunday, 12 January 2020

Roti Jala Sos Coklat



       Assalamualaikum.... Selamat berhujung minggu semua... Hujung-hujung minggu ni kalau tak buat apa-apa boleh la cuba resepi roti jala sos coklat ni... Kalau roti jala ni jimat masa untuk buat kuah dia. Tak payah buat kuah kari... Cuma masak sos cokla ja... Kalau malas sangat nak cicah dengan susu pekat pun ok... Sekarang kan dah ada susu pekat perisa coklat... Lagi la mudah kerja... Jala yang aku buat ni tak berapa nak kemas sikit... Tapi ok laa... Janji ada rupa jala... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Dapat la dalam 20 keping jala... Kalau sapa yang buat kemas mungkin dapat lebih lagi kot... So, sapa-sapa yang nak cuba rasa roti jala sos coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah tuuu.. Byeee.... 





Roti Jala Sos Coklat
C&P: Wani Sukarno

Roti Jala

Bahan - Bahan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
3 sudu besar minyak jagung @ minyak zaitun
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air ( boleh tambah sekiranya adunan nampak pekat )


Cara - Cara

  1. Masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan blend hingga halus.
  2. Adunan tak pekat dan tak cair sangat boleh sedia untuk menjala.
  3. Tuangkan adunan ke dalam botol kaki tiga.
  4. Guna kuali non stick dan start menjala sampai habis.





Untuk Sos Coklat

Bahan - Bahan
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu pekat manis


Cara - Cara

  1. Satukan ke semua bahan ke dalam satu mangkuk tahan panas.
  2. Masak secara double boiler. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih, kecilkan api dan letakkan mangkuk tadi.
  3. Kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur.
  4. Biarkan suhu panas turun sikit, boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai

Nota

  • Kalau rasa nak manis lagi, korang boleh tambah susu pekat manis masa tengah kacau atas dapur. Nampak dah likat sikit tapi rasa tak manis lagi kalau nak manis sikit lagi boleh lah tambah time tu.
  • Sos coklat tu kalau ada lebih boleh jadikan juga untuk choc spread sapu di roti sedap. Tapi pastikan coklat lebih tu disimpan dalam peti.




Cara lain untuk sos coklat kalau nak sedap lagi

200 gm coklat masakan ( tak kisah brand apa pun )
200 gm susu fullcream

Cara-cara

  1. Cairkan dengan cara double boiler







Saturday, 11 January 2020

Kek Batik Indulgence




   Assalamualaikum semua... Buat apa tu... Aku...? Apa lagi buat kek je la... Hahaa.... Sementara semangat nak buat kek ni tengah membuak-buak,  apa lagi... Kena la buat jugak. Kalau ikutkan kek batik indulgence ni aku nak buat dari tahun lepas lagi... Tapi nak buat macam mana, tak berapa nak rajin masa tu.... Tapi  bila dah rajin ni kena la buat... Kek batik ni aku buat dalam loyang 6x6 inci. Kalau ikutkan aku nak buat dalam loyang 7x7 inci. Cari tak jumpa aku simpan kat mana. So guna la loyang 6x6 inci. Bila guna loyang 6 inci jadi tinggi la pulak. Nak potong pun susah sikit. Untuk lapis biskut tu dia rasa rangup sikit. Tak pasti sebab apa... Aku dak tambah kandungan susu tu.. Tapi dia tak mau lembut jugak... Nak kena tambah lebih lagi kot susu segar tu... Dulu aku cukup suka kek batik yang masih rangup-rangup... Tapi la ni aku suka yang lembut-lembut pulak.... Mulut aku ni pelik sikit, sat nak macam tu, sat nak macam ni... Haishhh... Pening-pening... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...




Kek Batik Indulgence

Lapisan Biskut

1/2 Cawan Milo
2SDB Serbuk Koko
125 Gram Mentega
1/2 Cawan Susu Pekat
2Biji Telur
1/4 Cawan Susu Cair/ Susu Segar
1SDT Esen Vanila
200 Gram Biskut Merie

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali biskut merie..
  2. Masak atas dapur gunakan api yg kecil sambil terus mengacau supaya tidak hangus dah berketul..
  3. Dah pekat boleh la masukkan biskut merie yang telah di patah2 kan..
  4. Gaul sebati biar smua biskut bersalut bahan coklat..
  5. Tuang dalam bekas pilihan dan tekan padat biskut merie tadi .
  6. Ketepikan dahulu dan sambung buat lapisan cheese..




Lapisan Cheese

250 Gram Cream Cheese
2@3 SDB Gula Aising
1/2 Cawan Whipping Cream
Esen Vanila
50 ML Air Panas Mendidih
2 SDT Gelatin


Cara-cara

  1. Pukul cream cheese dan gula aising sampai sebati dan licin tidak berketul..
  2. Masukkan whipping cream... Pukul sampai sebati.
  3. Masukkan esen vanila..
  4. Masukkan pula gelatin ke dalam air panas mendidih dan kacau rata sampai gelatin betui2 larut. Boleh jugs masukkan ke dalam microwave sekejab,supaya cepat larut. Tuangkan larutan gelatin ke dalam adunan cheese, kacau rata biar sampai sebati
  5. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi kek biskut merie tadi.
  6. Masukkan ke dalam peti ais supaya lapisan cheese mengeras,lebih kurang 3 jam ke atas.




Lapisan Coklat

150 ML Whipping Cream
200 Gram Dark Chocolate
1SDB Mentega


Cara-cara

  1. Panaskan whipping cream. Masukkan dark coklat.
  2. Kacau rata sampai sebati dan coklat larut..( Masa masukkan coklat ke dalam whipping cream,api dapur ditutup )
  3. Masukkan mentega. Gaul sebati
  4. Tuang di atas lapisan cheese
  5. Simpan di dalam peti



Wednesday, 1 January 2020

Absolute Chocolate Cake



    Assalamualaikum semua... Tak lupa jugak aku nak ucapkan selamat tahun baru 2020... Ini bukan kek tahun baru. Tapi kek ni aku buat khas untuk kak aku. Birthday dia jatuh pada 01hb01. Untung kan... Tiap-tiap tahun satu dunia sambut birthday dia... Hahahaa... Kak aku request sebijik kek.. Nak kek biasa-biasa ja.. So jadila kek ni.. Alhamdulillah sedap kek ni... Kalau orang yang suka coklat memang patut cuba... Nak deco kek ni ikut la kreativiti masing... Aku saja tambah coklat ganache tu.. Pastu bagi leleh-leleh tepi kek sama... Hmmm.... Nampak menggoda tak....? Kalau ada yang teringin nak mencuba, boleh la tengok resepi  kat bawah tu....




ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE
C&P : Kak Ita

Kek Coklat Mouse

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih.
  2. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
  4. Tambahkan air panas dan gaul rata
  5. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
  7. Sejukkan kek atas redai setelah masak
  8. Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan





Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar


Cara-Cara
  1. Cairkan gelatin, cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
  2. Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
  3. Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
  4. Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
  5. Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
  6. Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
  7. Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna




Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega


Cara-Cara
  1. Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
  2. Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu Kacau rata
  3. Tambahkan mentega dan gaul sempurna
  4. Sejukkan
  5. Kemudian pukul hingga berkrim




Kaedah penyediaan
  1. Letakkan sekeping kek atas lapik kek
  2. Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
  3. Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kekTaburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
  4. Lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
  5. Ulang proses yang sama hingga habis
  6. Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
  7. Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam
  8. Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
  9. Deko kek anda mengikut kreativiti
  10. Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
  11. Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka