Wednesday 18 February 2015

Cheese Pineapple Rolls




      Assalamualaikum semua... Malam ni aku nak share resepi tat nenas yang sangat sedap ni... Cair dalam mulut tau... Hihiii... Buat tat nenas ni kekonon nak amek mood raya cina laaa... Ok la kann... 1 Malaysia... Lagi satu aku ada letak keju parut atas tat nenas ni... Lagi la sedap. Kejap ja habis okk.. Kalau ikutkan resepi asal cuma tat nenas biasa  ja... Tak letak cheese parut pun.. Aku ja yang pandai-pandai letak keju parut.. Huhuu... Ok la, takat ni dulu. Selamat tahun baru cina, Happy chinese new year & Gong xi fa cai...






PINEAPPLE ROLLS
Resepi : Chef Alan Ooi
Sumber :  Rahel
C&P : Kak Rohah

Bahan A
220 gm mentega
60 gm icing sugar [diayak]

Bahan B
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]

Bahan C
250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
60 gm tepung jagung
30 gm tepung susu

Glazing; 2 kuning telur

Hiasan
Keju parut secukupnya


Cara-Cara
  1. Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
  2. Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur & tabur keju parut.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.



Inti Nenas
500 gm nenas
150 gm gula
2 kuntum bunga cengkih


Cara-Cara
  1. Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
  2. Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
  3. Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.




9 comments:

  1. memang sedap tart nenas di mkaan panas2 lepas bakar tu gebus gebasss sngt

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Syafiq...
    Cam tahu tahu je tekak mama ni nak makan tart nenes. Bak mari sini sebalang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mama..
      x smpt nk pos ke sana, lesap dlm mulut..
      hihii...

      Delete
  3. tak pernah buat tapi tengok orang buat ni famos letak keju parut hiii

    ReplyDelete
  4. biskut yang tak pernah jemu...

    ReplyDelete
  5. x prnh bt..x rajin nk bt tp klu dh ada dpn mata mahu sebalang licin :D

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...