Thursday, 26 February 2015

Kek Aiskrim Oreo & Selamat Hari Lahir



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Sejak dua menjak ni cuaca sangat panas... Nak keluar jalan-jalan pun tak berapa rajin rasanya... Ye la, bahang panas tu terasa sangat. Baik dok kat rumah. Aku buat kek aiskrim ni pun sebab nak sambut birthday aku hari ni... Tak sangka dah tua aku niii... Huhuuu.... Disebabkan sekarang ni kan musim panas, tekak ni pun nak makan la yang sejuk-sejuk... Kalau kek biasa tu, macam tak best la kan... Mo kalau kek aiskrim tu memang ngancam la, tambah-tambah macam cuaca sekarang ni... Kek aiskrim oreo ni aku buat kecik ja... Buat makan 3, 4 orang ja... Kalau ada yang tak tahan tengok kek aiskrim ni boleh la cuba buat sendiri... Selamat Hari tua untuk aku.... Byeee...







Kek Aiskrim Oreo
Rujukan 1 : Rahel
Rujukan 2 : Qasey Honey


Kek Span Vanilla
C&P : Kak Ita

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base


Cara-Cara
  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer..
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Bahagi adunan kepada 2 dahagian. Satu dituang ke dalam loyang bulat 8 inci dan satu lagi dituang ke dalam loyang 9x9 inci.
  6. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. Setelah masak biar kek sejuk di atas redai.
  7. Apabila kek sejuk, potong kek bulat kedada dua bahagian. Untuk kek 9x9 inc, potong kepada 3 bahagian lebih kurang 2.5 inci  setiap satu ( contoh gambar kat bawah ).






Cara Penyediaan


-1 1/3 cawan fresh cream ( dipukul hingga soft peak )
-aiskrim oreo ( lebih kurang 2 bekas )
-biskut oreo
-chocolate ganache
-kek span ( resepi diatas )

Cara-Cara
  1. Sediakan loose tin 7". Letakkan sekeping kek bulat pada dasar loyang. Kemudian susun kepingan kek setinggi 2.5 inc pada keliling kek hingga kemas.
  2. Masukkan aiskrim dan ratakan. Apabila telah penuh, tutup dengan kepingan kek bulat 8 inc.
  3. Simpan dalam peti sejuk pada bahagian beku selama semalaman atau lebih daripada 3 jam.
  4. Apabila kek telah beku sepenuhnya, keluarkan kek dari loyang dan salut keseluruhan kek dengan fresh cream. Kemudian hias dengan chocolate ganache dan biskut oreo.
  5. Simpan semula dalam peti ais pada bahagian beku sebelum dihidangkan.







7 comments:

  1. salam singgah syapeq.. selamat hari lahir .. moga terus semangat membaking hii.. semoga panjang umur dan semoga Allah mudahkan segala perancangan pada masa akan datang

    ReplyDelete
  2. Happy besdy 2 u...semoga happy2 selalu.

    ReplyDelete
  3. happy belated bufday syapex

    ReplyDelete
  4. very interesting recipe & many happy returns :)

    ReplyDelete
  5. Ala lambat pulak sampai ke rumah budak bertuah ni.... Tak apalah, better late than never kan...

    HAPPY BELATED BIRTHDAY SYAFIQ. Mama doakan moga Syafiq dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, di berkati kehidupan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin.

    Dah doa panjang panjang ni, lain kali buatkan mama sebijik kek macam ni eh. Tapi tak nak eskrim oreo. No like. Nak eskrim jagung eh... yummeh!

    ReplyDelete
  6. menggoda sangat kek ni syapex...terliur

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...