Wednesday, 25 February 2015

Kek Pisang Berkeju




    Assalamualaikum semua... Petang aku nak share satu lagi koleksi kek pisang.. Kek pisang ni lain sikit sebab ada letak parutan keju dalam adunan tu... Lagi la lemak berkrim... Untuk hiasan aku letak lagi keju parut kat atas kek tu... Ok la, sampai kat sini dulu la... Nak tulis panjang-panjang pun tak ada idea... Bye...






Kek Pisang Lembap Berkeju
C&P : CMG

Bahan-Bahan
-120 ml minyak jagung (kalau nak rasa lemak boleh guna mentega cair)
-3 biji telur gred A
-115 gram tepung gandum*
-1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
-60 gram gula perang @ soft brown sugar
-1/4 camca teh garam halus
-1 camca teh ovallate
-Beberapa titik esen pisang
-1/4 cawan parutan keju cheddar
-125 gram pisang embun, dihancurkan
-2 biji pisang embun, satu dipotong kiub besar2 dan satu dihiris bulat2 untuk hiasan ( aku ganti keju parut )


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang, garam dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang lecek dan esen pisang. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. T uang minyak jagung, gaul rata. Masukkan parutan keju dan pisang yang dipotong kiub. Gaul rata dengan spatula. T uang dalam tin tadi dan hias permukaannya dengan hirisan pisang.
  4. Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari tin kek. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Selamat mencuba!!.



5 comments:

  1. Asyik mengkejuuuuu je budak Syafiq ni tau. Gemuk nanti baru tahu! Hahaha... Ayat dengki sebab tak dapat makan kek pisang keju sedap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa...
      br ja p timbang berat...
      naik 2kg...
      terkesema kejapp...

      Delete
    2. lama tak buat kek pisang...Nampak ni sgt mengiurkan. syapex sgt rajin.

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...