Assalamualaikum semua... Bertemu kembali... Dah lama blog aku ni menyepi tanpa khabar... Tapi nak ucap juga la terima kasih kepada yang sudi mai jenguk walaupun aku jarang nak update. Lepas ni aku akun usaha juga bagi selalu update supaya blog ni tak sunyi lagi. Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share resepi agar-agar yang sangat sesuai bila waktu panas-panas ni. Kat belah utara ni memang panas sangat-sangat. Mai waktu petang rasa sejuk sikit dengan angin yang agak kuat jugak la. Rasa la sejuk. Bila dah panas-panas ni, tekak pun nak la benda-benda yang sejuk.. So, boleh la cuba resepi ni.. Sedap ooo.. Resepi ni aku copy kat kak Roz.. Timakasih kak...
Agar-Agar Koko Bintik Horlicks
Saiz: 8" persegi
Bahan-Bahan
-13g Serbuk Agar-Agar
-220g Gula
-1.1 liter Air
-400g Susu Ideal
-3 sb Serbuk Koko
-2 sb Susu Pekat
-4 sb (bersamaan 1/4 cwn) Horlicks
Cara-Cara
- Didhkan serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu Ideal & masak sehingga mendidih.
- Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama banyak. Masukkan koko & susu pekat ke dlm satu bahagian. Masukkan horlicks kedlm bahagian satu lagi.
- Tuangkan adunan horlicks ke dlm bekas 8" persegi & biarkan beku. Potong sebesar 1cm kiub dgn pisau bergerigi. Sambil sediakan bahagian horlicks, jgn lupa kacau senantiasa bahagian koko supaya tidak membeku.
- Tuangkan bahagian koko ke dlm 8" persegi. Taburkan ketulan2 horlic ks tadi (ia tidak akan terus tenggelam sbb adunan koko sudah suam). Biarkan agar2 sejuk sepenuhnya sebelum di masukkan ke dlm petisejuk. Hidangkan sejuk & di potong2.
assalmualikum syapex, yalah lama sngt kan syapex menyepi, terliur tengok agar2 mcm cermin and macam kaknoor nak buat jugak ni hahaha tunggu mood dulu
ReplyDeletekannn...
Deletepas ni kena selalu dok update la...
buat la kak noor, sdp...
tambah2 time panas2 ni..