Thursday, 31 December 2015

Nasi Ayam Planta



       Assalamualaikum dan selamat tengahari... Hari ni aku nak tayang nasi ayam yang aku buat kemarin... Memang sedap beb... Alang-alang dah hari last bulan 2015, so aku pun post la resepi nasi ayam planta ni sebagai penutup untuk post bagi tahun ni... Tahun depan kita buka bab baru... Selamat Tahun Baru 2016....





NASI AYAM PLANTA
by : Pn. Hajah Sabariah
Sumber : Buku Resepi Planta

C&P : Azlita Aziz

Bahan Ayam
1 ekor ayam dipotong10
3 sudu besar kicap pekat
1 senduk kicap manis
1/2 senduk gula
1 kiub ayam
3 sudu minyak bijan
3 biji bawang putih dikisar
5 inc halia dikisar


Cara-Cara
  1. Rebus ayam yg telah di potong dan di cuci bersih hingga empuk.
  2. Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan di gunakan untuk menanak nasi.
  3. Campurkan semua bahanbahan di atas.
  4. Lumurkan pada ayam yg telah di rebus tadi.
  5. Perap sekejap.
  6. Panaskan minyak yg banyak dan goreng ayam tadi.





 Bahan Nasi

4 cwn beras cuci bersih toskan
air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
1 senduk planta
5 ulas bawang putih dikisar
1 inc halia dikisar
2 batang serai dititik
sekuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 ulas bunga cengkih
garam secukup rasa.


 Cara-Cara
  1. Masukkan planta dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan2 untuk menanak nasi.
  2. Masukkan air rebusan ayam dan beras.
  3. Tanak nasik sehingga masak.





Bahan Sos Cili

3 ulas bawang putih kisar
1 inc halia kisar
6 biji cili merah dikisar
2 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar planta


Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan untuk membuat sos.
  2. Masak atas api dan kacau
  3. Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.


Bahan Sos Kicap

1 sudu besar planta
2 ulas bawang putih kisar
1 inc halia kisar
1 senduk kicap manis
3 biji cili padi dihiris


Cara-Cara
  1. Tumiskan semua bahan sos kicap dgn planta.
  2. Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan.




Wednesday, 23 December 2015

Green Tea Mousse Cake



   Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Lamanya aku tak menjengah kat sini... Biasa la... Sibuk melayan anak-anak buah aku balik kampung masa cuti sekolah hari tu... So, bila ada kelapangan ni baru la sempat nak update blog ni... Kali ni aku saja nak cuba buat kek yang simple jaa... Maka jadi la Green Tea Mousse Cake ni... Sedap rupanya kek yang guna green tea ni... Rasa macam makan ais krim pun ada... Kek ni aku buat separuh adunan saja... Kalau ikutkan resepi asal dia letak dua keping lapisan kek. Tapi aku malas nak buat dua lapis, aku cuma buat selapis saja... Kalau nak tengok resepi asal sila klik kat link di bawah tuu...

   




Green Tea Mousse Cake
C&P : My Thoughts like Balloons

Green Tea Sponge Cake

2 egg yolks to be mixed with 1/4 cup confectioner’s sugar
2 egg whites (room temp if possible) to be mixed with 1/4 cup confectioner’s sugar
15 ml water
25 ml vegetable oil
1/2 cup cake flour
1/2 tsp green tea powder


Method:
  1. Mix egg yolks, 1/4 cup sugar, water and oil together and stir till mixture is smooth.
  2. Add in flour and green tea powder and mix evenly.
  3. Whisk egg white with sugar till stiff peak (may take a while! I read that having the egg whites at room temperature helps). Fold in egg yolk mixture and pour mixture into a 7″ cake pan.
  4. Bake at 350 F for about 30 mins, or until skewer inserted comes out clean.
  5. Leave cake to cool on wire rack and slice cake in half lengthwise into 2 slices. Place 1 slice of cake into a 6″ cake pan.



Green Tea Mousse Filling:

2 egg yolks
1/4 + 1/8 cup confectioner’s sugar
1/4 + 1/8 cup milk
1 tsp green tea powder
1/2 + 1/6 cup heavy whipping cream
5 gm. gelatine powder + 25 ml water


 Method:
  1. Heat milk till warm (not boiling). Remove from heat and transfer to mixing bowl, then add in sugar and green tea powder. Stir till evenly mixed. Add egg yolks and whisk quickly. Be careful not to allow the egg yolk to overcook or it will become lumpy.
  2. Add in melted gelatine mixture and leave to cool.
  3. Make whipped cream – pour whipping cream into mixing bowl and use hand mixer to whip for about 10-15 minutes until soft peaks form. You could technically do this by hand but I imagine your hand would fall off first. Fold in whipped cream into the milk/yolk mixture – this is the mousse filling.
  4. Pour the mousse filling onto the prepared cake ring.
  5. Refrigerate till mousse is set.
  6. Take out the cake from the cake ring and sieve green tea powder on top and decorate as desired.



Saturday, 5 December 2015

Cheesekut Tiramisu



   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Pagi-pagi ni dah tayang dessert pulak.... Hahahaa.... Saja nak gugat iman hangpaaa.... Cheesekut tiramisu ni lain sikit... Lain kat mana...? Lain kat penggunaan biskut tu... Selalunya orang biasanya buat cheesekut tiramisu ni guna biskut lemak krim yang bentuk empat segi tu... Tapi yang ni guna biskut saltcheese crakers. Payah jugak nak dapat biskut ni kat semenanjung malaysia ni... Aku ni pun nasib baik ja boleh dapat kat kedai barang kek kat sini... Tu pun bukannya selalu ada... Untuk resepi ni aku ada tambah gelatin. Sila guna gelatin halal yee... Untuk gelatin tu aku guna jenama halagel... Kalau tak letak gelatin pun tak pa... Aku bubuh tu sebab nak bagi stabil ja... Bila potong nanti nampak cantik... Cream cheese tu pun aku tambah extra bagi jadi 400gm. Resepi asal letak 250gm. Aku letak extra sebab aku buat dalam bekas 7x7 inci... Kalau ada yang nak buat boleh la cubaa... Ok la, byeee...









RESIPI CHEESEKUT TIRAMISU
Olahan : inahar's cooking time


Bahan‐bahan:
Biskut saltcheese crakers secukupnye
400gm cream cheese
1/2 tin susu pekat ( aku ltk 1/2 cwn )
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan air nescafe/kopi
serbuk nestum & milo secukupnya



1/2 sudu besar gelatin halal
30gm air

Cara-Cara
  1.  Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air dan cairkan.
  2. Pukul cheesecream hingga lembut dan masukkan larutan gelatin dan putar sebati.
  3. Kemudian, masukkan susu pekat dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  4. Celupkan beberapa saat biskut dalam air kopi/nescafe kemudian susun dlm loyang
  5. Letakkan satu lapisan adunan cheese kemudian tabur nestum dan milo.
  6. Ulang step sampai loyang penuh atau biskut habis.
  7. Masukkan dalam peti ais. Taburkan serbuk koko atas cheeskut sebelum dihidangkan. Taraaa! Siap!






Monday, 30 November 2015

Kek Coklat




    Assalamualaikum semua.... Dah sampai penghujun bulan 11 dah... Ni nak masuk bulan 12 pulak... Tak lambat nak masuk tahun baru.. Cepat sungguh masa berlalu... Hari ni nak tayang resepi kek coklat pulak... Tapi tak guna resepi yang selalu guna tu... Yang ni tak letak susu pekat macam yang selalu aku dok buat... Walaupun tak letak susu pekat, kek ni tetap moist tau.... Kalau ikutkan aku nak kek ni salut dengan chocolate ganache, tapi malasnya nak buat ganache tu... Alih-alih aku salut dengan fresh cream laa... Huhuuu... Sedap ooo... Chocolate ganache tu cuma aku letak kat tepi kek jaa... Tu pun guna yang lebihan hok aku simpan... Kalau sapa yang rajin boleh la buat bunga-bunga atas kek tu... Semua tu guna fresh cream tauu... Bukan buttercream... Memang mencabar  kesabaran... Sebelom tu aku nak ucap takziah kepada keluarga yus jambu yang telah kembali kerahmatullah... Al-Fatehah...




Kek Coklat
C&P : nuanza

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
2 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda
(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)


Bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih
(satukan semua bahan B  )


Bahan C:
1 cawan air panas


Cara-Cara:
  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati sampai hilang ketul2.
  2. Bila dh sebati, masukkan air panas kacau sebati. Boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti.
  3. Masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci (loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis) atau gunakan kertas minyak ( aku bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bakar dlm loyang 7'' )
  4. Bakar selama 1 jam 10 mnt atau sehingga kek masak aku guna suhu 160 darjah api atas dan bawah (tp kena ikut ragam oven memasing ye) adunan boleh juga dikukus dgn api sederhana





Cara Menghias Kek

Filling
1 cawan fresh cream perisa coklat
-pukul kental

Frosting dan hiasan
3 cawan fresh cream
-pukul kental

Chocolate ganache secukupnya


Cara-Cara
  1. Bila kek dah masak dan sejuk, potong bahagian atas kek yang keras dan merekah. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian. So, akan dapat 4 keping kek
  2. Letak sekeping kek atas papan kek dan sapu fersh cream perisa coklat. Ratakan. Kemudian letak sekeping kek.
  3. Ulang langkah 2 sehingga habis.
  4. Salut kek dengan fresh cream. Kemudian simpan sekejap dalam peti sejuk.
  5. Keluarkan kek dan lelehkan coklat ganache pada tepi kek. Simpan semula dalam peti sejuk...
  6. Keluarkan kek dan boleh hias ikut kreativiti masing-masing...








Tuesday, 24 November 2015

Kek Batik Coklat



     Assalamualikum semua.... Lama dah aku tak jenguk blog aku ni.. Entah la sebab apa tak berapa rajin nak update blog ni... So, hari ni kita mula dengan resepi kek yang sangat mudah. Kek ni tak payah guna oven. Semua orang boleh buat.... Untuk agi lagi cantik rupa kek ni aku letak parutan dark coklat atas permukaan kek tu, pas tu aku paipkan chocolate ganache... Sedap gilerrr... Ok la, jom tengok resepinya... Bye... Dah tak tau nak tulis apa sebab terasa tak rajin sangat... Bukan malas okkk... Hahahaaa.... 





Kek Batik Coklat
C&P : HaSue

Bahan-bahan ( 1 kg )
200gm millo
250gm butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut meri secukupnya


Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian rataka
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis ( aku patah2kan biskut pastu gaul dalam adunan coklat & tuang dalam loyang 7x7 )
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...








Monday, 2 November 2015

Kek Pisang Gebu



      Assalamualaikum semua... Hari ni nak tayang kek pisang gebu... Memang gebu kek ni... Macam span rasanya.... Kek ni aku buat semalam, petang tadi baru sempat potong... Boleh la buat untuk minum petang. Yang lebih tu aku bagi kat jiran sebelah... Nak buat kek pisang ni kena tunggu pisang kat rumah ni masak... Kalau nak beli macam rugi la pulak... Sebabnya kat rumah ni ada tanam banyak pokok pisang... So, cuma tunggu dia masak baru boleh buat... Kalau ikutkan memang aku nak buat masa kek ni tengah dok fames. Ni semua gara-gara kak Duyung Sweets Laling punya angkara laaa... Asyik dok tayang kat face book... Naik geram dibuatnya... So, aku pun google la cari resepi kek pisang... Resepi kek pisang ni istemewa sikit sebab ada campur serbuk horlicks... Sedap oooo.... Memang kena cuba... Satu ja masalah bila buat kek pisang ni, mesti rasa manis tak sama ikut pisang yang kita buat... Ni pun aku dah kurangkan gula kepada 3/4 cawan... Tapi masih manis... Kena pandai ejas la yeeerrr... Ok la, byeee...


 





Kek Pisang Gebu

bahan-bahan : loyang 8 inci (menggunakan api atas & bawah)
2 cawan tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan pisang yang sudah dilecek
1/2 sudu besar ovalette
1/4 cawan susu cair atau susu segar
4 biji telur gred B
1 cawan gula kastor (-/+)
1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
100 ml minyak jagung atau mentega cair



Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kekdengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati. 
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan.
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.







Friday, 30 October 2015

Puding Pandan Karamel




      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni terasa cuaca agak panas sikit... Tak lambat lagi musim hujan pun dah nak mai... Walau pun panas, bila tengok kt luar ada nampak mendung. Tapi hujan tak turun... So, pakat-pakat siap sedia la untuk menghadapi banjir... Harap-harap tak banjir la ye... Apa-apa pun kena selalu la tengok ramalan cuaca... Tapi hari ni apa kata kita layan tekak kita ni dengan puding yang sangat sedap. Puding ni ala-ala puding karamel tanpa telur tu laaa... tapi yang ni ada letak jus pandan. Klau tengok warna puding ni memang sikit pucat sebab guna jus pandan asli... Pucat pun tak pa, janji sedap.....


 



PUDING PANDAN KARAMEL
Sumber dari : Mas Cotek/FB; thanks..
C&P : zaralovebaking

Bahan A :
3 sudu makan gula pasir - dimasak di dalam loyang atas api perlahan sehingga perang, ketepikan..

Bahan B :
2 cawan air
2 cawan jus pandan (dari 7 helai daun pandan)
10 gm serbuk agar-agar
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla

Loyang : 8 inci


Cara-cara 
  1. Masak kesemua bahan B sehingga mendidik/pekat.
  2. Tuangkan ke atas karamel, bahan A tadi.
  3. Setelah wap panas hilang, sejukkan di dalam peti sejuk.
  4. Setelah puding sejuk dan mengeras, terbalikkan di atas pinggan hidangan.
  5. Sedia dihidangkan...


 




Thursday, 15 October 2015

Rainbow Cake and Swiss Meringue Buttercream



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Kemarin terlebih rajin nak buat kek pelangi... Kek ni aku buat konon-konon nak sambuat ulang tahun blog aku ni... Dah masuk 3 tahun dah aku dok update blog ni... Banyak kenangan manis dan pahit.... Tapi aku rasa kenangan manis lagi banyak dari kenangan pahit... Hihiii... Kek pelangi ni memang dah lama aku nak buat.. Cuma tak ada masa jaa... Kalau nak sedap kena gandingkan dengan cream cheese... Kompem makan tak ingat punya... Tapi untuk krim kek pelangi ni aku buat swiss meringue buttercream... Dah lama tak buat krim jenis ni... Takut tak menjadi pulak bila dah lama tak buat... Untuk yang leleh tepi kek tu aku guna coklat putih dan fresh cream... Cuma cairkan ja... Aku tak sukat pun... Agak-agak ja.. Bila ada lebihan tu, aku tompok-tompokkan atas kek... Saiz kek ni pun aku tukar dari 8 inci kepada 7 inci sebab nak bagi nampak tinggi. Rasanya kalau guna loyang 6 inci mesti lagi cun kan... Ok la, takat sini dulu... Nanti-nanti sambung lain... Byee...







RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias
C&P : Azlita / Masam manis

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau



Cara-Cara
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter. ( aku guna loyang 7 inci )
  2. Panaskan oven pada suhu 170C. Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~. ketepikan
  3. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  4. Masukkan esen vanila
  5. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  6. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar ( aku bahagi 7 bahagian )
  7. Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata Masukkan dalam loyang
  8. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benarbenar masak.
  9. Bila dah masak letak atas redai Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  10. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan. Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
  11. Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ita gunakan kaedah checkered untuk kek ni yang asalnya hanya lapisan selapi2 aje..






Swiss Meringue Buttercream ( aku buat 2 adunan )
C&P : NLL


100g egg white (3 large eggs)
135g sugar
227g unsalted butter, soft but still cold, cut into small equal size of cubes


Method
  1. Remove butter from fridge and cut into small cubes, set aside. Lightly whisk egg whites in a mixing bowl, place over a pot of simmering water (double boiler).
  2. Add in sugar in 3 batches, whisk sugar and egg whites till sugar is fully dissolved (rub some with your fingers, if it feels grainy, it hasn't dissolved yet), take about 2‐3mins.
  3. Remove from heat and whisk for about 5mins till peaks are stiff, thick and glossy (Hand mixer speed at 3).
  4. At this point, the mixing bowl should be cool to the touch but still slight warm at the bottom.
  5. Place the bowl of meringue on top of a large bowl with few ice cubes and water.
  6. With the mixer at low, add in the butter cube one by one, ensuring that each addition is well incorporated before adding the next one.
  7. Beat till mixture become curdles, stop the mixer, take a spatula, continue to fold and stir till the mixture become creamy and satiny. (Even the mixture not totally smooth also ok, because when you add coloring, you need to stir and this time it will turn smooth).
  8. Add colouring if desired and mix till evenly distributed.