Saturday, 5 December 2015

Cheesekut Tiramisu



   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Pagi-pagi ni dah tayang dessert pulak.... Hahahaa.... Saja nak gugat iman hangpaaa.... Cheesekut tiramisu ni lain sikit... Lain kat mana...? Lain kat penggunaan biskut tu... Selalunya orang biasanya buat cheesekut tiramisu ni guna biskut lemak krim yang bentuk empat segi tu... Tapi yang ni guna biskut saltcheese crakers. Payah jugak nak dapat biskut ni kat semenanjung malaysia ni... Aku ni pun nasib baik ja boleh dapat kat kedai barang kek kat sini... Tu pun bukannya selalu ada... Untuk resepi ni aku ada tambah gelatin. Sila guna gelatin halal yee... Untuk gelatin tu aku guna jenama halagel... Kalau tak letak gelatin pun tak pa... Aku bubuh tu sebab nak bagi stabil ja... Bila potong nanti nampak cantik... Cream cheese tu pun aku tambah extra bagi jadi 400gm. Resepi asal letak 250gm. Aku letak extra sebab aku buat dalam bekas 7x7 inci... Kalau ada yang nak buat boleh la cubaa... Ok la, byeee...









RESIPI CHEESEKUT TIRAMISU
Olahan : inahar's cooking time


Bahan‐bahan:
Biskut saltcheese crakers secukupnye
400gm cream cheese
1/2 tin susu pekat ( aku ltk 1/2 cwn )
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan air nescafe/kopi
serbuk nestum & milo secukupnya



1/2 sudu besar gelatin halal
30gm air

Cara-Cara
  1.  Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air dan cairkan.
  2. Pukul cheesecream hingga lembut dan masukkan larutan gelatin dan putar sebati.
  3. Kemudian, masukkan susu pekat dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  4. Celupkan beberapa saat biskut dalam air kopi/nescafe kemudian susun dlm loyang
  5. Letakkan satu lapisan adunan cheese kemudian tabur nestum dan milo.
  6. Ulang step sampai loyang penuh atau biskut habis.
  7. Masukkan dalam peti ais. Taburkan serbuk koko atas cheeskut sebelum dihidangkan. Taraaa! Siap!






No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...