Monday, 31 March 2014

Red Velvet Ombre Cake



     Asalamualaikum.... Alhamdulillah, petang tadi hujan dah turun kat kampung aku ni... Hilang sikit rasa bahang panas tu... Bila sejuk ni mudah la mata tu nak pejam... Hihiii... Untuk resepi hari ni, aku nak share satu lagi resepi red velvet yang sangat mengancam ni... Bukan saja mengancam tapi sangat mengoda bila dipandang... Huhuhuu... Resepi ni aku buat masa cuti sekolah hari tu... Permintaan kak aku untuk bawak balik ke selangor... Macam mana la keadaan kek tu... Mana taknya, dari perelih ke selangoq.... Jauh ooo... Tapi nasib baik depa balik waku malam... Selamat la sikit kek tu... Cara pembuatan kek red velvet ni pun agak berlainan dari resepi-resepi yang aku pernah buat... Walaupun cara nak buatnya berlainan, rasanya tetap sedap. Tak rugi kalau mencubanya... Jom tengok resepi kat bawah ni....





Red Velvet Ombre Cake
Resepi : Nurul@cake2u
Sumber 2 : Kak Wan


Bahan A:
-300 g tpg gandum
-2 cam b serbuk koko
-2 cam t baking powder
-1 cam t soda bicarbonate
-1 cam t garam

Bahan B:
-125 g mentega tawar
-280 g gula kastor

Bahan C:
-2 biji telur (gred B)

BahanD:
-1 cam t esen vanilla
-1 cam t cuka putih
-1 cam b pewarna merah

Bahan E:
-240m l buttermilk ( Bancuhan susu segar /susu cair dgn cuka. Campurkan 240ml susu segar / susu
cair dan 1 sdb cuka. Biarkan sebati selama 10 minit sebelum digunakan )


Cara-Cara
  1. Ayak (A)-ketepikan
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuang ke dalam 2 loyang 8'', ratakan permukaannya dengan spatula dan bakar di rak tengah selama 25 minit hingga masak.
  6. Apabila kek telah sejuk, bungkus dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih (supaya lebih mudah menyapu filing atau frosting di atasnya)








Cream cheese filling

-360 g cream cheese
-70 g mentega
-200g gula icing

Cara-Cara:
  1. Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masukkan gula icing. Pukul sebati.
  2. Sedia disapu pada kek..


Frosting

-500gm krimwell
-2/3 cawan gula aising
-3 sudu besar susu pekat manis
-sedikit esen vanila

Cara-Cara
  1. Pukul krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan gula aising yang telah di ayak bersama susu pekat manis dan esen vanila.
  3. Pukul hingga krim kelihatan putih dan gebu. Sedia digunakan.





Penyediaan :
  1. Keluarkan kek, potong setiap satu kepada 2 lapisan. Jadikan 4 lapisan.
  2. Letak satu lapisan kek di atas papan kek dengan permukaan atas kek berada di bawah. Sapu dengan cream cheese filling sehingga rata. Letakkan sekeping kek di atasnya, sapu filling dan ulangi sehingga semua lapisan habis.
  3. Akhir sekali sapu dengan frosting keseluruhan kek dan hias mengikut suka. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.



Selamat mencuba...


Sunday, 30 March 2014

Chocolate Mousse Cake



    Assalamualaikum semua... Sihat ka...? Biasa la, sekarang ni kan musim panas. Kena la jaga kesihatan... Mesti banyakkan minum air kosong tau... Ok la, hari ni aku baru berkesempatan untuk update blog aku ni yang kelihatan agak sunyi bulan ni... Bukan malas nak update, tapi agak sibok dalam bulan ni... Hari ni aku timbul dengan kek coklat mousse yang sangat menggoda ni... Bila makan ada rasa macam ais krim pun. Bukan aku cakap, tapi anak buah aku cakap yee... Untuk keknya aku guna resepi kek coklat moist yang selalu aku dok buat tu. Cuma ada tukar bahannya sikit. Untuk mousse dan chocolate ganache aku amek dari kak ita. Kalau nak tau rasa kek ni, boleh la cuba buat...






Kek Coklat

Bahan-Bahan

Bahan A
-3/4 cawan chocolate powder [ boleh guna serbuk koko biasa ]
-1/4 cawan serbuk koko hitam
-1 cawan gula perang
-1 cawan susu segar
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak jagung

Bahan B
-1 1/4 cawan tepung kek*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]

Bahan C
-3 biji telur
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
  4. Tapis kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak.
  5. Kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga kek masak.
  6. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong kepada 3 bahagian.




Mousse Chocolate
Sumber : Kak Ita

-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream [ aku letak 300gm ]
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-6 gm halal gelatin
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.
  4. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.



GANACHE COKLAT [ buat separuh sahaja ]
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012
C & P : Kak Ita

-300 gm krim tenusu ~ whipping cream
-30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
-500 gm coklat gelap ~ hiris halus
-20 gm butter ~ ita tambah

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
  4. Tambahkan butter
  5. Kacau hingga adunan licin dan berkilatTuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim coklat terlebih dahulu
  6. Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik




Kaedah Penyediaan

-sedikit jus untuk lembabkak kek

  1. Letakkan sekeping kek atas lapik kek
  2. Lembabkan kek dengan menyapukan sedikit jus
  3. Letakkan mousse coklat dan ratakan
  4. Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
  5. Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
  6. Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing



Selamat mencuba



Saturday, 15 March 2014

Cheese Pudding



     Assalamualaikum... Hari ni masih menu pasal puding lagi... Ni puding untuk menu petang ni punya... Alhamdulillah, sambil nikmati puding ni, hujan turun jugak... Syukur sangat-sangat... Walaupun hujan, masih lagi boleh layan cheese puding ni.. Sejuk-sejuk hujan, sejuk lagi puding ni meluncur dalam tekak aku ni... Hihihiii...  Kalau nak tau rasa puding ni, haaa... Ni nak habaq mai, rasa dia lemak berkrim... Sambil makan sambil pejam mata... Baru syok... Hahahaa... Thanks along roz sebab dah mencipta puding yang sangat sedap ni... Apa-apa pun kita tetap berdoa supaya pesawat MH370 ditemui walaupun dah masuk hari ke-8.....






Cheese Pudding
By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz 8" persegi

Bahan-Bahan
-13g Serbuk Agar-Agar
-1 liter Air
-120g Gula
-3 biji Telur
-120-150g Biskut Cheese - blend halus
-1 sb Tepung Kastad
-400ml Susu Cair
-200g Susu Pekat
-50g Mentega


Cara-Cara
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad. Masukkan susu & kacau sebati. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih. Masukkan mentega sehingga sebati.
  3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.





#prayforMH370

Tuesday, 11 March 2014

Puding Karamel Tanpa Telur



    Assalamualaikum semua.... Hari ni kita layan puding pula... Cuaca panas-panas ni memang syok kalau layan puding. Terasa sejuk tekak tu... Tak dapat bayangkan. Hehehehee.. Dalam kesedapan menikmati puding ni, kita masih tertanya-tanya kemana hilangnya pesawat MH370. Dah masuk hari ke-4 tapi masih tak jumpa lagi... Sama-sama la kita doakan supaya pesawat tersebut dijumpai.... Berbalik pada resepi hari ni, aku ada buat puding karamel tanpa telur. Sangat sedap puding ni. Dah la senang nak buat. Rasa pun tersangat la sedap... Tak rugi kalau mencubanya... Kalau ada yang teringin nak merasa kesedapan puding ni, boleh la tengok resepi kat bawah tu... Terima kasi kak lina sebab kongsi resepi yang sememangnya sangat mudah dan sangat sedap...







Puding Karamel Tanpa Telur
Sumber : Lina pg

Bahan A
-2 sudu besar gula pasir ( gula hangus )


Bahan B ( puding )
-1 peket agar-agar serbuk 10gm
-4 cawan air
-1/2 cawan gula pasir [ aku letak 1/3 cawan ]
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 tin susu cair
-3 sudu besar tepung kastard
-1 sudu kecik esen vanila


Cara-Cara
  1. Mula-mula buat gula hangus. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang. Kemudian ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat, tutup api, tapis dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk sehingga puding mengeras, Terbalikkan puding dan boleh dihidangkan.







Sunday, 9 March 2014

Tiramisu



    Assalamualaikum semua... Kemarin kita telah dikejukkan dengan kehilangan Pesawat MAS MH370... Sampai sekarang ni masih belom jumpa lagi pesawat tu... Sama-sama la kita berdoa supaya semuanya selamat... Amin... Berbalik pada resepi hari ni, aku cuma buat tiramisu ja... Nak buat kek yang letak krim tak berapa rajin sikit. Ye la, sekarang ni musim panas, tak selesa la... So aku pun buat la tiramisu ni... Tapi kali ni aku guna mascarpone cheese. Walaupun harganya agak mahal, tapi berbaloi... Rasa pun lebih sedap dari cream cheese yang selalu kita guna tu... Tapi tak leh selalu buat la, nanti pokai... Ok la, jom tengok resepinya...









Tiramisu
C&P : Kak Wan


Bahan-bahan
-200ml thickened cream /whip cream
-250gm mascarpone cheese / krim keju (suhu bilik)
-110gm gula kaster [ aku letak 60gm ]
-2 sudu besar coffee segera + 1 cawan air panas (sejukkan dahulu)
-Serbuk koko secukupnya
-20 keping biskut lady finger

Loyang loose base tin / springform atau gelas


Cara-cara
  1. Pukul thickened cream hingga kental. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan thickened cream dan kaup balikkan hingga rata.
  3. Celup lady finger beberapa saat ke dalam larutan kopi, susun di dasar loyang atau susun dahulu lady finger, kemudian tuang larutan kopi dengan sudu ke atasnya (supaya biskut tidak patah sewaktu di susun dalam loyang)
  4. Tuang adunan krim keju, ratakan, hentak sedikit loyang supaya rata.
  5. Ulangi langkah 4 hingga habis. Masukkan serbuk koko ke dalam penapis dan ayak di atasnya.
  6. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih sebelum di hidangkan.






Selamat Mencuba...