Assalamualaikum dan selamat malam... Buat apa tu...? Malam ni aku nak share resepi milo cheesecake pula. Ni versi tak bakar. Aku lebih suka cheesecake yang versi tak bakar dari yang bakar. Sebabnya yang tak bakar ni rasa dia macam makan ais krim. Yang bakar tu cheescake dia lebih pada... Milo cheesecake ni aku try buat buat ja... Ada la tengok sana sikit, tengok sini sikit. Rasa dia macam makan aiskrim milo bercheese. Kalau ikut kan aku nak letak milo nuggets dalam adunan cheesecake ni. Tapi bila pikir balik takut masa nak potong tu macam susah sikit. Takut nampak comot. So, aku buat hiasan saja la atas kek tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
No-bake Milo Cheesecake
Base
1 bungkus biskut oreo
40gm butter ( cairkan )
Cara-cara
- Hancurkan biskut oreo halus-halus. Kemudian campur dengan butter yang dicairkan. Gaul sebati dan masukkan dalam springform pan 7 inci. Ratakan
- Dah rata simpan dalam peti sejuk 30minit. Kalau nak base tebal sila gandakan adunan.
- Atau anda boleh guna sekeping kek span coklat. Potong nipis dan sama saiz loyang pan. Kemudian masukkan kek kedalam springform pan. Ketepikan.
Milo cheesecake
250gm cream cheese
200ml whipping cream
1 cawan milo ( ayak )
2 sudu besar serbuk koko ( ayak )
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu kecil serbuk gelatin
50ml air
Cara-cara
- Pukul whipping cream hingga kental. Ketepikan.
- Masukkan air kedalam bekas. Tabur gelatin dan birkan kembang. Cairkan secara double boiler hingga larut. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese sehingga kembang.
- Masukkan serbuk koko dan serbuk milo. Pukul sebati.
- Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
- Masukkan larutan gelatin dan kacau rata.
- Satukan wipping cream dengan adunan cream cheese. kaup balik sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan simpan ke dalam peti sejuk sehingga beku.
Topping Milo
1 cawan serbuk milo
3 sudu besar air panas
1 sudu kecil gelatin + 1sudu besar air panas ( larutkan )
Cara-cara
- Larutkan serbuk milo dan air panas dengan kaedah double boiler.
- Setelah larut masukkan larutan gelatin. Kacau sebati.
- Tuang ke atas cheese cake dan biarkan beku sebelum dihidangkan.
- Hias atas kek dengan milo nuggets jika suka.