Assalamualaikum dan selamat tengahari semuaaa... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke-5 pulak. Kali ni kek lapis red velvet. Resepi ni dia guna red velvet cookies crumbs. Sesuai la sebab aku ada lebihan red velvet cookies masa buat deco kek kat kek red velvet dulu... Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
Kek Lapis Velvet Kasih
500 gram butter
500 gram cream cheese
500 gram susus pekat
10 biji telur gred A
30 gram ovalet
50 gram tepung aiskrim vanila
100 gram creamer
150 gram horlicks
360 gram tepung pau
150 gram dairy whipping cream
1 sudu besar redvelvet emulco
60 ml warna putih
Redvelvet crumb secukupnya
Coklat rice secukupnya
C&P : FB Dapur Kitak
500 gram butter
500 gram cream cheese
500 gram susus pekat
10 biji telur gred A
30 gram ovalet
50 gram tepung aiskrim vanila
100 gram creamer
150 gram horlicks
360 gram tepung pau
150 gram dairy whipping cream
1 sudu besar redvelvet emulco
60 ml warna putih
Redvelvet crumb secukupnya
Coklat rice secukupnya
Cara-cara
- Pukul butter, cream cheese, ovalet dan susu pekat sehingga kembang.
- Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati.
- Masukkan tepung aiskrim vanila, creamer dan horlicks. Pukul sebati.
- Masukkan tepung pau. Masukkan sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
- Masukkan dairy whipping cream. Pukul sebati.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak red velvet emulco. Bahagian red velvet ada 4 lapis Satu bahagian lagi letak pewarna putih. Bahagian putih ada 10 lapis.
- Alas loyang 9×9×4 dengan baking paper. Ambil satu bahagian warna putih dan masukkan 2 sudu besar red velvet crumb sebatikan. Panaskan oven pada suhu 180°C. Masukkan adunan putih dalam loyang dan ratakan. Bakar menggunakan api atas dan bawah selamat 8 minit. Letak loyang paling bawah.
- Lapisan ke-2 sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selamat 8 minit suhu 150°C. Sambung bakar lapisan putih. Selepa itu lapisan red velvet. Setiap lapisan red velvet tabur chocolate rice. Buat sampai habis lapisan.
- Bila kek dah masak, rehatkan selamat 20 minit. Kemudian keluarkan kek dari loyang dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...