Sunday 22 January 2023

Broken Glass Cheesecake

Broken Glass Cheesecake



  Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Selamat Tahun Baru Cina... Bila raya ni mesti pakat cuti kan. So, boleh la try buat Broken Glass Cheesecake ni. Cantik tau bila kita potong cheesecake ni. Macam kaca pecah pulak. Resepi ni aku save lama dah. Masa zaman awal-awal aku dok buat blog dulu. Bila cari tak jumpa dah. Nasib aku ada save siap-siap. Resepi ni aku ada ubah sikit dari resepi asal. Untuk agar-agar tu, bila aku potong dia akan berair. Buang air dia dulu baru masukkan dalam adunan cheesecake tu. Untuk cheesecake ni aku buat dalam loyang 7 inci. Cari loyang 8 inci tak jumpa. Bila guna loyang 7 inci ada lebihah adunan. Yang lebihan tu aku tuang dalam bekas lain. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....


Broken Glass Cheesecake
Sumber : Yat Easybakes

Kiub Agar-agar
1 sudu besar serbuk agar-agar 
100gm gula
800ml air
1/2 sudu kecil pewarna hijau + esen vanila
1/2 sudu kecil pewarna merah + esen strawberry
1/2 sudu kecil pewarna ungu + blueberry emulco


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali pewarna, esen, emulco dan masak sehingga serbuk agar-agar larut.
  2. Apabila agar-agar sudah larut, bahagi adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna dan esen. Tuang kedalam bekas kecil dan biarkan beku.
  3. Apabila beku, potong kepada kiub-kiub kecil dan simpan seketika dalam peti sejuk.


Broken Glass Cheesecake


Cheesecake
1 1/2 sudu kecil serbuk gelatin larutkan dalam 50ml air panas
250gm cream cheese
125gm gula kaster
3 sudu besar fresh cream
kiub agar-agar
kek span


Cara-cara
  1.  Potong nipis kek span dan masukkan ke dalam loyang spring form bulat 8 inci. Ketepikan.
  2. Satukan cream cheese, gula kaster dan fresh crem dalam mangkuk pengandun dan putar sehingga sebati. Masukkan larutan gelatin dan putar lagi.
  3. Masukkan kiub agar-agar dan gaul sebati dengan perlahan-lahan menggunakan spatula hingga sebati.
  4. Tuang adunan cream cheese  dalam loyang. Hentak perlahan supaya adunan rata. Simpan ke dalam peti sejuk sehingga cheesecake betul-betul set.


Broken Glass Cheesecake



Topping
200gm mango filling
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil serbuk gelatin larutkan dalam 50ml air panas
 
 
Cara-cara
  1. Satukan semua adunan dalam mangkuk dan gaul rata sehingga gula larut.
  2. Keluarkan cheesecake dari peti sejuk dan tuang topping atas kek.
  3. Simpan semula dalam peti sejuk supaya topping set sepenuhnya.
     

Broken Glass Cheesecake

Wednesday 18 January 2023

Ovomaltine Cheesecake

Ovomaltine Cheesecake



   Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Seperti yang dijanjikan, aku akan share resepi kek birthday kak aku yang patut aku buat masa birthday dia hari tu tapi tak sempat buat... Nin dia, Ovomaltine Cheesecake. Sangat sedap kek ni. Bila gigit ovomaltine spread tu ada bunyi krup krap, krup krap... Untuk base dia aku tak guna biskut. Aku ganti kek span coklat. Kalau cheesecake ni aku lebih suka makan base yang guna kek. Tapi kalau malas nak bakar kek baik guna biskut. Lebih cepat. Terpulang kepada mulut anda... Hahahaa.... Resepi ni aku amek dari Mr. Ali. Kebanyakan resepi dia memang best. Tak rugi cuba. Kalau ada yang berminat nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.....



Ovomaltine Cheesecake


Ovomaltine Cheesecake
C&P : Mr. Ali

Lapisan Pertama
140gm digestive biscuits ( boleh ganti biskut merry )
50gm butter


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut digestive.  Cairkan butter.
  2. Gaul biskut yang dihancurkan dan butter yang dicairkan sampai sebati. Dah sebati mampatkan dalam loyang spring form bulat 7 inci. ( aku tak guna biskut tapi aku ganti kek span coklat untuk buat base )

Ovomaltine Cheesecake


Lapisan kedua
250gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanila ( optional )
150gm dairy whipping cream
2 sudu besar gula aising
1 sudu kecil serbuk koko
180gm Ovomaltine spread


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan esen vanila, Ovomaltine spread dan serbuk koko. Putar sehingga sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, putar whipping cream dan gula aising. Pukul hingga kental.
  3. Satukan adunan cheese dan whipping cream dan kaup balik sehingga sebati.
  4. Tuang adunan kedalam adunan loyang. Simpan dalam chiller semalaman.

Ovomaltine Cheesecake


Lapisan ketiga
200gm Ovomaltine spread
 
 
Cara-cara
  1. Cairkan Ovomaltine spread secara double boiler / microwave.
  2. Tuang atas lapisan kedua yang dah diset semalaman. Ratakan dan set dalam 1 jam dalam chiller dan boleh potong untuk dimakan.
     

 

Ovomaltine Cheesecake

Monday 16 January 2023

Walnut Carrot Cake

Walnut Carrot Cake



     Assalamualaikum semua.... Lamanya aku tak bersiaran. Patutnya masa awal tahun hari tu aku dah muncul. Tapi ada kesibukan sikit. Tu yang lama tak muncul kat blog aku ni. Hari ni aku muncul dengan resepi kek carrot. Kek ni aku patutnya buat masa 1 hb 1 hari tu sempena birthday kak aku. Sebab tak sempat terpaksa buat hari lain. Dia pun tak sempat merasa kek ni. Selalu tiap-tiap tahun aku akan buat 2 jenis kek. Tahun ni tak kesampaian... Apa-apa pun happy birthday akak ku... Nanti aku share lagi resepi kek yang aku dah buat. Sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni... Byee....
 
 

Walnut Carrot Cake


Walnut Carrot Cake
C&P : Wan Zuulaiha Omar

1/2 + 1/4 cawan minyak jagung
2 biji telur
60gm gula kastor
60gm gula perang
125gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1/8 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil serbuk kayu manis ( aku tak letak )
1/2 cawan walnut - panggang seketika & cincang kasar
1 cawan karot - parut kasar
1/2 cawan kismis - opsyenal ( aku tak letak)


Cara-Cara
  1. Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.
  2. Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.
  3. Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Masukkan separuh sahaja kismis.
  4. Tuang dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas minyak. Taburkan separuh lagi kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. ( aku bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak & tuang kedalam loyang bulat 6 inci. Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga kek masak )


Walnut Carrot Cake


Cream Cheese Frosting
250gm cream cheese
1/2 cawan gula aising ( aku letak 1/3 cawan )
150gm fresh cream


Cara-Cara
  1.  Pukul fresh cream hingga kental dan ketepikan.
  2. Pukul cream cheese dengan gula aising hingga kembang.
  3. Kemudian satukan dengan fresh cream. Gaul hingga sebati. Sedia digunakan.

Walnut Carrot Cake



Cara melapis kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Ratakan cream cheese frosting. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek terakhir.
  2. Salut keseluruhan kek dengan cream cheese frosting. Hias ikut kreativiti masing-masing. Boleh salut keliling kek denga kacang walnut yang telah dicingcang kasar.
  3. Sejukkan dahulu kek sebelum di hidang.

Walnut Carrot Cake