Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Tuesday, 24 February 2026

Jelly Kopi Ais


   Assalamualaikum dan selamat petang semua. Menu apa hari ni. Aku buat jelly kopi ais. Saja tunjuk awai, nanti tak kalut... 😅😅😅😅 Resepi ni famous kat tiktok oleh Tasya Farasya. Tapi resepi aku amek kat orang lain la. Aku tak pernah lagi guna serbuk nutrijell ni. Tak kira apa-apa perisa pun. Sedap rupanya. Dia memang kenyal-kenyal macam jelly tu. Bila buat minum dengan susu lagi la sedap. Yang ni dah la perisa kopi. Lagi la sedap. Nak buat dia pun mudah ja. Dapat pulak time hangat-hangat ni...



Jelly Kopi Ais
C&P : tiktok adelscooking
 
Jelly Kopi
 
1 bungkus nutrijell coffee
Gula secukupnya
500ml air
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan. Masasak sehingga kesemuanya larut. Tuang dalam bekas yang sesuai dan biarkan beku.


Jelly Kopi Ais


Kuah Susu
 
1 tin susu cair
25gm susu pekat manis
 
Cara-cara
  1. Satukan susu cair dan susu pekat manis. Kacau sebati.
  2. Untuk menghidang, hancurkan jelly kopi. Masukkan ketulan ais dan masukkan kuah susu.
  3. Sedap dinikmati ketika sejuk. 
 

Monday, 10 March 2025

Air Katira

 
Air Katira

 
      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Macam mana puasa...? OK kerr.... Disebabkan sekarang ni musim panas, aku pun buat la resepi air untuk berbuka nanti... Kali ni aku cuba buat air katira. Aku memang tak pernah lagi rasa air katira ni. Apa yang aku tau air katira ni asal dari johor... Kalau tengok bahan-bahan dia macam bahan nak buat laici kang. Tapi air katira ni dia letak susu pekat dan kordial tebu. Aku pun tak tau kata ada kordial tebu... Hahaaa.. Sedap rupanya air katira ni... Minum pula time hangat-hangat ni.. Perrhhh.... Sabaqqqq.... Tunggu time berbuka satgi.... Kalau sapa-sapa nak mencuba buleh tengok resepi kat bawah tu....
 
 
Air Katira

 
Air Katira
C&P : Salina Jalaludin ( cookpad )
 
5 gm gula batu
5 sudu besar gula pasir
2 cawan air
5 gm selasih (direndam)
5 biji getah anggur (direndam)
3 biji kembang semangkuk (direndam semalaman)
1 bungkus cincau (dipotong dadu)
3 sudu besar pes perasa tebu
2 titik pewarna ros (untuk bagi air gelap sedikit hijaunya) - aku ganti pewarna hijau
6 sudu besar susu pekat
1 gelas ais batu
 
 
 Cara-cara
  1. Getah anggur, selasih dan kembang semangkuk tu direndam sehingga kembang. Cincau dipotong dadu.
  2. Gula batu dan gula pasir dimasak sehingga mendidih. Sejukkan seketika. Kemudian masukkan pes perasa tebu dan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Untuk dihidangkan, masukkan ais batu ke dalam gelas. Tuangkan air katira. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
Air Katira

Thursday, 23 March 2023

Soda Herb

Soda Herb


    Assalamualaikum semua.... Macam mana hari pertama puasa....? Aku kat sini sebelum pukul 12 tu agak panas jugak. Pastu dia mai mendung. Hilang sikit hangat tu walaupun hujan turun sikit. Kalau tak sebelom ni panas lit-lit orang perlis kata. Walaupun cuaca tak berapa panas, aku nak share resepi yang sangat sedap dan best untuk buat berbuka nanti. Air ni dah lama viral. Cuma aku ja lambat buat. Bagi aku rasa dia sangat sedap. Ada rasa masin-masin asam boi. Ada bau lemon tapi tak rasa masam sebab kita tak perah buah tu. Pastu ada bau daun pudina yang segar tu. Serai tu tak bau sangat pun.. Mmmmm... Dapnya... Aku buat air ni pun sebab kat rumah aku ada daun pudina. Jarang guna. Serai pun ada. Boleh la buat. Cuma lemon ja tak tanan. Kalau tak boleh guna lemon sendiri. Jangan marah aku share resepi air waktu ni.... Apa-apa pun selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia... Byeee...


Soda Herb


Soda Herb
 
 
1 botol air ice cream soda - botol besar
1 tin laici - ambil buahnya sahaja
2 batang serai - di titik
daun pudina - terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon - di hiriis nipis
5 biji asam boi putih
ketulan ais secukupnya


Cara-cara
  1. Cuci semua bahan dengan bersih.
  2. Hiris lemon nipis-nipis.
  3. Sediakan bekas yang bersesuaian.
  4. Letakkan daun pudina secukupnya.
  5. Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris nipis.
  6. Masukkan asam boi putih
  7. Kemudian masukkan buah laici.
  8. Tuangkan air ice cream soda secukupnya.
  9. Letakkan ketulan ais jika suka.
  10. Akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya.
  11. Sedia dinikmati.


Soda HerbSoda Herb

Friday, 7 January 2022

Jus Alpukat / Avocado Juice

Jus Alpukat / Avocado Juice



     Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi jus pulak. Jus avocado... Rasa jus ni lemak-lemak manis tau. Masa aku makan avocado tu rasa macam pelik. Ye la, first time makan... Sebelum ni kalau nampak pun tak terasa nak beli. Tapi entah macam mana kali ni terasa sangat nak beli... So, beli la dalam 4 biji... Bagi aku kalau makan macam tu ja rasa pelik sikit, tapi bila buat jus ni, uishhh rasa dia lain maciam oooo.... Sedap tak terkata.... Kalau ada yang nak mencuba kesedapan jus avocado ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...

Jus Alpukat / Avocado Juice


Jus Alpukat / Avocado Juice
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan
1 biji avocado masak ranum
1/2 cawan air mineral
2 cawan susu segar
3 sudu besar susu pekat
ais secukupnya
sirap coklat Hershey's

menghasilkan 2 gelas minuman

Penyediaan
  1. Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya.
  2. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air hingga hancur.
  3. Tuang ke dalam gelas, masukkan susu pekat, susu segar, kacau.
  4. Tambah sirap coklat jika suka.
  5. Masukkan ais dan kacau sebelum diminum.

Jus Alpukat / Avocado Juice

Wednesday, 18 December 2013

Jus kiwi



    Assalamualaikum semua.... Hari ni aku cuma nak share resepi minuman jus kiwi yang sangat mudah dan segar. Bahan-bahan pun tak banyak. Hari ni mood nak baking tak berapi rajin sikit. Sebabnya, bila jenguk kat luar nampak tu nampak mendung ja.. Mata ni mula la rasa berat... Kalau dapat bantal memang best.. Berita pun ada bagitau kata gelombang banjir yang ke-2 akan datang. Lepas ni kena bersiap sedia la... Takat sini la dulu nooo... Bye...



Jus kiwi


Bahan-bahan ( 2org )

-1biji buah kiwi
-1/2gelas susu segar
-1 1/2gelas air masak
-susu pekat/gula ikut kemanisan yg dikehendaki


Cara-cara
  1. Blend kiwi dengan susu. Masukkan air masak dan tambah susu pekat/gula ikut kemanisan.
  2. Tuang ke dalam gelas dan masukkan ais kiub.



Nyaman tekak...

Monday, 30 September 2013

Jus Buah Naga



    Assalamualaikum.... Cuaca panas ni kalau pekena jus sedap jugak kan.. Hilang perit kat tekak tu... So, aku pun buat la jus buah naga ni. Buah naga ni bukan yang beli punya, tapi yang mak lang aku tanam. Mak aku mintak sebiji. Asalnya nak makan macam tu ja, tapi teringin jugak rasa macam mana bila dah dibuat jus. Ternyata memang sedap. Hilang terus dahaga kat tekak tu.. So, kalau da sapa-sapa yan nak segarkan tekak anda boleh la cuba resepi jus buah naga ni....



Jus Buah Naga
C&P : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

-1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
-1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis) [ tak letak ]
-3 cawan air mineral
-1/2 cawan susu sejat IDEAL
-3 titik esen vanilla
-Ais kiub secukupnya
-Buah Stoberi sebagai hiasan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 gula dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk...hmmm....




Minum dulu...

Wednesday, 9 January 2013

Aiskrim Float


  Salam..... Ahhhh... Dalam keadaan cuaca panas ni apa kata kita minum float... Mesti sedapkan... Ye la, tengah-tengah panas ni pekena benda yang sejuk-sejuk kompen best.. Jom tengok resepinya


Bahan-Bahan

-sirap ros
-minuman berkarbonat perisa aiskrim soda
-aiskrim perisa strawberi
-kiub ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan kiub ais kedalam gelas.
  2. Tuang sedikit sirap dan kemudian masukkan air berperisa aiskrim soda.
  3. Ambil satu scoop aiskrim dan letak di tengah gelas.
  4. Sedia dinikmati.