Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Friday, 6 June 2025

Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

 
       Assalamualaikum & selamat petang semua... Ni adalah biskut last untuk raya haji nanti... Aku dah lama cari resepi biskut biskut nestum paraline yang dia letak coklat drizzle atas tu. Tapi tak jumpa. Semua yang ada pun buat jual. Bila jumpa resepi ni aku olah la jadi macam biskut nestum paraline tu... Boleh la kannn... Tapi aku tak tukar nama la... Nanti takut orang marah. Aku cuma tambah coklat drizzle atas biskut tu jaa... Untuk biskut ni aku guna butter La Belle D'andaine. Sedap... Bagi aku apa-apa pure butter pun sedap. Yang penting tengok modal kita... Guna buttercup pun sedap.. Sapa yang rasa sempat nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu.. Byeee...
 
 
 
Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

 
 
Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut
C&P : Azlita Aziz
Resepi Oleh : My Resipi

250 gm mentega (aku guna butter La Belle D'andaine)
120 gm gula aising
250 gm tepung gandum ~ ita letak 200 gm
130 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam
40 gm nestum - dikisar
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur

Hiasan
Nestum
1 biji kuning telur - untuk hiasan
White & dark chocolate ( cairkan )
 
 
Cara-cara
  1. Masukkan mentega, gula aising dan esen vanilla serta kuning telur ke dalam mesin pengadun dan pukul hingga sebati. ( ita guna senduk kayu je )
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam serta nestum. Uli doh hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit doh dan bulatkan seperti bola dan tekan dengan garfu @ terapkan dengan menggunakan acuan kegemaran anda. Ulang langkah ini sehingga doh habis. 
  4. Susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan nestum / mengikut citarasa masing2 pada permukaan biskut.
  5. Masukkan dalam ketuhar pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. 
  6. Bila biskut dah sejuk, boleh paipkan white & dark chocolate atas biskut. Simpan dalam bekas kedap udara.

 
Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut

Thursday, 5 June 2025

Hazelnut Button Cookies

Hazelnut Button Cookies
 
 
 
    Assalamualaikum & selamat petang semua... Petang ni aku nak share satu lagi biskut raya haji nanti. Sedap biskut ni. Lagi sedap kalau letak banyak filling hazelnut kat biskut tu. Aku boh sikit ja sebab filling hazelnut tu pun tinggal sikit. Kalau beli tambah nanti ada lebih lagi. Pastu tak tau nak buat apa. Peram je la dalam peti sejuk tu... Ni cukup-cukup untuk biskut yang aku buat ni. Untuk biskut ni aku guna butter farm fresh. Masalah butter ni bau dia tak bangkit sangat.. Kalau butter lain dia bau lemak-lemak berkrim. Ni macam kureng bau dia. Rasa ok, sedap... Sapa yang nak buat biskut ni boleh tengok resepi kat bawah tu. Biskut ni ala-ala nutella pod laa...
 
 
 
Hazelnut Button Cookies

 
 
Hazelnut Button Cookies
C&P : TikTok AINNA
 
250gm butter ( aku guna butter farm fresh )
1/2 cawan gula aising
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
 
 
Cara-cara
  1. Kacau butter & gula aising sampai sebati. Tak perlu kacau lama-lama.
  2. Masukkan tepung susu & serbuk koko. Kacau sebati lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung, kacau lagi sekali.
  4. Last sekali masukkan tepung gandum. Tepung gandum pastikan masuk sikit-sikit. Uli sampai doh tak melekat kat tangan.
  5. Kalau doh dah ok, tak perlu habiskan baki tepung tapi kalau doh lembik & melekat lagi kat tangan boleh tambah tepung gandum sikit.
  6. Bulatkan doh guna saiz 1/2 tbsp. Kacau-kacau putih telur. Masukkan doh ke dalam putih telur & almond nibs.
  7. Buat lubang kecil kat tengah doh. Bakar suhu 160C 15-20 minit dalam oven yang di panaskan.
  8. Lepas biskut keluar dari oven biarkan sampai suam baru paipkan filling hazelnut.
  9. Bakar lagi sekali 3-4 minit atau sampai permukaan hazelnut filling tu jadi keras sikit. Bila sentuh dengan hari filling tu tak melekat.
 
 
Hazelnut Button Cookies

Wednesday, 4 June 2025

Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

 
       Assalamualaikum & selamat petang semua... Petang ni aku nak share resepi biskut pulak... Biskut pun aku buat guna lebihan cornflakes masa buat biskut raya puasa hari tu.. Kalau ikutkan aku malas nak buat biskut tapi bila ingat balik biskut raya puasa hari tu semua habis tu yang aku buat jugak... Boleh la buat makan-makan sambil tengok drama. Aku kalau dah lepas raya memang tak buat la biskut-biskut ni. Sedap jugak biskut cornflakes ni bila boh cheese... Masin-masih berlemak. Sebelum bakar tu aku golek-golek dulu biskut tu atas cornflakes sebab nak bagi lagi rangup.. Sapa-sapa yang nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu.. Byeee...
 
 
Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

 
 
Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur
C&P : Dapur Kitak

320 gram butter
150 gram gula aising
300 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
100 gram cornfake
100 gram cheedar cheese


Cara-cara
  1. Satukan butter & gula aising menggunakan spatula.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & serbuk penaik. Gaul sehingga menjadi doh.
  3. Setelah sebati, masukkan cornflakes & cheddar cheese. Gaul sebati.
  4. Ambil adunan sebesar satu sudu teh dan susun atas loyang ( aku golek² adunan atas cornflakes dulu sebelum susun atas loyang ).
  5. Panaskan oven suhu 180C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
 
 
Biskut Cornflake Cheese tanpa Telur

Thursday, 27 March 2025

Biskut Afghan

Biskut Afghan


      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi biskut pula... Sedap biskut ni cuma dia ada rasa pahit-pahit kat kacang walnut tu. Mungkin kat kulit nipis tu laa... Aku ada nampak yang buat biskut afghan ni guna kacang pecan.. Wow... Banyak modal tu... Guna walnut ni pun gigil jugak... Yang jadi gigil tu sebab aku letak sebijik-sebijik. Kalau letak yang dah hancurkan tu OK laa.. Kalau tengok resepi ni nak macam biskut ombak rindu yang aku buat tu... Beza dia kat badam laa... Pastu ada gak guna cornflakes.. Sedap tau biskut nii.. Memang patut cuba..
 

 

Biskut Afghan

 

Biskut Afghan
C&P : Kak Wan / resipicitarasawan

200 gm mentega
20 gm shortening
80 gm gula perang
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
20 gm serbuk koko
30 gm walnut cincang
90 gm cornflakes - ramas halus

Hiasan :  Coklat masakan cair
walnut cincang (sangai dahulu)
 
Cara-cara
  1. Pukul mentega, shortening dan gula perang hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung, soda bikabonat, serbuk koko, cornflakes dan walnut cincang.  Uli menjadi doh.
  3. Ambil sebesar ibu jari dan susun di dalam loyang.  Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
  4. Sejukkan dahulu, sudukan atau paip coklat cair di atas biskut dan tabur dengan walnut cincang.
  5. Simpan di dalam bekas kedap udara.


 

Biskut Afghan

 

Monday, 24 March 2025

Biskut Ombak Rindu

Biskut Ombak Rindu

 
 
      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi biskut untuk hari raya nanti. Aku jarang nak buat resepi biskut yang tak pernah buat ni. Selalu memang dok buat yang sama ja tiap-tiap tahun. Selalu buat tart nenas, cornflakes madu, cornflakes rangup, almond london, florentine & chocolate chip cookies. Tahun ni aku try resepi baru pulak. Buat ni pun sebab aku tak buat cornflakes madu. Ada lebihan cornflakes tu buleh buat biskut ni. Kalau tanya pasal nama pasai apa nama biskut ombak rindu pun aku tak tau. Sila la google sendiri. Saiz biskut ni aku sukat guna 1/2 sudu teh setiap biji. Saiz dia jadi comel-comel laa... Sedap tau biskut ni sebab ada bau aroma kopi tu. Sapa-sapa nak cuba buat buleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...
 
 
 
Biskut Ombak Rindu

 
 
Biskut Ombak Rindu
C&P : Azlita Aziz

250 gm butter
70 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh butter flavour
1 sudu teh perasa moca
5 gm Nescafe
5 gm air panas ( Nescafe + air panas jadikan pes )
1 biji telur
330 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
8 gm serbuk koko
3 gm baking Powder
3 gm Soda
200 gm choc rice
60 gm cornflakes ~ kisar kasar
80 gm Almond nibs ~ panggang sebentar
coklat putih ~ cairkan untuk hiasan
Badam biji ~ di bakar

 
Cara-cara
  1. Tepung, koko, baking powder, soda, susu tepung, satukan semua bahan kering ini dan ayak.
  2. Dalam mesen pemutar, putarkan dengan speed sederhana , mentega, gula, vanilla, butterflavour, moca dan nescafe paste hingga sebati
  3. Masukkan telur dan pukul sebentar
  4. Masukkan campuran bahan ayak dan gaul sebati
  5. Akhir sekali masukkan, coc rice, almond nibs dan cornflakes, gaul rata.
  6. Sediakan dulang pembakar. Drop kan atas dulang dengan sudu. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit
  7. Bila dah masak sejukkan. Sementara itu cairkan coklat masakkan putih secara double boiler. Paipkan atas biskut yang telah sejuk. Hiaskan dengan badam bakar di atasnya.
 
 
Biskut Ombak Rindu

 

Friday, 16 February 2018

Biskut Bangkit Nyonya & Selamat Tahun Baru Cina



       Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Lamanya aku tak mai jengah kat sini... Last sekali aku update blog ni tahun lepas masa raya haji tu.... Ni baru timbul pulak... Ada yang rindu kat aku ka...? Hahahaa.... Kalau ikutkan aku memang nak update blog ni macam dulu-dulu... Tapi tah la... Kadang-Kadang tu ada perasaan malas... Huhuhuhuuu... Nak buat macam mana... Lagi satu barang sekarang ni pun dah mahal sangat.... Kadang-kadang nak buat sebijik kek pun pikir banyak kali... Baru-baru ni aku pi kedai barang kek nak topap bahan mentah kat rumah ni... Mana tau kot-kot rajin nak buat kek kan... Buka chiller, tengok harga butter. Mak aiii... Macam ni sekali naik... Banyak kali jugak pikir nak amek tak amek... Tapi amek jugak... Sikit jela... Dasyat harga barang sekarang ni... So kita lupakan harga barang yang mahal tu... Meh kita layan kuih bangkit yang cair dalam mulut ni... Mmmm dap tau... Untuk kuih bangkit ni kita kena sangai bagi tepung tu jadi ringan.. Kalau boleh guna kuali yang besar sikit sbab bila kita dok kucai tu nanti tepung tu buleh beterbang pulak... Buleh bayangkan tak... Aku ni dah la buat kerja kasar sikit... Bersepah la jugak dapor tu... Hihihiii... Api tu jangan kuat sangat, nanti hangit pulak tepung tu. Sangai tepung tu bagi jadi ringan. Bila kita pegang rasa lincin ja...
       Alang-alang aku dah update hari ni aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada seluruh rakyat malaysia.... Ada yang nak bagi ang pau kat aku ke... Huhuuu... Ok lah byeee....





BISKUT BANGKIT NYONYA
Sumber : myresepi (diana & lilydvalley)

C&P : Mak Lang Azie

Bahan
350g tepung ubi ( disangai dulu )
150g icing sugar
20g butter
1 biji kuning telur
130g santan pekat ( santan kotak )
1/8 bpowder

Cara
  1. Satukan gula icing ,butter, kuning telur . Kacau guna whisker.
  2. Masukkan santan dan gaul sebati
  3. Masukkan tepung yg dicampur ngan bpowder tadi.
  4. Masukkan skit demi skit hingga jadi bentuk doh.
  5. Terap dan bakar selama 20 minit pada suhu 160.

Nota : Jika tak pasti dah masak ke belum, bila makan seketui rasa basah2 kat tengah biskut tu maknanya lom cukup masak, bakarlah lagi atau lebih mudah biar ada kaler coklat2 skit kat biskut tu tandanya dah cukup bakar.




Wednesday, 21 June 2017

Biskut Florentine Crunchy Caramel Almond




     Assalamualaikum semua.... Ni adalah resepi biskut raya yang last aku share... Kalau ikutkan ada tiga jenis biskut raya yang aku buat lagi, tapi resepi tu aku dah buat sebelum-sebelum ni. So, tak payah la nak share banyak kali... Resepi ni antara paling mudah sekali... Sebab apa, cuma gaul semua bahan, pastu letak dalam dulang dan bakar je... Cepat pun cepat.... Sapa-sapa pun boleh buat... Ok la, meh tengok resepinya...






Biskut Florentine Crunchy Caramel Almond
Sumber : kuali hangus

Bahan-Bahannya:-
200 gm tepung Florenta / Bienetta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hijau
20 gm bijan hitam

Cara Membuatnya:-
  1. Badam dan kuaci di bakar terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
  2. Satukan semua bahan dalam bekas & Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
  3. Panaskan oven pada suhu 160C.
  4. Setelah semua bahan digaul rata, guna Non stick muffin pan. Letakkan setengah sudu besar didalam setiap lubang muffin pan
  5. Bakar selama 5-6 minit sahaja. Jangan terlalu lama. Keluar dari oven biarkan sejuk seketika & terbalikkan diatas dulang.
  6. Biskut anda akan jadi elok bulat-bulat & kepingkeping.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.





Cornflakes Crunchy Cookies



      Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Pagi ni aku nak share satu lagi biskut raya yang aku dah lama teringin sangat nak buat... Ni antara biskut cornflake yang aku suka selain biskut cornflake madu... Kalau biskut cornflake matu tu kita selalu jumpa, kalau biskut cornflake crunchy ni jarang-jarang sikit... Resepi ni aku jumpa kat Facebook... So, aku panjangkan pulak resepi ni kat blog aku... Mudah-mudahan tuan yang share resepi ni murah rezeki ye.... Aminnn.... Meh kita tengok resepinya pulak....





Cornflakes Crunchy Cookies
Sumber : FB Tahrunnisah Jali
 
- 1 3/4cwn tepung gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200g butter (suhu bilik)
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor


Cara-Cara
  1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor
  2. Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder
  3. Gaul sebati
  4. Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt
  5. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
  6. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
  7. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah..






Tuesday, 20 June 2017

Biskut Lidah Kucing Tembikai




     Assalamualaikum semua.... Tadi aku share resepi almond london kan... Ni aku nak share biskut lidah kucing pulak. Kali ni aku buat versi buah tembikai... Menarik tak... Kalau resepi asal dia buat warna ombre. Aku ejas bagi jadi ala-ala warna buah tembikai pulak... Biskut lidah kucing ni rasanya fames masa dua tahun lepas kot... Masa tu ramai yang dok buat sekarang ni tak ramai sangat yang buat... Tapi masih ada la... So, kalau sapa ada lebihan putih telur tu boleh la cunba buat... Meh tengok resepi kat bawah tu...

 




Lidah Kucing Ombre
Sumber:Ria

C&P : Rahel

Bahan-bahan:
200g gula halus
250g butter
250g tepung gandum
5 biji putih telur (150cc/150ml)
1/2 st vanilla

bijan hitam

Cara membuat:
  1. Panaskan oven pada suhu 165'C dan oles loyang dengan marjerin/butter.
  2. Pukul gula,butter dan vanilla sampai lembut dan berwarna pucat.Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain,pukul putih telur sampai kaku/soft peak.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter dan gaul rata.
  5. Masukkan putih telur yang sudah kaku ke dalam adunan tepung,gaul rata dengan spatula. Adunan dibahagi tiga,beri pewarna hijau, merah dan kosong.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag,gunting hujungnya,paipkan ke Loyang lidah kucing. Mulakan dengan warna hijau sebanyak 4 baris, diikuti putih 2 baris. Selebihnya warna merah. Tabur bijan hitam pada bahagian merah sebagai biji tembikai.
  7. Bakar dalam oven selama 25 minit.


Almond London



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Sihat ke....? Harap-harap pakat sihat-sihat belaka lah yer... Maklum la dah nak dekat raya ni kena jaga kesihatan.... Nanti time raya demam pulak.... Kuih raya macam mana...? Dah mula buat ke...? Aku baru siap semuanya tengahari tadi... Bila dah siap semua ni baru la sempat aku nak update resepi kat blog aku ni... Untuk resepi biskut raya pertama ni aku nak share resepi almond london.... Teringat masa dulu-dulu... Ni la biskut yang paling sedap aku makan... Maklum la, biskut yang ada badam ni pastu salut pulak dengan coklat mestila sedap.... Resepi ni aku dah buat tiga tahun berturut-turut... Tak pernah cuba lagi resepi lain.... Kiranya resepi wajib tiap kali nak raya lah yer... Ok la, meh tengok resepinya....
 



Almond London
Sumber:Nizamadey

C&P : Rahel
Bahan:(150 biji)


250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
  1. Pukul mentega, telur dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam.Kacau.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  5. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
  6. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler. Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.
Selamat mencuba.



Friday, 1 July 2016

Biskut Bangkit Cheese



   Assalamualaikum.... Ni adalah kuih traditional yang dah jadi moden sebab dah tambah cheese.... Memang sedap baq hang... Lemak-lemak masin, cair dalam mulut... Tak dapat nak bayang... Satu ja aku nak bagitau, biskut ni akan kembang tau... Baik jarak-jarakkan. Kalau tak mesti melekat.... Rasanya ni pun biskut yang last aku share kat sini... Kalau ikutkan ada lagi tiga jenis... Tapi rasanya lain kali la aku share... Tambah-tambah biskut samperit aku yang kembang setaman... Salah tang mana tak tau la... Padahal dah dua kali aku buat sebelum ni... Tahun ni buat tak mau jadi pulak... Sedih-sedih... Nanti kena cuba lagi laa... Tapi aku ni bukan boleh kira, kalau rajin ada la resepi aku share lepas nii... Apa-apa pun selamat hari raya....Maaf zahir & batin...




Biskut Bangkit Cheese
Resipi : Diana FRD
Sumber : AlongRoz@HomeKreation

C&P : K1

Bahan-bahan
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam - K1 tk letak
70g Parutan Keju Cheddar
Parutan Keju - utk hiasan


Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan pukul sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga sebati.
  3. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
  4. Susun di dalam loyang yang bergris, sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan parutan keju di atasnya.
  5. Bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 15-20 minit.


Thursday, 30 June 2016

Biskut Suji Almond



   Assalamualaikum semua... Seperti yang dijanjikan tadi, aku kata nak share resepi biskut kan... Haaa.... Ni dia... Mudah saja biskut ni... Tapi rasanya tak akan mengecewakanlah... Tudiaa.... Kebanyakan tahun ni aku buat biskut yang mudah-mudah jaa... Tak macam tahun-tahun sebelom ni... Tahun ni kurang rajin sikit nak kelebek-kelebek biskut ni... Kalau boleh nak buat yang gentel-gentel ja... Pastu tak mau yang guna bahan-bahan yang banyak. Nak jimat kos katakan... Ye la, la ni semua harga barang dah naik... Kena jimat-jimat sikit.... Ok lah, meh kita tengok resepi biskut raya niii....




Biskut Suji Almond
Resipi : Chef Zubaidah

C&P : K1

Bahan-bahan
150gm mentega
30gm minyak sapi
80gm gula kaster
1/2 tsp esen vanilla
50gm serbuk badam
60gm tepung suji
220gm tepung gandum
1/4 tsp serbuk penaik

Hiasan : Kuning telur dan badam nib


Cara-cara
  1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
  3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat.
  4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
  5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.


Wednesday, 29 June 2016

Tart Blueberry Cheese



    Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Dah dekat nak waktu berbuka puasa dah ni... Alang-alang dok tunggu, boleh la aku update resepi dulu kan.... Ni adalah salah satu biskut raya yang aku buat... Selalu buat tart nenas biasa tu, tapi kali ni buat yang inti blueberry pulak... Bukan apa, ada lebihan inti blueberry masa buat tart rosalinda sebelum ni... Kalau simpan lama-lama kompem sampai tarik luput. Pastu masuk tong sampah... Kan membazir.... Ok la, jom tengok resepinyaaa...



Tart Blueberry
C&P : K.Nor

Bahan-Bahan
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum
inti blueberry secukupnya
1 sudu teh perisa/esen blueberry
pewarna purple (lebih kurang 1 sudu teh)
** bila ditambah esen dan pewarna ni, adunan jadi lembik sket so tambah la tepung ya.. lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan tpg gandum

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Bahan taburan
parutan cheese secukupnya


Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur, garam, esen blueberry dan pewarna purple. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  5. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  6. Buat la cam biasa (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur dan tabur parutan cheese )
  7. Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
  8. Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


Monday, 8 February 2016

Tart Nenas Rosalinda Dan Selamat Tahun Baru Cina



     Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Hmmmm... Macam mana nak mula ye.. Ntah la... Sekarang ni mood nak update blog selalu hilang... Yang ada penyakit MALAS jer.... Pening-pening... Apa-apa pun aku gagah juga... Kita lawan penyakit malas tu... Maka jadila biskut ni... Nampak cun tak...? Ok la kan... Tangan ni bukannya berseni sangat... Nak menghadap biskut ni pun jemu...Nak lukis satu-satu... Nasib baik aku buat separuh adunan... Dulu pernah buat sekali masa hari raya... Kali ni sempena Tahun Baru Cina gigih la aku buat... Konon-konon satu Malaysia... Huhuu... Kalau nk tengok versi satu lagi, klik kat sini. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya...




Tart Nenas Rosalinda
C&P : Kak Wan


Bahan-bahan
250gm mentega
40 gm gula kaster
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
Jem Nenas Siapguna boleh di beli di pasaraya gentel bulat



Cara-cara
  1. Satukan mentega, susu pekat dan gula, pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang diayak. uli hingga adunan tidak melekat di jari.
  3. Canai antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang di sukai. Letak jem nenas di tengahnya.
  4. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 1520 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
  5. Untuk menghias, picit royal aising putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit bentuk bunga kecil, picit royal aising hijau untuk daun.



Royal Aising

1 biji putih telur
1 cawan gula aising ayak
1 sudu teh jus lemon
pewarna hijau & merah
Nozzle daun, nozzke no1 utk bunga dan piping bag


Cara-cara
  1. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula aising dan jus lemon, putar hingga sebati dan kental.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang diingini, satu warna asal dan 2 bahagian lagi untuk daun dan bunga. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air hingga boleh di picit dengan nozzle.