Friday 23 September 2022

Lotus Biscoff Brownies

Lotus Biscoff Brownies



        Assalamualaikum semua.... Buat apa petang-petang ni. Kalau tak buat  apa boleh la cuba buat biscoff brownies ni. Brownies ni aku buat dua minggu lepas. Kalau tanya ada lagi ka...? Memang dah lincin laa... Rasa brownis ni sedap jugak. Yang penting guna cip coklat semi sweet. Kalau tak nanti brownis ni rasa manis sangat... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.... 

Lotus Biscoff Brownies


Lotus Biscoff Brownies


200 gm dark chocolate
1/2  cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
3 biji telur
1/4 sudu teh garam ( xperlu kalau guna salted butter )
1 sudu teh vanila
1/2 cawan tepung naik sendiri ( diayak )
1/4 cawan serbuk koko ( diayak )
150gm cip coklat ( semi sweet untuk kurangkan manis )
100gm lotus biscoff
Biscoff spread secukupnya


Cara-Cara
  1. Double boil dark chocolate dengan butter. Sejukkan.
  2. Campur gula kastor, gula perang dan telur. Pukul hingga kembang menggunakan whisk ( tak perlu guna mixer )
  3. Bila campuran gula dan telur kembang, masukkan coklat cair tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko yang telah diayak. Kaup balik hingga sebati.
  5. Masukkan cip coklat dan biscoff. Gaul sebati ( sekejap sahaja ).
  6. Sediakan loyang saiz 8x8. Sapu loyang dengan butter. Alas dengan baking paper. Masukkan adunan brownies dan ratakan dengan cara menghentakkan loyang dua kali.
  7. Letakkan beberapa tompok sapuan biscoff dan lorek untuk mendapatkan corak.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit atau sehingga masak. Tunggu brownies sejuk sebelum diterbalikkan dan sedia untuk dipotong dan dihidang.

Lotus Biscoff Brownies

Sunday 18 September 2022

Nasi Kari Kambing Adabi

Nasi Kari Kambing Adabi


     Assalamualaikum semua... Dah makan ka belum... Ni aku nak share resepi nasi pulak. Nasi ni aku namakan nasi kari kambing Adabi sebab nasi ni guna kari kambing dalam tin dari Adabi. Sebelum ni aku cuba dah resepi daging kurma Adabi. Ni try versi kari pulak... Boleh tahan jugak rasa nasi ni. Tapi yang tak bestnya lauk sikit... Hahahaa.... Nasi ni ganding pulak dengan acar memang mantap rasa dia. Kalau ada sapa-sapa nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni. Selamat mencuba...
 
 

Nasi Kari Kambing Adabi



Nasi Kari Kambing Adabi

2 tin kari kambing Adabi
2 cawan beras biasa atau basmathi ( kalau basmathi rendam 30 minit & toskan )
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih  dihiris
1 inci halia dihiris
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan disimpul
1 tangkai daun kari
1 biji tomato ( optinal ) belah 4
 2 sudu minyak sapi atau butter atau minyak masak


Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi / butter / minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan  dan juga daun kari  sampai naik bau.
  2. Masukkan 2 tin kari kambing Adabi dan kacau sebati, lalu masukkan tomato jika ada. Kacau sekejap dan masukkan sedikit garam atau kiub pati daging.
  3. Masukkan beras, kacau perlahan-lahan biar rata sebab takut daging hancur dan kemudian masukkan air. Air nak masukkan lebih sikit sahaja dari paras beras. Masak seperti biasa. Kalau guna periuk elektrik maka tekan ON. Kalau pakai periuk biasa maka masak guna api sederhana. Dah kering perlahankan api sekejap sampai betul masak
  4. Bila sudah masak boleh makan bersama acar.


Nasi Kari Kambing Adabi


Acar Timun, Nenas & Lobak Merah
 
1 batang timun
1 batang lobak merah ( diparut )
1 biji nenas
1 batang cili merah
3 batang cili padi ( nak pedas lebihkan )
1 labu bawang besar
2-3 sudu gula
garam
cuka


Cara-cara
  1. Potong timun, nenas, cili merah, cili padi dan bawang besar.
  2. Satukan bahan yang dipotong tadi dalam satu bekas termasuk dengan lobak merah.
  3. Perasakan dengan gula, garam & cuka. Gaul sebati.
  4. Simpan acar dalam peti sejuk sebelum dihidang dengan nasi kari kambing Adabi.

 Nasi Kari Kambing Adabi

Wednesday 14 September 2022

Chocolate Snow Cheese Cake

Chocolate Snow Cheese Cake



     Assalamualaikum semua.... Petang ni aku nak share resepi kek lagi... Kek ni kek coklat. Pastu salut pulak dengan fresh cream campur dengan cream cheese. Pastu hias dengan parutan cheddar cheese... Maka jadilah chocolate snow cheese cake... Ikutkan aku pun tak tau nak bubuh nama apa kek ni... Tapi bila ingat balik zaman dok rajin update blog dulu ada kek ala-ala macam ni. Tapi kek dia macam kek span tapi salut seluruh kek dengan parutan cheddar cheese jugak laa... So, aku pun boh la nama macam tu... Boleh la kan... Kek ni kecik ja... Saiz 6 inci... Kalau nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu....


Chocolate Snow Cheese Cake



Chocolate Snow Cheese Cake

Kek Coklat

Bahan A
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu cair

Bahan B
2 biji telur
1sudu teh esen vanilla

Bahan C
1/2 cawan + 1/8 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat


Cara-cara
  1. Satukan Bahan A dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Ketepikan.
  2. Pukul Bahan B hingga kembang selama 1-2 minit. Satukan dengan Bahan A.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak kedalam adunan coklat. Kaup balik sehingga sebaati.
  4. Bahagi adunan sama banyak dan tuang ke dalam 2 loyang bulat 6 inci yang telah di alas baking paper.
  5. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak pada suhu 160C ikut suhu oven masing-masing.


Chocolate Snow Cheese Cake



Chocolate Mousse

200 ml non-dairy whipping cream
100 gm dark chocolate
30 ml susu segar
15 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar air panas + 2/3 sudu teh gelatin ( larutkan )
 
 
Cara-Cara
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Larutkan sepenuhnya gelatin dan ketepikan.
  2. Didalam mangkuk, masukkan susu, gula dan kuning telur dan kacau sebati. Gunakan kaedah double boiler juga dan kacau adunan sehingga kembang sedikit dan adunan menjadi suam.
  3. Keluarkan dari double boiler dan sambung pukul sehingga menjadi kembang.
  4. Masukkan adunan telur dan larutan gelatin kedalam adunan coklat dan gaul rata.
  5. Dalam mangkuk lain, masukkan non-dairy whipping cream dan putar sehingga kembang. Masukkan whipping cream kedalam adunan  coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.


Chocolate Snow Cheese Cake



Cream Cheese Frosting

200 ml non-dairy whipping cream
125 gm cream cheese
1 sudu besar susu pekat manis
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese dengan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan non-dairy whipping cream dan putar sehingga kembang.
  3. Satukan non-dairy whipping cream dengan adunan cream cheese dan kaup balik sehingga sebati.
  4. Sedia digunakan
     

 

Chocolate Snow Cheese Cake

 
 
Cara Melapis Kek

Cheddar cheese secukupnya ( diparut )

  1. Kek yang telah masak dan sejuk dipotong kepada dua bahagian.
  2. Letak satu lapisan kek atas papan kek dan paipkan chocolate mousse. Ratakan. Kemudian letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan terakhir kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekejap supaya cream set sepenuhnya.
  3. Keluarkan kek dan salut keseluruhan kek dengan cream cheese frosting. Kemudian hias seluruh kek dengan parutan cheddar cheese.
  4. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.



Chocolate Snow Cheese Cake

Sunday 11 September 2022

Cheesecake Chocolate Indulgence

Cheesecake Chocolate Indulgence


      Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni aku nak share satu lagi resepi dari FB Mr. Ali. Sebelum ni aku buat kek batik biscoff. Kali ni aku buat cheesecake pulak. Kalau nak buat cheesecake ni agak mencabar jugak sebab tak guna gelatin. So, kena biarkan betul-betul set baru boleh potong. Memang kena biar semalaman atau satu hari jugak la... Aku biar semalaman pun agak lembik bila biar dok dalam suhu bilik ni... Lepas ni kalau nak buat aku rasa kena tambah larutan gelatin untuk bagi dia kukuh... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah  tu... Byeee....

Cheesecake Chocolate Indulgence


Cheesecake Chocolate Indulgence
C&P : Mr. Ali

 
OREO CRUST
 
100 g oreo crust ( satu packet oreo buangkan krim dulu. Nk hancur dengan krim sekali pun boleh tapi manis sikit )
40 g butter yg dicairkan
 
 
Cara-cara 
  1. Hancurkan oreo halus2 lepas tu campurkan dengan butter yg dicairkan. Gaul2 masukkan dalam loyang bulat 7 inci. Ratakan. ( nk tebalkan lapisan oreo tambah lagi oreo n butter ok) 
  2. Dah ratakan letak dalam peti sejuk 30 minit
 

Cheesecake Chocolate Indulgence



LAPISAN CHEESECAKE CHOCOLATE
 
125 g dark chocolate
250 g cream cheese
125 g whipping cream
33 gram gula kastor
1 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil vanila essence
 
 
Cara-cara
  1. Cairkan dark chocolate dengan kaedah double boiler. Dah cair biar sejuk kejap.
  2. Pukul cream cheese. Dah agak2 seminit dua, masukkan gula kastor, susu pekat manis, dan vanila essence. Pukul sampai sebati
  3. Lepas tu masukkan dark chocolate yg dicairkan tadi dalam adunan cream cheese tu.. Gaul pakai spatula pun xpe. Gaul sampai sebati.
  4. Kemudian pukul pula whipping cream sampai kental.
  5. Masukkan whipping cream yg dah dipukul tadi dengan adunan cream cheese + coklat tadi.
  6. Gaul sampai sebati dan tuangkan keatas lapisan oreo crust tadi. Sejukkan dalam 30 minit lagi.
 

Cheesecake Chocolate Indulgence



CREAM CHEESE ( INDULGENCE)

250 g cream cheese
125 g whipping cream
33 gram gula kastor
satu sudu kecil essen vanila
 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, gula dan esen vanila dan pukul dalam 3 minit.
  2. Kemudian masukkan whipping cream.
  3. Gaul sampai sebati.
  4. Tuangkan keatas lapisan cheesecake chocolate tadi.
  5. biarkan sejuk dalam 30 minit
 
 
 Cheesecake Chocolate Indulgence




CHOCOLATE GANACHE
 
125 g dark chocolate
125 g whipping cream
1 sudu mentega
 
 
Cara-cara
  1. Satukan dark chocolate dan whipping cream. Cairkan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukkan mentega dan kacau pelan2 atas api yg perlahan.
  3. Dah agak2 pekat dan texture nampak creamy n berkilat boleh tutup api
  4. Biarkan dalam 10 minit baru tuang keatas lapisan indulgence tadi.
  5. Sejukkan semalaman ( sbb ni non-bake wajib semalaman)


Cheesecake Chocolate Indulgence

Saturday 3 September 2022

Kek Batik Biscoff

Kek Batik Biscoff

      
       Assalamualaikum dan selamat petang semua... Seperti yang dijanjikan, hari ni aku share satu lagi resepi kek yang menggunakan bahan-bahan dari biscoff... Kek ni sangat mudah nak buat, tak perlu oven tapi memerlukan kerajinan saja... Hahahaa.... Selain itu kek ni agak makan modal jugak kalau nak buat. Tu yang bahagian kek batik tu aku letak 100gm ja biskut biscoff. Selebihnya aku latak biskut marie.... Tapi kalau ada modal lebih boleh ja letak kesemua biskut biscoff tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....



Kek Batik Biscoff


Kek Batik Biscoff
Loyang bulat 7 inci


Lapisan Kek Batik Biscoff
300 gram biskut biscoff , kalau takde or nak kurangkan bajet pakai je 300 gram biskut marie ( aku guna 100gm biskut biscoff & 200gm biskut marie )
130 gram butter
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan biscoff spread
3/4 cawan fresh milk atau full cream milk
 
 
Cara-Cara
  1. Cairkan 130 gram butter atas kuali. Butter pastikan suhu bilik ya. Api perlahan.
  2. Bila dah cair sepenuhnya , sila TUTUP API & masukkan susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan biscoff spread.
  3. BUKA API, PERLAHAN SAHAJA API TU, dan kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan pekat. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Sampai warna sos tu sekata dan tiada ketul2. Kalau ketul ketul halus tidak mengapa.
  4. Dah sebati TUTUP API, biarkan dalam 2 minit baru masukkan 300 gram biskut biscoff yg dipatahkan kecil kecil. Kalau tak nak pakai biskut biscoff boleh pakai biskut marie sahaja.
  5. Gaul sebati. Dah sebati dengan biskut, terus masukkan kedalam loyang. Mampatkan. Setkan dalam peti sejuk bahagiam chiller biasa tu dalam sejam

 

 

Kek Batik Biscoff



Lapisan Biscoff Mousse
250 gram cream cheese
50 gram biscoff spread.
20 gram gula icing
160 gram dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing
 
 
Cara-Cara
  1. Putar 250 gram cream cheese selama 2- 3 minit ( pastikan cream cheese sudah berada pada suhu bilik
  2. Kemudian masukka 50 gram biscoff spread, dan 20 gram gula icing. Sambung putar dalam 2-3 minit sehingga sebati. Dah sebati ketepikan sekejap.
  3. Pada bowl yang lain putar 160 gram dairy whipping cream dan 1 sudu makan gula icing sehingga kental. Kental means bila kita angkat cream, cream tak jatuh. So stop beat. Kena hati hati jika sambung beat even cream dah kental elok terus akan jadi overbeat. Hati hati
  4. Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yg diputar kental tadi sehingga sebati. Dah sebati je stop kaup.
  5. Isikan mousse tadi keatas lapisan kek batik yang telah kita setkan. 
  6. Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller biasa. 
 
 

Kek Batik Biscoff


Topping Biscoff
130 gram biscoff spread yang dicairkan
 
 
Cara-Cara
  1. Cairkan 130 gram biscoff spread. Dah cair , off api, biar dalam 10 minit, baru tuang atas lapisan mousse tadi.
  2. Setkan semalaman, potong cantik cantik.. dah boleh makan

Kek Batik BiscoffKek Batik Biscoff