Assalamualaikum semua... Dah makan ka belum... Ni aku nak share resepi nasi pulak. Nasi ni aku namakan nasi kari kambing Adabi sebab nasi ni guna kari kambing dalam tin dari Adabi. Sebelum ni aku cuba dah resepi daging kurma Adabi. Ni try versi kari pulak... Boleh tahan jugak rasa nasi ni. Tapi yang tak bestnya lauk sikit... Hahahaa.... Nasi ni ganding pulak dengan acar memang mantap rasa dia. Kalau ada sapa-sapa nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni. Selamat mencuba...
Nasi Kari Kambing Adabi
2 tin kari kambing Adabi
2 cawan beras biasa atau basmathi ( kalau basmathi rendam 30 minit & toskan )
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan disimpul
1 tangkai daun kari
1 biji tomato ( optinal ) belah 4
2 sudu minyak sapi atau butter atau minyak masak
Cara-cara
- Panaskan minyak sapi / butter / minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan dan juga daun kari sampai naik bau.
- Masukkan 2 tin kari kambing Adabi dan kacau sebati, lalu masukkan tomato jika ada. Kacau sekejap dan masukkan sedikit garam atau kiub pati daging.
- Masukkan beras, kacau perlahan-lahan biar rata sebab takut daging hancur dan kemudian masukkan air. Air nak masukkan lebih sikit sahaja dari paras beras. Masak seperti biasa. Kalau guna periuk elektrik maka tekan ON. Kalau pakai periuk biasa maka masak guna api sederhana. Dah kering perlahankan api sekejap sampai betul masak
- Bila sudah masak boleh makan bersama acar.
Acar Timun, Nenas & Lobak Merah
1 batang timun
1 batang lobak merah ( diparut )
1 biji nenas
1 batang cili merah
3 batang cili padi ( nak pedas lebihkan )
1 labu bawang besar
2-3 sudu gula
garam
cuka
Cara-cara
- Potong timun, nenas, cili merah, cili padi dan bawang besar.
- Satukan bahan yang dipotong tadi dalam satu bekas termasuk dengan lobak merah.
- Perasakan dengan gula, garam & cuka. Gaul sebati.
- Simpan acar dalam peti sejuk sebelum dihidang dengan nasi kari kambing Adabi.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...