Thursday 9 May 2013

Kek Puding Karamel



    Salam semua.... Hari ni ada rasa macam nak makan kek tak...? Tapi teringin nak makan puding jugak... Hmmmm... Macam mana ni...? Tak kan nak buat dua-dua sekali...? Haaaaa.... Kita buat la kek puding karamel.... Kali ni aku cuma buat adunan kecik sikit, selalu buat 8x8. Kalau buat yang tu lambat sikit nak habis... Untuk resepi ni aku guna loyang 6 1/2 x 6 1/2 inci. Untuk bahagian puding tu lembut sikit, mungkin lepas ni kena kurangkan susu cair. Kalau ada yang teringin nak buat boleh la cuba resepi kat bawah ni...





Bahan-Bahan [ loyang 6 1/2'' x 6 1/2'' ]

Bahan A [ karamel ]
-40 gm gula kastor

Bahan B [ puding ]
-3 biji telur
-1 tin susu cair
-50 gm gula kastor
-1 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan C [ kek ]
-100 gm gula kastor
-100 gm tepung gandum*
-1 sudu kecil baking powder* diayak bersama
-1/2 sudu kecil cream of tartar
-4 biji putih telur
-4 biji kuning telur
-60 ml air masak
-40 ml minyak jagung
-coklat emulco, moca paste & pewarna kuning + esen vanila


Cara-Cara
  1. Bahan A : Buat karamel dalam loyang 6 1/2'' x 6 1/2''. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Bahan B : Campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi.
  3. Bahan C : Mula-mula buat meringue dengan 4 biji putih telur. Pukul hingga kembang dan masukkkan separuh gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan cream of tartar dan pukul hingga bertanduk. Ketepikan. Pukul kuning telur dengan baki gula kastor hingga gula hancur, kemudian masukkan air dan diikuti minyak. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan kuning telur. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  4. Bahagi kepada tiga bahagian sama banyak dan masukkan pewarna dan perasa.
  5. Senduk satu adunan dan tuang diatas adunan puding tadi pada bahagian tengah. Sentiasa letakkan adunan kek di tengah-tengah. Buat dengan warna lain sehingga habis.
  6. Masak menggunakan kaedah " Water Bath " iaitu loyang kek di masukkan kedalam loyang yang lebih besar kemudian masukkan air. Bakar selama 1 jam pada 150C [ ikut oven masing-masing ]. 50 minit pertama api bawah sahaja, 10 minit terakhir api atas dan bawah.
  7. Setelah masak buka pintu oven sedikit dan biar kek dalam oven lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkanya. Sejukkan dan simpan dalam peti sebelum dihidangkan....



Sungguh sedap dinikmati ketika dingin..
Mmmmm....

10 comments:

  1. dah lama tak makan dan buat.....nampak org buat lagilah brtambah-tambah keinginnan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ni pun sebab ramai yg dok tayang...
      tergugat jiwa...
      huhuhuu....

      Delete
  2. memang tergugat tgk kecantikkanya he heee
    tebal karemel tu bertambah sedap rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu bt karamel nipis...
      kali ni try yg tebal pulak....
      m'gancam hbissss...

      Delete
  3. dh lama akk x buat nie tau..bahan smua ada..kerajinan jew x dtg2 nie:)

    ReplyDelete
  4. salam,,kalau sukatan guna cawan camna plak yer,,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm...
      utk sukatn cwn sy blom prnh cuba lg...
      harap maaf yee...

      Delete
  5. Kalau nak kukus boleh x?sbb oven rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpasti boleh atau x sbb sy belum cuba buat versi kukus lg...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...