Salam semua... Hari ni cuma buat kek biasa atau kek asas. Kek mentega... Selalunya orang yang baru nak belajar buat kek tentu start buat kek mentega dulu, tak pun kek coklat. Untuk kek mentega ni dah lama jugak la tak buat.. Resepi ni aku dah buat dua kali. Sebelum ni aku buat kosong ja, tak letak pewarna pun. Kali ni aku buat marble sikit.... Resepi ni aku amek kat Cida, sini resepi asal dia. Kali ni kek aku berlaku rekahan maut kat tengah-tengah tu. Ni mungkin sebab aku dah menderhaka. Ye la, sebelom ni aku dah buat dah, tapi tak merekah la pulak... Heran jugak... Mesti balasan sebab menderhaka... Huhuhuuu... Mintak izin derhaka ye kak.... Rasa kek ni memang lemak-lemak berkrim sebab guna mentega berkualiti. Tekstur dia pun gebu. Memang sedap kalau buat untuk minum petang, pekena pulak dengan kopi O. Perhhh... Mabelesssss..... Kalau sapa nak try buat kek mentega ni boleh la tengok kat bawah ni....
Bahan-Bahan
-250 gram butter- aku guna pure butter jenama 5 star [ aku guna unsalted butter cap anchor ]
-200 gram gula kastor / 160 gram gula pasir (kisar halus jika guna gula pasir) [ aku letak 150 gm gula kastor ]
-250 gram tepung gandum
-6 biji telur
-4 sudu besar susu cair (dlm tin)
-2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
-1 sudu teh esen vanila
-kepingan badam / choc chip jika suka [ tak letak ]
-1/2 sudu teh coklat emulco [ aku tambah ]
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 160 darjah (ikut oven masing2- aku cuma guna api bawah shj) Pukul mentega + gula sampai kembang (leh nampak sedikit pucat dr sebelumnya) Masukkan esen vanila.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sblm masukkan telur ke2 dan seterusnya)
- Ayak tepung + baking powder masukkan sedikit2 kedalam adunan (bahagi agak2 utk 4 kali)- secara berselang seli ngan susu (1 bhgn tepung, diikuti 1 sudu susu air) Buat sampai abis matikan mixer. Kaco adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalo2 ada adunan yg tak sebati, sambung mixer sekejap je just utk sebatikan adunan...
- Masukkan choc chip (leh gak guna choc rice) (agak2 dlm 4 sudu) [ aku tak letak ] sebatikan guna sudip je [ aku asingkan lebih kurang 1 cawan adunan dan letak coklat emulco ]
- Griskan loyang [ aku guna loyang 7x7 ] ngan sedikit mentega atau leh guna kertas minyak pd montot loyang... X perlu sampai bungkus keliling loyang yuppp... Masukkan adunan dlm loyang [ aku tuang adunan kosong dulu, pastu aku tuang adunan coklat, buat tompok-tompok. Pastu boleh la marblekan ]
- Bakar selama 1 jam / sehingga kek masak. Sila uji guna lidi. Jgn buka oven sebelum 30 mnt pertama utk 15 mnt terakhir, aku tukar kpd api atas dan bawah utk garingkan permukaan kek... [ aku bakar 50 minit pada suhu 150c, 40minit pertama api bawah, 10 minit lepas tu api atas dan bawah ]
- sejukkan sebentar dlm 10 mnt sblm alihkan kek dari loyang...
Amek la sepotong...
Sekali cuba...
pasti nak lagi...
: )
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...