Tuesday 29 April 2014

Puding Coklat Sos Kastard



     Assalamualaikum.... Hari ni cuaca kat kampung ni panas sangat-sangat. Memang tak tahan dibuatnya... Berpeluh-peluh badan ni.. Dah la tu, tekak ni nak benda-benda yang sejuk ja... Apa kata kita sejukkan tekak kita dengan puding coklat yang sangat sedap ni.. Ditambah pula dengan sos kastard... Slurpppp... Sedap baq hiang... Hihihii... Satu cup ni pun tak cukup kalau sekali hadap... Kenapa tak cukup...? Sebab sedap la.. Huhuhuu.. Hilang la sat panas tuuu... Kalau nak, kena buat sendiri sebab yang ni dah habis dah.. Ok la, tak nak cakap banyak-banyak. Jom kita tengok resepinya... Terima kasih kepada penyumbang resepi ni...






PUDING COKLAT SOS KASTARD

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
-10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
-500 ml susu segar
-250 ml susu cair
-200 ml air
-3/4 cawan gula pasir
-3 sudu besar susu pekat
-3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
-2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
-2 sudu besar mentega
-1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
  1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan.
  2. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :

-2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
-3 sudu besar tepung kastard
-5 sudu gula pasir
-1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
  1. Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat.
  2. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu.
  3. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.



sejuk tekak


Sunday 27 April 2014

Kek Keju Cheese Crackers


    Assalamualaikum semua... Meh kita layan N3 tertunggak malam ni.. Untuk kali aku nak tayang cheese cake pulak. Cheese cake ni guna biskut cheese yang lemak-lemak masin tu... Tak sangka sedap cheese cake ni walaupun terasa masin-masin sikit... Berkali-kali ganda la lemak yang terkumpul kat perut tu... Huhuhuuu... Tak kisah la, lepas makan kita lompat-lompat sikit kasi lemak-lemak kat perut tu  hilang... Lepas tu boleh sambung makan balik... Hihihii... Smpai bila-bila la tak kempes perut tu... Tak kisah la, janji hati ceria kan... Lagi nampak ceria cheese cake ni bila letak biskut yang berwarna-warni tu... Lagi terasa ceria nak makan kek ni... Hihihii... Ok la, jom layan resepi sumbangan kak wan ni....





Kek Keju Cheese Crackers / Cheese Crackers Cheese Cake
C & P : Kak Wan

Loyang loose base tin 7"

Bahan-Bahan
-250gm krim keju
-100gm mentega
-40gm gula kaster
-125ml whipping cream / thickened cream - di pukul hingga kental
-2 sudu besar susu pekat manis
-100gm blueberry filling atau yang disukai
-160gm biskut cheese cracker (2 paket kecil)
-1/2 cawan susu segar - untuk merendam biskut

-1 sudu besar gelatin halal - brand Nur, Nona atau Kijang Emas 40ml air panas.
Cara : Masukkan air panas ke dalam mangkuk, tabur dengan gelatin, kacau hingga gelatin larut. Ketepikan.



Cara-cara :
  1. Pukul krim keju, mentega dan gula kaster hingga lembut dan licin. Masukkan susu pekat manis di ikuti blueberry filling dan gelatin. Putar hingga sebati. Kemudian kaup balikkan dengan whipping krim hingga rata.
  2. Celup biskut beberapa saat di dalam susu segar.
  3. Atur memenuhi dasar loyang.
  4. Ratakan adunan krim keju di atasnya.
  5. Ulangi menyusun dan melapis sehingga habis. Hias dengan kepingan biskut di atasnya.
  6. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Potong menggunakan pisau yang dicelup dengan air panas dan dilap.
  7. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.








Tuesday 22 April 2014

Blueberry Cheese Cake Meleleh



     Assalamualaikum semua.... Pepagi buta ni aku nak tayang satu dessert yang tengah hangat kat pasaran sekarang ni... Rasanya ramai orang yang dah jadi kaya dengan buat dessert ni sebagai perniagaan. Aku sebelom ni tak pernah buat lagi cheese cake meleleh ni. Yang pernah buat pun snow cheese cake... Kalau ikutkan memang tak jauh beza pun resepi ni. Cuma yang bezanya tang krim tu bagi meleleh atau nampak cair.... Ada satu hari tu jalan-jalan kat pasaraya aku nampak orang jual cheese cake meleleh ni. Bila tengok teringin la pulak. Aku soh anak buah aku pilih. Dia amik perisa tiramisu, tapi mak dia yang bayar. Hihihii... Berbalik pasal cheese cake meleleh tu, rasa biasa-biasa ja. Macam dia dah kurangkan bahan la pulak. Harga pun boleh tahan mahal jugak kalau nak bandingkan dengan kuantiti kek tu... Disebabkan rasa kecewa, aku pun buat la sendiri. Makan pun puas. Boleh tambah macam-macam lagi... Untuk resepi ni aku tambah blueberry topping untuk bagi lagi umphhh... Kalau nak cuba boleh la tengok resepi kat bawah tu...










Blueberry Cheese Cake Meleleh
Sumber : Cheese Cake Meleleh ( Rahel, Narimah Abd Rahman dan Shakila Ab Rashid )

Kek:
-100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
-60g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100g gula kastor
-4 biji telur
-2 biji kuning telur
-50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-1 sudu teh blueberry paste
-beberapa titik pewarna ungu
-75g mentega cair


Cara:
  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
  2. Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
-250g cream cheese
-120g susu pekat manis
-50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan diatas hingga sebati,adunan ini memang cair
*Tambah sedikit susu segar supaya cream cheese lebih cair


Untuk hiasan:
-1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
-blueberry topping ( cairkan dengan sedikit air panas )


Cara penyediaan:
  1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping. Potong mengikut bekas yang ingin digunakan.
  2. Letak sekeping kek ke dalam bekas. Tuangkan cream cheese. Ratakan blueberry topping dan tuang semula cream cheese. Letak semula sekeping kek lagi dan tuang lagi cream cheese. Parutkan cheddar cheese di atas kek.
  3. Atau, letak sekeping kek ke dalam bekas yang sesuai. Tuangkan cream cheese. Ratakan blueberry topping dan tuang semula cream cheese. Parutkan cheddar cheese di atas kek.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan...











Thursday 17 April 2014

Cheezy Layer



      Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni aku nak kongsi satu resepi dessert yang sangat senang dan sangat la sedap. Tak payah nak masak pun. Cuma guna mixer ja untuk mix adunan cheese tu... Lagi pun cuma guna biskut marie je... Pilih la biskut marie kesukaan anda untuk buat dessert ni... Untuk resepi ni aku copy dari cida . Resepi yang dia tunjuk tu buat dalam cup saiz comel-comel. Tapi aku letak dalam gelas sebab nak bagi nampak elegant sikit... Elegant la sangat... kuikuikuiii.... Percubaan pertama ni aku cuma buat tiga rasa dulu iaitu kiwi, oren dan lemon. Antara ketiga-tiga rasa tu aku paling suka lemon. Entah la pasai apa sedap, mungkin gandingan lemon dan cheese ni memang dah serasi kot... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah tu...





Cheezy Layer
Sumber : Cida

-250 g cream cheese
-150 g susu pekat manis
-250 g dairy whiping cream (UHT)
-1 peket biskut marie
-cup secukupnya
-1 cawan fresh milk


Cara-Cara:
  1. Pukul cream cheese hingga kembang kemudian maukkan susu pekat. pukul sebati pastu masukkan whiping cream
  2. Cara lapis: adunan cheese --> filling --> biskut marie (celup susu tp jgn sampai lembik..jap je) --> adunan cheese --> filling --> biskut marie --> adunan cheese --> akhir- lorekkan filling. Untuk lapisan ni boleh buat sebanyak mana yang boleh selagi bekas tu muat...
  3. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan










Tuesday 15 April 2014

Oreomisu



     Assalamualaiku dan salam sejahtera semua... Malam ni kita layan N3 yang tertunggak dengan sesuatu yang sangat sedap kat mulut aku ni bila nikmatinya... Kali ni aku dah mengolah satu resepi asas tiramisu yang dah bertukar menjadi oreomisu. Idea ni dapat masa dok usha kat blog Aneesah's Hideaway. Cam best ja tengok oreomisu yang dia buat. Ye la, selalunya tiramisu buat guna bistu lady finger tu kan... Tapi yang ni guna biskut oreo, lagi la class... Kalau tanya rasa oreomisu ni kan, rasanya macam aiskrim oreo pun ada. Memang sedap... Gandingan yang mantap antara biskut oreo dan mascarpone cheese. Walaupun mascarpone cheese tu mahal, tapi tetap berbaloi. Kalau nak guna cream cheese pun boleh... Selamat mencuba...








Oreomisu
Olahan dari : Aneesah's Hideaway

Bahan-Bahan
-250gm mascarpone cheese
-250 gm uht whipping cream
-50gm gula kastor
-1 sudu besar gelatin halal
-40ml air
-1/3 cawan susu segar
-1 pek oreo ( 137g )
-1/2 sudu esen vanila

Cara-Cara
  1. Cairkan gelatin bersama air. Biarkan mengembang. Panaskan secara double boiler sehingga semuanya cair. 
  2. Asingkan biskut oreo dan krimnya. Ketepikan.
  3. Satukan mascarpone cheese, krim oreo, gula dan esen vanilla. Pukul hingga lembut dan berkrim. Masukkan gelatin dan putar sebati.
  4. Kemudian masukkan uht whipping cream dan putar seketika sehingga sekata.
  5. Sediakan loyang springform bersaiz 6''.
  6. Celup biskut oreo dalam susu segar dan susun dalam loyang.
  7. Ratakan cream cheese dan ulang langkah 6 hingga habis.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari loyang dan tabur dengan serbuk oreo. Hias ikut suka....





Friday 11 April 2014

Terima Kasih Kongsi Resepi



    Asalamualaikum semua... Hari ni tak ada N3 pasal resepi.. Tapi ada berkaitan resepi jugak... Iaitu pasal kongsi resepi. Kongsi resepi ni adalah satu website untuk bloger-bloger masakan berkongsi masakan. Kalau tak nak kongsi resepi, kita juga boleh cari resepi kat situ...

   Tujuan aku tulis N3 ni adalah untuk menyatakan berbanyak terima kasih kepada kongsi resepi sebab dengan adanya website tersebut aku dapat meningkatkan pelawat blog aku ni. Aku ingat lagi masa mula-mula start buat blog dulu. Dalam sehari ada la sorang dua yang mai melawat blog aku ni... Hmmm.... Sedih la jugak... Tapi bila dah mula join kongsi resepi ni, alhamdulillah, pelawat pun mula bertambah. Dari sorang dua meningkat ke tiga empat puluh orang... Dan sekarang ni dah meningkat ke angka ratus jugak la pelawat dalam sehari... Walaupun tak sampai beribu, tapi amat bermakna bagi aku...

   Akhir kata kalau ada bloger-bloger masakan yang baru nak mula ber''bloging'' anda boleh la daftar kat Kongsi Resepi... Kalau nak lawat Facebook Kongsi Resepi pun boleh jugak.. Apa-apa pun terima kasih kongsi resepi sebab dah buat blog aku ni glamor... glamor ke...? hihihii....



Thursday 10 April 2014

Sawdust Pudding



    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Agak lama jugak la aku tak mengupdate blog aku ni... Untuk bulan April ni aku mulakan dengan resepi dessert yang sangat mudah dan ringkas sekali... Nama resepi kali ni sawdust pudding atau serradura. Resepi ni aku copy dari sonia. Kata sonia resepi ni fames kat Macau. Dah tak yah nak pi sana la kalau nak rasa puding ni... Meh kita buat sendiri. Bukan payah mana pun... Rasanya kalau nak sedap lagikan, setiap layer tu kena buat nipis-nipis... Aku ni tak berapa rajin... Hihihii... Tu yang nampak tebal... Apa pun memang sedap sawdust pudding ni... Kalau nak try sendiri boleh la tengok resepi kat bawah tuu...






Sawdust Pudding 

Ingredients
-200ml dairy Whipping cream
-40g Marie biscuits
-45g Condensed milk ( not sweet enough, I will increase next time)
-1tsp vanilla extract ( I use homemade vanilla extract)


Method
  1. Crush Marie biscuits finely in a food processor (you can bash-it-in-a-Ziploc-with-rolling-pin method if you don’t own a food processor).
  2. Whip whipping cream to soft peaks over a larger bowl filled with ice cubes and water. Add vanilla extract and condensed milk (Suggests you add 2/3 first, taste, then add more if it needs sweetening). Continue whipping until stiff peaks.
  3. Transfer the cream into a piping bag. (fitted with a plain 1 or 2 cm nozzle)
  4. Place a layer of biscuit into your vessel (individual moulds, mousse rings or cups) and pipe a layer of cream on top. Repeat until vessel is filled. (Suggests that don't put too much biscuit, or the cream will adhere to only the top bits and the dessert will look messy)
  5. Chill in the freezer for two hours. When serving, leave it out for a bit (around 10 minutes) for it to soften.