Showing posts with label Bingka. Show all posts
Showing posts with label Bingka. Show all posts

Saturday, 23 November 2019

Bingka Labu Lemak Manis



       Assalamualaikum semua.... Lamanya aku dah tak update kat sini... Bukan apa, kurang rajin sikit.... Hihihiii.... Aku bukan dah tak membaking lagi, ada jugak. Cuma tak sempat nak update ja.... Kalau rajin, aku update la yer resepi lama-lama tu.... Ok, berbalik pada resepi hari ni, aku ada buat bingka labu untuk makan petang tadi... Alhamdulillah, sedap rasa bingka labu ni... Berbaloi aku buat... Resepi ni aku cedok kak blog kak yatie... Tima kasih ye kak... Untuk buah labu tu mak su aku bagi kat mak aku. Mak aku masak sayur lemak manis... Tapi aku tak berapa berkenan.... So, jadi la bingka ni... Kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah tu....




Bingka Labu Lemak Manis
C&P : Kak Yatie

BAHAN-BAHAN- loyang bulat 9 inci

2 biji telur
2 cwn santan ( santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 150C ikut oven masin-masing, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati
kesedapannya.



Monday, 20 May 2019

Bingka Cheese Sarawak




     Assalamualaikum semua.... Banyak hari aku tak update blog ni... Kalau nak ikutkan, aku nak update resepi tiap-tiap hari masa bulan ramadhan ni... Tapi apakan daya,  mood tak berapa nak rajin... Disebabkan hari ni terlebih rajin, maka jadi la bingka cheese serawak ni... Dengar nama pun dah menarik kan... Ni belum cuba rasa la... Kompem tergoda punya.. Bingka cheese sarawak ni tak macam bingka yang biasa-biasa tu... Nak buat renyah sikit sebab nak kena masak agar-agar. Pastu nak campur dengan adunan tepung pulak... Tak macam bingka biasa tu. Paling mudah masuk semua bahan dalam blender, pastu blend sampai sebati, tuang dalam loyang & bakar... Bahan-bahan pun mahal sikit... Yela guna cheese... Mesti la mahal... Kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah... Oh ya, lupa nak bagi tau. Aku guna loyang 7x7 inci... Ok la bye...

 



Bingka Cheese Sarawak
C&P : hasue

Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B
250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon


Cara2
  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
  2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
  3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
  4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
  6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
  7. Selamat mencuba.. ^_^


Monday, 30 December 2013

Bingka Roti Pandan Bakar



   Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Nampak gayanya kita dah sampai ke hujung tahun 2013. Tinggal satu hari lebih lagi nak masuk tahun 2014... Lepas ni kena pasang hajat baru la untuk tahun depan. Yang tak tertunai ni kita bawa la kedepan lagi... Huhuhuu...  Disebabkan dah nak masuk tahun baru, aku pun kasi cuci la draft ni sikit... Update mana-mana resepi yang tak sempat publish tu... Cuma tinggal satu ni ja.. Pada hal dah buat lama mana dah... Bingka ni sangat senang nak buat... Rasa pun sedap.. Kalau nak sedap makan masa suam-suam tu... Bahagian atas tu bagi garing sikit... Baru ada umphh... Hehehehee... Resepi ni aku amek dari kak roz. Dia ubah dari kuih bakar jadi bingka pandan. Cuma tukar tepung kepada roti keping... So, kalau ada yang nak buat makan petang ni boleh la try la ni... Jom kita tengok resepinya...






Bingka Roti Pandan Bakar
Adapted from MR_Joayee Kuih Bakar
Saiz: 8" persegi

Bahan-Bahan
-1 cwn Gula
-1 cwn Santan
-2 1/4 cwn Air Daun Pandan Juice (blend 8 helai dgn air & tapis)
-2 sb Butter
-3 bj Telur
-1/2 st Garam
-1 sb Pes Pandan
-14 keping (520g) Roti -potong kecil


Cara-Cara
  1. Blend kesemua bahan, kec uali roti, sehingga sebati. Tuangkan ke atas roti & rendam sebentar selama 5 minit.
  2. Tuangkan 1 sb minyak ke dlm tin & panaskan di dlm oven. Ramas adunan tadi & tuangkan ke dlm tin.
  3. Tabur biji bijan & bakar 180C selama 1 jam.



selamat mencuba..



Saturday, 21 December 2013

Bingka Pisang



    Assalamualaikum semua.... Ada masak apa petang ni.. Kalau waktu petang-petang macam ni pekena kuih memang sedap... Kalau nak cuba bingka pisang yang sangat sedap dan penuh dengan kelemakkan pisang ni pun boleh jugak... Sangat sesuai kalau buat menu minum petang. Nak buat menu sarapan pagi pun boleh... Tak jadi masalah pun.. Resepi ni aku copy dari kak dayang... Memang sedap rasa bingka ni. Bau pun sungguh harum memikat jiwa... Huhuhuuu... Kena cuba tau... Meh kita tengok resepi kat bawah ni...







Bingka Pisang
Resepi : DayangJack


Bahan-Bahan
-1 cawan tepung gandum
-200 ml santan pekat
-125 air
-3 biji telur C
-2-3 biji pisang emas ranum (dilenyek)
-80g gula pasir (+/-)
-2 sudu besar susu pekat
-2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak sayuran
-sedikit esen pisang jika suka
-secubit garam
-sedikit pewarna kuning
-bijan untuk taburan

Cara-cara
  1. Kisar semua bahan di atas (kecuali tepung dan bijan) hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kisar/blend sekali lagi.
  3. Sediakan loyang. Sapukan dengan minyak masak (DJ alaskan dengan kertas foil dan disapu minyak masak supaya senang nak dikeluarkan daripada loyang). Tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan taburkan bijan secukupnya
  4. Bakarlah ke dalam oven selama 1 jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C-170C.
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam oven selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (tapi memang sedap dimakan time ia masih panas sebab terasa sangat kegaringan kerak bahagian atasnya)




Selamat mencuba..


Wednesday, 18 September 2013

Bingka Susu / Cheese



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Hari ni menu apa untuk sarapan pagi kawan-kawan blog aku ni...? Apa kata try buat bingka susu / cheese yang sangat sedap ni. Memang tak rugi kalau buat sebab sangat sedap. Dengan kelemakkan cream cheese tu memang menambat selera sapa-sapa pun kecuali orang yang tak makan keju je laaa...  Resepi bingka ni aku C&P dari kak DJ. Jom kita tengok resepi kat bawah ni...




Bahan-Bahan

-1 cawan tepung gandum (diayak 3 kali)
-4 biji telur A
-250 ml susu cair
-3 sudu besar susu pekat
-140 g gula kastor (boleh tambah jika nak lebih manis)
-1 sudu kecil esen vanilla
-50 g krim keju
-50 g mentega
-bijan secukupnya atau serbuk badam (optional)


Cara-Cara
  1. Mentega dan krim keju dicairkan dengan cara double boiler. Kemudian disejukkan seketika.
  2. Satukan kesemua bahan di atas(kecuali bijan/serbuk badam) dengan mentega/krim keju cair tadi di dalam blender. Blend hingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 6 inci yang telah dilengser dengan minyak masak. Taburkan bijan atau serbuk badam di atasnya jika suka.
  4. Kemudian bakar ke dalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga keperangan.
  5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.





** sukatan gula dan susu boleh tambah ikut citarasa sendiri
** boleh juga guna telur gred B
** kalau terlebih cair, boleh tambah sedikit tepung. Tp DJ suka cair dp pekat.





Selamat menjamu selera...



Saturday, 22 June 2013

Bingka Durian



   Assalamualaikum semua.... Menu apa petang-petang ni...? Apa kata cuba buat bingka durian yang lemak berkrim ni... Musim durian pun dah mula dah, boleh la start buat kuih yang menggunakkan buah durian ni... Sungguh sedap bingka ni. Walaupun aku ni sebenarnya tak suka durian tapi boleh jadi suka pulak. Untuk bingka ni aku guna durian yang kat rumah aku. Durian kampung. Durian ni ja aku suka makan. Kalau durian lain macam durian kawin cuma takat cuit sikit buat syarat nak rasa ja... Tapi kalau durian kat rumah aku ni, 3, 4 biji boleh layan. Banyak biji tu pun sebab durian kampung kan kecik-kecik.... Nak buat bingka ni pun aku guna satu biji durian. Maklum la, yang menjadi pun tak berapa besar-besar macam selalu... Kalau tengok pokok tu pun dah nak mati. Umur pun dah dekat dengan umur aku. Alhamdulillah masih nak berbakti lagi.... Sapa-sapa yang nak makan bingka berperisa durian, jom la tengok resepi kat bawah ni....






Bingka Durian / Kuih Bakar Durian
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan

-200gm isi durian
-350ml air
-450ml santan KARA [ aku guna santan fresh ]
-220gm gula pasir [ aku letak 180gm ]
-180gm tepung gandum
-30gm tepung beras
-3 biji telur B [ aku guna 2 biji telur gred A ]
-1/4 sudu teh garam
-1/4 sudu teh pewarna kuning
-2 sudu besar mentega cair

Hiasan

-Bijan secukupnya

Loyang 8in di gris dengan mentega cair

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Kisar isi durian bersama air hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata dan tidak berketul.
  3. Panaskan loyang sebentar di dalam oven. Keluarkan dan tuang adunan, tabur dengan bijan dan bakar di rak tengah selama 45 - 50 minit sehingga masak dan atasnya keperangan.
  4. Untuk mengaringkan permukaan atas kuih, tukar fungsi oven kepada grill dan bakar selama 5 minit lagi hingga nampak garing.
  5. Biar betul-betul sejuk baru di potong dan di hidangkan.



Lemak berkrim...
Disukai ramai...

Saturday, 25 May 2013

Bingka Permata Kacang Merah



   Salam... Kali ni aku buat kuih kegemaran aku lagi... Kuih apa lagi kalau bukan kuih bingka. Kali ni aku try buat kuih bingka permata kacang merah dari kak yatie. Sungguh sedap bingka ni. Rasa pulak macam bubur kacang merah pun ada. Memang lemak berkrim gituuu... Huhuhuuu... Resepi ni aku buat separuh adunan ja.. Untuk kacang merah tu aku tak guna yang dalam tin. Aku ganti yang kering punya. Sebab stok kacang merah yang kering ni ada banyak lagi... Bila potong kuih bingka ni memang nampak cantik. Ada rupa permata tak...? Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak cari permata dalam bingka dia boleh la try resepi ni... Tak rugi oooo.....





C & P : Kak Yatie

Bahan-Bahan-loyang 6x6 inci

-1/2 cawan gula
-1 cawan tepung gandum
-1/2 cawan santan pekat
-1 cawan air [ ganti santan cair]
-1 sudu besar mentega/minyak sapi
-2 biji telor
-1/4 sudu teh garam
-1/2 tin kacang merah (red kidney beans)-buangkan airnya, cuci dan toskan [ aku guna 1 cawan yang kering punya. Rendam, masak & toskan ]
-bijan

Cara-Cara:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang merah dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga pekat sedikit dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan kacang merah dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.


Friday, 17 May 2013

Bingka Jagung



     Salam semua.... Menu apa petang ni...? Aku buat bingka jagung... Menu kegemaran aku la kalau bab-bab bingka ni... Selalunya kalau jagung ni buat rebus ja... Tu menu yang paling simple, mudah dan cepat... Sedap pun sedap jugak... Tapi kalau asyik makan yang rebus boleh jemu. So, kita try buat benda lain sikit kali ni.. Bila buat bingka ni memang sedap... Dengan rasa lemak-lemaknya... Bau harum jagung tu... Memang memikat selera sapa-sapa yang lalu tepi rumah...Huhuhuhuuu.... Untuk resepi ni aku copy dari kak rohah. Izinkan saya copy resepi akak kat blog saya ni yaa... Untuk bingka ni aku buat separuh adunan ja... Ikut isi rumah yang ada... Sapa yang nak cuba, boleh tengok resepi kat bawah ni... Selamat mencuba.....





BINGKA JAGUNG
C&P : rohaisha

Bahan-bahan : [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]

-1 cawan jagung* (yang telah direbus) | kisar [ aku guna 2 tongkol jagung rebus ]
-1 cawan santan pekat* | kisar bersama
-1/4 + 1/8 cawan gula
-1/4 sudu kecil garam
-1/2 + 1/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan tepung beras
-1/2 sudu besar tepung kastard
-1 biji telur
-1/2 sudu kecil esen jagung / vanila
-1/4 cawan minyak masak
-Bijan secukupnya | tabur [ aku tambah almond nibs ]

Cara:
  1. .Kisarkan jagung bersama santan.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard.Kacau hingga rata.Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan kacau lagi.
  4. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius [ aku bakar pada 150c ].
  5. Sapukan loyang empat segi berukuran 6" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang.Taburkan bijan di atas adunan.Bakar selama 1 jam.

Note : boleh tambah 3 minit pembakaran utk api atas sahaja jika mahukan sedikit kerak
di atasnya.




Harum semerbak...

Thursday, 25 April 2013

Bingka Telur



   Salam semua... Hari ni buat bingka lagi, bingka telur... Aku ni memang suka sungguh makan bingka. Tak kira la bingka apa pun. Resepi ni aku amek kat joayeeMyr. Untuk adunan ni aku buat separuh ja. Kalau nak buat full boleh tengok resepi kat sini. Mintak restu share resepi kat sini ya... Kalau ada sapa-sapa yang nak buat separuh adunan jugak boleh tengok resepi kat bawah ni... Jom-jom...


Sumber : Joayee Myr

Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang 8x8 ]

-3 biji telur
-1 cwn air daun pandan( atau 1 cwn air + colour kuning)
-1tin santan (400ml ) atau santan pekat
-1 1/2 cwn tepung gandum
-1 cwn gula [ aku letak 1/2 cawan ]
-1/2 tsp garam
-2 tbs butter-cairkan

Cara-cara
  1. Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
  2. Tarukkan 1/2 tbs minyak dalam loyang..lenserkan. masukkan dalam oven.
  3. Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih setinggi 3". sedap nipis2.
  4. Masak sehingga perang. [ aku masak 1 jam pada suhu 150c ]




Tuesday, 16 April 2013

Bingka Roti Berjagung



    Salam dan selamat pagi semua... Hari ni aku buat bingka roti berjagung pulak. Nak buat bingka roti ni selalunya kalau roti dalam rumah ni dah tak laku. Tak pun dah nak sampai tarik luput... Kalau dok biar macam tu membazir la pulak. Nak bagi kat ayam pun... Hmmmm, bukannya nak makan. Sombong betol ayam kat rumah aku ni. Huhuhuuu.... Berbalik pada bingka ni, aku amek resepi ni kat blog citarasawan. Terima kasih kak wan sebab share resepi ni... So jom kita layan bingka roti berjagung ni... Untuk bingka ni aku buat separuh adunan ja... Yang kat bawah ni resepi full. Kalau nak buat separuh jugak, sila kurangkan sukatan sendiri.... Jom tengok resepi kat bawah ni...


C & P : Kak  Wan

Bahan-bahan

-15 keping roti sandwich
-1/2 tin jagung cream
-500ml santan
-500ml susu segar [ aku ganti santan cair ]
-180gm tepung gandum
-20gm tepung kastard
-3 biji telur
-100gm gula halus
-85gm mentega cair
-1/2 sudu teh garam halus

Hiasan : Hirisan badam, kismis atau yang disukai [ aku tambah bijan hitam dan putih dan almond nibs ]

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan. kecuali roti dan jagung krim. Gaul rata dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan tidak berketul. Kemudian tapis ke dalam mangkuk yang besar.
  2. Buang tepi roti [ aku letak sekali tepi roti tu ] dan carik-carikkan ke dalam adunan tadi. Perap selama 20 minit. Masukkan jagung krim dan gaul hingga sebati.
  3. Gris loyang atau acuan muffin dengan sedikit majerin. Tuang adunan ke dalam acuan, tabur dengan hirisan badam atau kismis [ aku letak bijan sama, kismis aku tak boh ].
  4. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-25 minit (acuan muffin) dan 30-35 minit untuk loyang yang besar atau hingga masak.


Friday, 12 April 2013

Bingka Nestum Pandan Crunchy



   Salam... Makan apa pagi ni..? Aku sarapan dengan bingka nestum pandan crunchy... Buat bingka ni pun sebab nak habiskan stok nestum. Sebelom sampai tarik tamat tempoh dia, baik habiskan dulu. Kalau tak rugi, pastu membazir la pulak.. Resepi ni pun aku dah lama simpan, cuma tak rajin nak buat lagi, tapi sebab bahan dah ada kena buat jugak la. Kalau tak sampai bila-bila pun tak dapat merasa. Untuk resepi ni aku amek kat Hasue. Resepi asal tak boh perasa pandan [ dari datin lulu Myr ], tapi Hasue dah ubah bahan dan tambah perasa pandan. Bila boh pandan ni lagi la sedap. Tambah-tambah bau nestum tu sendiri. Masa dekat nak masak tu, wangi satu rumah. Bau pandan dan nestum katakan. Jadi tak sabar nak makan. Untuk bingka ni aku guna loyang 6x6 sebab nak bagi nampak tinggi sikit. Asalnya guna loyang 7x7. Bila dah guna loyang kecik, masa bakar pun kena lebihkan la. Aku bakar satu jam. Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni....




Bahan-bahan ( loyang 8x8 inci ) [ aku guna 6x6 ]

-1 cawan tepung gandum
-1 cawan santan
-1/2 cawan susu sejat
-2 biji telur gred A
-1/3 cawan gula pasir [ aku letak 1/4 cawan ]
-1/3 cawan susu pekat manis/krimer manis [ aku letak 1/4 cawan ]
-1/2 sudu besar tepung jagung
-1 sudu kecil garam halus
-1 sudu besar butter - dcairkn
-1/2 sudu teh pes pandan
-1/2 sudu teh esen vanila(optional)
-3/4 cawan nestum original

*Nestum secukupnya untuk ditabur di atas adunan

Cara-cara
  1. Panaskn oven 180'C. Blend / kisar semua bahan [ nestum tu aku tak blend, bahan lain aku blend. lepas blend baru aku campurkan nestum dan gaul sebati ]
  2. Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn datas api yg kecil...
  3. Masukkn/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum di atasnya
  4. Bakar 45-50 minit @ sehingga masak (bergantung suhu oven) [ aku bakar 1 jam ]
  5. Selamat mencuba & menikmati hasilnye..


Sedappp....!!!

Thursday, 21 March 2013

Kuih Bingka Cracker


    Salam dan selamat petang semua.... Menu apa petang ni... Aku buat bingka cracker. Aku buat kuih ni pun pagi tadi. Kalau nak buat waktu petang panas la pulak. Tak selesa jadinya... Sekarang ni kan cuaca panas sesangat... Untuk resepi ni aku guna biskut cracker yang sihat sikit, aku guna cap jacobs...Huhuhuhuu... Promot cap jacobs la pulak.... Ni pun sebab ada yang tu ja kat rumah. Guna apa yang ada je la... Resepi ni dah ramai yang cuba buat. Aku pun teringin la jugak nak buat sama walaupun dah jauh ketinggalan. Untuk resepi ni aku cuma buat separuh adunan saja. Pastu aku ubah la sikit-sikit, ikut citarasa masing-masing. Harap tuan asal resepi ni tak marah la ya.. Heheheee...  Jom tengok resepi kat bawah ni. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik kat link di bawah tu ya...



Ni resepi yang aku dah olah sedikit...


Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6 inci ]

-70 gm biskut cracker (biskut lemak) [ aku guna jacobs weetameal cracker ]
-45 gm tepung gandum
-1/3 cawan gula
-1 sudu makan susu pekat manis
-1/2 sudu kecil esen vanila
-1 biji telur
-360ml santan
-1/2 sudu makan butter@marjerin@minyak sapi
-Secubit garam
-Sedikit bijan utk tabur

Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
  2. Hancurkan biskut cracker  dan kisar hingga hancur.
  3. Kemudian campurkan semua bahan kecuali bijan dan blend sehingga semuanya sebati.
  4. Panaskan loyang yang di sapu minyak terlebih dulu dalam 3 minit, baru tuangkan adunan.
  5. Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  6. Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
  7.  Sejukkan dan potong.




Ni resepi asal aku  copy....

Resepi asal : kh267tm
Sumber : Kak CT
C&P : Kak Yatie

Bahan-bahan

-140 gm biskut cracker (biskut lemak)
-85 gm tepung gandum
-210 gm gula - Yatie letak 1 cwn
-3 biji telur
-710 ml santan @ susu cair
-1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
-1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
-Secubit garam
-Sedikit bijan utk tabur

Cara-Cara
  1.  Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
  2. Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  3. Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4.  Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan
  5. Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
  6.  Sejukkan dan potong.


Selamat Mencuba..

Thursday, 21 February 2013

Bingka Labu


   Salam semua... Kali ni aku nak share resepi bingka labu ja. Resepi kuih ni aku amek kat sini, kat blog DTS. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan guna loyang 6x6 inci. Aku dapat labu ni 2 biji dari jiran aku. Tak la besar sangat sebab sekarang ni musim panas sangat. Air pun kurang, labu pun kurang besar jugak. Labu  ni kalau nak masak buat lauk tak larat la nak makan. Aku guna 1/3 biji labu untuk buat kuih ni. Yang selebihnya mak aku buat gulai dengan udang. Perhhh.. Memang sedap, tapi aku tak masukkan la resepi dalam blog ni sebab bukan aku yang masak... Huhuhuu... 1 biji lagi simpan untuk menu lain. Kalau ada resepi yang aku teringin nak makan aku buat la lepas ni. Kali ni kita tengok resepi bingka labu dulu yaa...



Bahan-Bahan

-230 gm labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
-250 ml santan [ aku guna 1/2 biji kelapa ]
-2 biji telur gred A
-100 gram tepung gandum
-90 gram gula halus [ aku letak 60gm ]
-1/2 camca teh esen vanilla
-1/2 camca teh garam
-Bijan secukupnya

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C,  lenser tin berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2.  Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...

CATATAN MAT GEBU :- Lepas bakar, mat grill kan dalam 3 minit macam tu bagi permukaan dia berkeraakkk tebal sikit, baru wangi dan sedap..



Lagi banyak hangit, lagi sedap...

Tuesday, 12 February 2013

Bingka Suji Warisan


  Salam semua. Hari ni kita layan kuih bingka suji pulak. Aku buat kuih ni pun sebab tepung suji ada banyak lagi. Tak tau nak masak apa. Aku pun try buat bingka suji ni la. Memang sedap. Ada rasa lemak-lemak walaupun tak guna santan. Untuk resepi ni macam besa la, aku buat separuh adunan saja. Kalau nak tengok resepi asal, klik sini dari blog DTS. Kalau ada yang nak buat separuh adunan macam aku, jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan 1/2 adunan loyang bulat 7 inci

-75 gram suji @ semolina
-70 gram gula halus
-60 gram susu cair carnation
-50 gram susu pekat manis
-40 gram tepung gandum
-280 ml air
-1/2 camca teh pewarna kuning
-1 biji telur  gred A
-1/8 camca teh garam
-1/2 camca teh esen vanilla
-60 gram mentega
-Bijan untuk ditabur

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang bulat 7 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti. Lenser juga aluminium foil tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur. T uang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata. Tuang susu cair, air dan tambah pewarna kuning. Kacau hingga sebati. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
  3. Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat. Padamkan api. Masukkan mentega dan esen vanilla. Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
  4. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata2 atasnya. Bakar selama 45 - 50 minit. Kemudian bakar 5 - 7 minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi. Biar kuih betul2 sejuk, baru potong dan hidangkan..


Bila tengok bijan hitam tu nampak macam kuih hangit la pulak...
Huhhuuu..



Jom makan...