Monday 8 April 2024

Kek Lapis Tembikai Cheese

Kek Lapis Tembikai Cheese



    Assalamualaikum  semua... Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak share resepi kek lapis yang last sekali untuk tahun ni... Nama dia kek lapis tembikai cheese. Kek lapis tembikai ni aku dah buat 2 resepi dah. Tapi yang ni ada letak esen tembikai. Tu yang aku teringin sangat nak tau bau dia macam mana... Esen tembikai ni bau dia tak la kuat sangat pun. Masa dok adun adunan kek tu ada la bau dia. Bila dah bakar macam tengelam sikit bau tembikai dia tu... Tak pa la, sebab nak cuba, aku buat jugak la... Sebab ni kek yang last  untuk raya ni aku menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah dan silap dari aku... Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir dan batin....
 

Kek Lapis Tembikai Cheese



Kek Lapis Tembikai Cheese
C&P : Alicia Ayung

Bahan-bahan

10 biji telur gred A
500gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu besar ovalette
1sudu teh esen vanila
250gm cream cheese
250gm susu pekat manis
170gm serikaya
200gm horlicks ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
375gm tepung hong kong
1 sudu besar watermelon essence
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh pewarna putih
1 sudu besar pewarna merah
coklat chips untuk taburan


Cara-cara
  1. Putar mentega, gula dan ovalette selama 8-10 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis.
  3. Masukkan esen vanila, susu pekat, serikaya dan cream cheese. Putar sampi sebati.
  4. Kemudian masukkan horlicks dan tepung gandum. Gaul hingga rata.
  5. Akhir sekali, masukkan watermelon essence. Gaul adunan hingga sebati.
  6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Adunan pertama letak pewarna hijau dan buat 3 lapisan. Adunan kedua letak pewarna putih dan buat 2 lapisan. Adunan ketiga letak pewarna merah dan buat 10 lapisan.
  7. Panaskan oven api atas dan bawah selama 10minit, suhu 180C.
  8. Bakar lapisan pertama 5 minit api atas dan bawah suhu 180C.
  9. Kemudian tukar api atas, bakar lagi 8 minit, suhu 160C.
  10. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan hijau dan putih.
  11. Teruskan dengan melapis adunan merah. Untuk setiap lapisan merah taburkan coklat chips.


Kek Lapis Tembikai Cheese


 

Sunday 7 April 2024

Kek Lapis Aiskrim Soda

Kek Lapis Aiskrim Soda


   
    Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 5 untuk tahun ni. Kek ni namanya kek lapis aiskrim soda. Payah jugak nak cari resepi kek lapis ni. Aku jumpa satu ja... Bila bakar kek lapis ni bau dia manis jaa... Bau aiskrim soda tu... Kalau ikutkan resepi ni dia guna loyang 7x7 inci. Bila buat kek nampak rendah. Kalau nak nampak tinggi sikit boleh la pakai loyang 6x6 inci... Sapa-sapa nak mencuba resepi ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Esok aku share resepi kek lapis yang last pulak... Byeee....


Kek Lapis Aiskrim Soda



Kek Lapis Aiskrim Soda
Loyang 7x7

Bahan-bahan

300gm mentega
120gm gula halus
1/2 sudu teh ovalette
6 biji telur gred A
250 susu pekat manis ( boleh kurangkan kepada 220gm )
100gm horlicks ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
1 1/2 sudu teh esen aiskrim soda
1 sudu teh pewarna biru
50gm jem raspberry ( guna yg sugar-free / reduced sugar )
1 sudu teh esen raspberry ( optional )
1 sudu teh pewarna merah jambu
160gm tepung hong kong
 
 
Cara-cara
  1. Pukul mentega, ovalette dan gula dengan high speed sehingga kembang ( kira-kira 7-8 minit )
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga sebati (  kira-kira 4-5 minit ).
  3. Perlahankan speed ( sederhana ) lalu masukkan susu pekat dan horlicks. Pukul lagi hingga rata ( kira-kira 2-3 minit ).
  4. Perlahankan lagi speed ( slow, sekadar nak ratakan tepung ) dan masukkan tepung hong kong dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit sahaja. Ataupun boleh gunakan kaedah '' fold-in method '' bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur / mentega tadi. Tidak perlu gunakan mixer.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian masukkan esen aiskrim soda dan pewarna biru. 1 bahagian lagi masukkan jem raspberry dan pewarna merah jambu. Bahagian terakhir dibiarkan plain,warna asal.
  6. Panaskan ketuhar dengan suhu kira-kira 180C-190C, api atas dan bawah. Msukkan 2 senduk adunan warna asal kedalam loyang kek lalu ratakan. Bakar lapisan pertama ini sehingga masak ( kira-kira 6-7 minit ). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sedikit dengan penekan kek lapis agar rata.
  7. Kemudian tukar suhu ketuhar kepada 200C-210C ( api grill / atas sahaja ). Masukkan pula 2 senduk adunan warna biru dan bakar sehingga masak ( 6-7minit ) dan seterusnya warna merah jambu pula. Bakar berselang-seli warna asal, biru dan merah jambu sehingga selesai semua adunan.
     
 
Kek Lapis Aiskrim Soda

Saturday 6 April 2024

Kek Lapis Nestum Cheese

Kek Lapis Nestum Cheese



    Assalamualaikum semua.... Kembali lagi hari ni dengan resepi kek lapis yang ke 4. Ni kek lapis nestum cheese. Untuk kek lapis ni kalau malas nak letak warna boleh buat plain macam tu ja... Cumanya nampak kosaong. Kurang berseri la... Aku pun tak tau nak letak warna apa. Aku boh 2 jenis warna biru. ok la kannn.... Kalau nak cuba kek lapis nestum cheese ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Jumpa lagi esok untuk resepi kek lapis yang seterusnya... Byeee...
 

Kek Lapis Nestum Cheese



Kek Lapis Nestum Cheese
C&P : Nur Adam Yusuf

Bahan-bahan
 
450gm mentega
10 biji telur gred A
180gm gula halus
10gm ovelete
1 sudu teh esen vanila
1 tin rendah susu pekat ( saya guna 200gm )
50gm horlicks ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
50gm coffeemate
250gm tepung hong kong
100gm nestum halus ( kisar dan timbang )
250gm cream cheese
sedikit nestum untuk taburan
parutan cheese untuk taburan
pewarna ( optional )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula ovelete dan cream cheese hingga kembang. Masukkan esen vanila.
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan susu pekat.
  4. Gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan horlicks, coffeemate, nestum kisar dan tepung sedikit demi sedikit dan digaul sebati.
  6. Letakkan pewarna jika suka.
  7. Bakar selapis demi selapis.
  8. Taburkan nestum dan parutan cheese ke atas setiap lapisn adunan sebelum dibakar.
  9. Loyang 8x8. Suhu oven 180C ikut oven masing-masing.
     

Kek Lapis Nestum Cheese


 

Friday 5 April 2024

Kek Lapis Mint Cheese

Kek Lapis Mint Cheese



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 3 untuk raya tahun ni.... Kek lapis ni ada perisa mint... Selalu orang tak berapa minat perisa mint ni. Katanya macam rasa ubat gigi... Hahahaaa... Tapi aku ok ja... Tapi jangan bubuh perasa mint tu banya sangat. Nanti memang akan rasa macam ubat gigi... Untuk coklat M&M tu aku ganti dengan coklat cip... Ok la... Esok pulak kita jumpa untuk kek lapis yang seterusnya... Byeee....


Kek Lapis Mint Cheese




Kek Lapis Mint Cheese
C&P : Nora Hj Talib ( cookpad )
 
 Bahan-bahan
 
500gm butter
10 biji telur gred A
400gm susu pekat
100gm gula
1 sudu besar ovalette
500gm cream cheese
100gm horlicks ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
100gm serbuk santan
380gm tepung hong kong
1 sudu kecil perisa mint
1 sudu besar lemon
pewarna purple, pink, kuning, biru dan turquoise
coklat M&M secukupnya ( aku ganti coklat chips )
 
 
Cara-cara
  1. Putar butter, gula dan ovalette sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan cream cheese.
  4. Perlahankan mixer, masukkan susu, serbuk santan dan horlicks.
  5. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  6. Teruskan mix sehingga adunan tiada ketulan dan masukkan perisa mint dan perahan lemon.
  7. Ketepikan 4 bahagian adunan. Letakkan warna purple, pink, kuning dan biru. 
  8. Lebihan adunan warnakan turquoise.
  9. Panaskan oven dengan suhu 170C. Bakar adunan purple dahulu.
  10. Kemudian bakar adunan kuning.
  11. Bakar bahagian turquoise dan taburkan coklat M&M. Ulang sehingga habis adunan turquoise.
  12. Seterusnya bakar pula adunan pink. Akhir sekali adunan biru.
     
 


 

Thursday 4 April 2024

Kek Lapis Apple Lady

Kek Lapis Apple Lady



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis ke 2 pulak... Resepi ni aku amek kat buku 77 Resipi Kek Lapis Sarawak oleh Noy Yullan. Kalau ikut kan resepi tu letak perisa epal. Aku letak perisa epal merah. Bau dia kurang menyerlah macam epal hijau... Ada la bau manis-manis sikit tapi tak kuat sangat macam epal hijau tu... Aku guna perisa epal merah tu sebab saja nak test... Aku sarankan guna yang epal hijau tau... Kalau ada yang nak mencuba resepi kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah tu.... Byee....
 

Kek Lapis Apple Lady


Kek Lapis Apple Lady
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )


Bahan-bahan

454gm mentega
1 sudu besar ovellet
150gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
200ml emborg dessert whip atau nestle cream
170gm kaya
300gm susu pekat
200gm horlicks* ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
100gm serbuk aiskrim vanila*
400gm serbuk biskut marie ( kisar biskut marie sehingga menjadi serbuk seperti tepung )* [ disatukan dan ayak ]
pewarna hijau
esen epal
pewarna ungu
cip coklat susu secukupnya ( milk chocolate chip )


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan emborg dessert whip, kaya dan susu pekat. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaub balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada dua bahagian. Adunan 1 masukkan pewarna hijau dan esen epal. Kacau rata dan bahagi 5. Aduna 2 masukkan pewarna ungu. Kacau rata dan bahagi 5.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja. Ratakan satu bahagian adunan bewarna hijau. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa berbeza mengikut oven ). Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan hijau. Taburkan cip coklat susu. Bakar lagi sehingga lapisan kek kental. Ulang proses melapis sehingga adunan hijau habis. Taburkan cip coklat susu selang dua lapisan.
  7. Tuang dan ratakan pula adunan berwarna ungu di atas lapsan hijau. Bakar sehingga lapisan kek agak kental. Lapis lagi dengan adunan berwarna ungu. Tabur cip coklat susu. Bakar lagi. Ulang proses melapis sehingga adunan ungu habis. Taburkan cip coklat susu selang dua lapisan.
  8. Biar kek sejuk sepenuhnya baru potong.


 Kek Lapis Apple Lady

Tuesday 2 April 2024

Kek Lapis Pinkylicious

Kek Lapis Pinkylicious


    Assalamualaikum dan selamat malam semua.... Seperti yang dijanjikan aku akan share resepi kek lapis untuk raya tahun ni. Kek lapis pertama tahun ni namanya Kek Lapis Pinkylicious. Tapi kek aku tak berapa pink, dia ke arah nak warna merah pun ada... Sebabnya warna putih aku dah habis. So, pink dia jadi pink yang terlalu terang. Sakit mata la jugak tengok... Macam hot pink pun ada. Hahahaaa.... Kalau resepi asal warna pink pastel. Sejuk mata memandang... Nak buat macam mana, dah jadi terang teruskan melapis je laaa... Sapa-sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.... Nanti aku share resepi yang  seterusnya...


Kek Lapis Pinkylicious


Kek Lapis Pinkylicious
C&P : Nenek Kebaya

Bahan-bahan

500gm butter
10 biji telur gred A
1 sudu makan ovalette
80gm gula halus
satu sudu makan esen vanila
300gm susu pekat
200gm horlick ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
150gm coffeemate
100gm serbuk badam
50gm serbuk santan
300gm tepung hong kong
250gm cream cheese
200gm whipping cream
1 sudu makan coklat paste
1 atau 2 sudu makan strawberry paste
2 sudu makan coklat spread
oreo crumbs secukupnya ( ganti cream-o )
pewarna hitam, putih & rose pink


Cara-cara
  1. Pukul butter, gula, esen vanila, ovallete & cream cheese hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu. Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
  3. Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan horlick, serbuk coffeemate, serbuk badam, dan serbuk santan. Sebatikan.
  5. Akhir sekali, masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit.
  6. Pukul lagi dan gaul sebati. Sekiranya adunan nampak pekat boleh tambah susu cair / full cream milk secukupnya, sekadar untuk mengurangkan kepekatan adunan.
  7. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
  8. Jumlah keseluruhan adunan adalah lebih kurang dalam 2600gm. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 800gm letak pewara hitam,coklat spread dan coklat paste. Buat 4 lapisan. Lebihan adunan letak pewrna putih dahulu dan sebatikan. Selepas itu masukkan pewarna rose pink dan strawberry paste. Tujuan letak pewarna putih dahulu adalah untuk adunan jadi kaler pastel pink ( aku xletak warna putih sebab habis ) Bahagi kepada 9 lapisan.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Gunakan loyang 9x9x3.5 atau 8x8x3.5.
  10. Bakar lapisan pertama iaitu adunan hitam terlebih dahulu. Gunakan api oven atas dan bawah lebih kurang 10 minit.
  11. Lapisan ke-2 bakar adunan hitam dengan menggunakan api oven atas sahaja lebih kurang 10 minit setiap lapisan. Masa pembakaran kek bergantung kepada oven masing-masing. Bakar sehingga habis lapisan hitam.
  12. Sambung bakar lapisan pink pula. Setiap lapisan pink tabur oreo crumbs sebelum dibakar. Buat sehingga habis lapisan pink.

Kek Lapis Pinkylicious