Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, 8 July 2025

Chocolate Lasagna

Chocolate Lasagna
 
 
      Assalamualaikum & selamat malam semua... Malam ni aku nak share resepi chocolate lasagna. Dulu aku pernah buat dah. Kalau resepi tu agak renyah dari resepi yang ni, tapi rasa dia lagi mengancam sebab ada rasa lemak-lemak santan sebab bahagian putih tu ada letak santan kotak. Kalau nak tengok resepi boleh klik kat sini. Untuk resepi ni dia versi mudah kalau nak bandingkan yang aku buat dulu... Aku buat ni pun nak habiskan cream cheese yang aku dah buka tu. Resepi kat bawah tu aku buat separuh adunan. Kalau nak buat besar sila gandakan adunan tu... Byeee...
 
 
Chocolate Lasagna

 
Chocolate Lasagna
C&P : Mr. Ali
 
Base Lasagna
80 gm Oreo crumbs (Nak letak inti dia sekali pun takpe)
30 gm butter 
 
 
Cara-cara
  1. Hancurkan Oreo crumbs dan gaulkan bersama butter.
  2. Dah gaul sampai sebati, mampatkan dalam loyang bulat / cake ring 6 inci. Tinggi loyang seeloknya 3 inci.
  3. Letakkan dalam peti ais selama 90 minit supaya ia menggeras. 
 
 
 
Chocolate Lasagna

 
Mousse
 
250 gm cream cheese 
150 gm dairy whipping cream ( aku guna fresh cream )
50 gm gula aising 
1 sudu kecil esen vanilla 
 
 
Cara-cara
  1. Putar cream cheese. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik baru putar.
  2. Dalam 2 hingga 3 minit putarkan. Masukkan gula aising dan esen vanilla.
  3. Sambung putar lagi sampai semuanya sebati. Bila sudah, berhenti.
  4. Pada bekas yang lain, putarkan dairy whipping cream sehingga kental.
  5. Dah kental, kaup balik adunan cream cheese tadi dengan whipping cream. Kaup sampai sebati dan letakkan ke atas lapisan base yang disejukkan tadi.
  6. Ratakan mousse tadi cantik-cantik. Setkan dalam peti ais selama 30 minit.
 
Nota: Sebab nama pun lasagna jadi adunan tadi bahagikan pada dua. Satu letakkan di atas base tadi. Satu lagi letakkan dalam piping bag. Yang dalam pipping bag ini masukkan dalam peti. Jangan biarkan pada suhu bilik. 
 
 
 
 
Chocolate Lasagna

 
Inti Coklat

100 gm coklat gelap 
75 gm dairy whipping cream
25 gm serbuk koko
10 gm susu pekat manis
 
 
Cara-cara
  1. Double boil, letakkan dairy whipping cream dan dark chocolate. Double boil sampai semuanya larut. Dah larut, tutup api. Terus masukkan serbuk koko dan susu pekat manis.
  2. Terus kacau panas-panas sampai semuanya sebati. Dah sebati, tapis. Wajib tapis dan bagi dia suam dalam 10 hingga 15 minit.
  3. Dah suam, kacau-kacau dulu sebelum tuang baru masukkan ke atas lapisan mousse tadi.
  4. Setkan dalam peti selama 30 minit.
  5. Selepas 30 minit, baru letakkan mousse yang kita letakkan dalam pipping bag tadi. Keluarkan dari peti dan pipe je atas lapisan inti coklat tadi.
  6. Ratakan elok-elok. Setkan semalaman.
  7. Untuk hiasan boleh tabur serbuk oreo, chocolate chip, chocolate flakes & boleh parut dark & white chocolate atas tu. 

 
 
Chocolate Lasagna

 
 
Chocolate Lasagna

Friday, 27 June 2025

Italian Tiramisu

Italian Tiramisu

 
      Assalamualaikum semua. Salam 1 muharram... Hari ni aku nak share resepi tiramisu pulak. Aku suka resepi tiramisu versi letak gelatin ni sebab dia stabil. Bila potong dia nampak cantik & kemas. Kalau tak letak gelatin dia macam lembik-lembik. Nak-nak bila guna mascarpone. Kalau guna cream cheese dia masih keras kalau tak letak gelatin. Biskut lady fingers pun aku ada sikit. Lebihan buat tiramisu dulu. Kalau tak aku nak buat 3 layer. Sebab tak cukup biskut aku buat 2 layer je la. Pastu aku buat guna cake ring saiz 7 inci. Masih ada lebihan cream. Kalau buat 8 inci rasayan cukup-cukup. Kalau ada sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
Italian Tiramisu
 
 
Italian Tiramisu
C&P : Kak Wan @ Wan Resipi


Bahan-bahan
Biskut sponge fingers secukupnya

Filling
2 kuning telur
60 gm gula kaster
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar gelatine + 50ml air panas
250 gm mascarpone atau Phil cream cheese
125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat ( aku letak 200ml )

Sirap Kopi
2 sudu besar serbuk kopi atau espresso
4 sudu besar gula kaster
100 ml air panas
1 tsp serbuk koko (optional)
(Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

Hiasan : serbuk koko

 
Cara-cara:
  1. Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan.
  2. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati.
  3. Kacau mascarpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.
  4. Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  5. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur.
  6. Susun biskut tadi ke dalam acuan yang di alas plastik supaya senang mengeluarkannya.
  7. Paip 1/2 adunan cream cheese ke atasnya dan ratakan. Ulang lapisan biskut dan cream cheese hingga habis.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Hias dengan serbuk koko sebelum dihidangkan.
  9. Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 sudu besar sour cream (krim masam) dan 2 sudu besar whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascarpone cheese.
 
 Nota tambahan
  • Aku buat dalam cake ring saiz 7 inci. Keliling cake ring tu aku letak plastik mika. Nanti senang nak kelurkan tiramisu. Bila buat saiz 7 inci ada lebihan cream. Buleh buat saiz 8 inci. 
 
Italian Tiramisu


Italian Tiramisu


Italian Tiramisu

Thursday, 6 February 2025

Tiramisu



      Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni awal pulak aku update blog ni... Jarang la nak update awal-awal ni.... Hahaaa... Hari ni aku muncul dengan resepi tiramisu. Tiramisu ni antara dessert yang paling senang nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau modal lebih guna mascarpone cheese macam resepi ni. Kalau modal kurang guna cream cheese ja... Tapi bagi aku baik guna mascarpone cheese sebab dia tak rasa madam macam cream cheese. Mascarpone cheese & biskut ladyfingers ni pun susah jugak nak jumpa hari tu sebab ramai pakat dok buat tiramisu ni. Kalau sapa yang nak join buat tiramisu ni buleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...




Tiramisu
C&P : QLKitchen

4 biji kuning telur
100 g gula kastor
400 g keju mascarpone (pada tahap suhu bilik)
250 ml krim ‘heavy whipping’ or krim ‘double’
20 -24 ketul ‘ladyfingers’/span bentuk jejari Itali(Savoiardi)
1 – 1 ½ cawan kopi hitam pekat, dicampur dengan 2 sudu besar gula kastor dan dibiar sejuk
Serbuk koko untuk diayak


Cara-cara
  1. Campurkan kuning telur dan gula dalam mangkuk tahan panas atau double boiler, di atas kuali dengan air mendidih.
  2. Dengan menggunakan pemukul dawai, kacaukan telur dan gula atas kehangatan sederhana selama 8-10 minit sehingga campuran memekat dan licin.
  3. Alihkan dari air mendidih dan pukulkan campuran tersebut sehingga teksturnya lebih pekat.
  4. Masukkan keju mascarpone di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan masuk campuran kuning telur, dan kacau dengan sudu spatula plastic sehingga licin dan sebati.
  5. Di dalam mangkuk besi yang berlainan, pukulkan krim heavy/double dengan pemukul elektrik sehinga tegar. Elakkan dari memukul krim secara berlebihan kerana ia mungkin berubah serupa mentega. (Untuk keputusan yang paling baik, pastikan krim, mangkuk dan pemukul sejuk semasa proses memukul. Masukkannya ke dalam peti beku selama 10 – 20 minit sebelum memukul)
  6. Gaulkan masuk krim yang dipukul ke dalam campuran mascarpone sehingga sebati. Krim ini akan memberi tekstur yang ringan kepada campuran mascarpone.
  7. Untuk menyediakan Tiramisu, isikan dalam bekas yang bersesuaian dengan campuran krim mascarpone sehingga 1/3 penuh. Patahkan span berbentuk jari dan celupkan ke dalam kopi untuk beberapa saat. Jangan rendamkannya kerana span akan menjadi telalu basah berkembang.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  9. Ayakkan serbuk koko ke atas permukaannya sebelum disaji. Ia sesuai dinikmati bersama kopi.

NOTA TAMBAHAN
Jika anda lebih suka Tiramisu yang lebih tegar, larutkan 2 sudu besar serbuk gelatin dengan 2 sudu besar air. Campurkan masuk bersama keju mascarpone dan campuran kuning telur-gula.




Friday, 20 October 2023

Puding Buah Kuah Kastard

Puding Buah Kuah Kastard



            Assalamualaikum dan selamat malam.... Hari ni aku nak share resepi dessert yang agak popular kat tiktok. Tengok banyak orang dok buat jual. Aku pun terasa la jugak nak makan. Nak tau rasa macam mana dessert ni... Kalau nak beli rasanya mahal jugak sebab harga buah pun mahal. Bila dah siap, memang sangat la sedap. Nak-nak makan time sejuk-sejuk.... Nyaman ja tekak ni. Untuk buah boleh pilih buah kegemaran masing-masing. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Dapat la 3 bekas. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....
 
 

Puding Buah Kuah Kastard



Puding Buah Kuah Kastard
C&P : Mr. Ali
 
Bahan - bahan :
 
Bahagian Puding
5g serbuk agar agar
4 cawan air (1 liter air)
1/2 cawan gula (100g)
Bancuh 3 sudu makan tepung kastard ( tak perlu membukit) + sedikit air sejuk
1 tin susu cair
sedikit garam
sedikit essen vanila
1 biji telur yg dah disebatikan
 
 
Cara - Cara
  1. masukan semua bahan dan kacau hingga mendidih dan matikan api
  2. tunggu adunan sejuk dulu baru masuk dalam bekas.
  3. sejukkan selama 1 jam di dalam peti

Puding Buah Kuah Kastard



Bahagian Kuah Kastard
 
2 cawan air (500ml)
5 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastard bancuh dengan sedikit air sejuk
sedikit garam
1 cawan susu cair (250 ml)
1 cawan dairy whipping cream (200ml) ( kalau takde pakai susu full cream. sukatan sama )



Cara - Cara
  1.  masukan semua bahan
  2.  kacau hingga mendidih dan matikan api
  3.  tunggu kuah sejuk dulu baru pindah dalam bekas lain dan sejukkan dalam peti
  4. Hias puding dengan buah buahan yg anda suka dan masukkan kuah kastard bila nak makan sahaja. Jangan tuang semua siap2 . Nak makan baru tuang.
  5. Ketahanan : 2 -3 hari di dalam chiller / peti

Puding Buah Kuah KastardPuding Buah Kuah Kastard

Sunday, 26 June 2022

Buko Pandan

Buko Pandan


      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi dessert yang sangat sedap dan lazat. Dessert ni di beri nama buko pandan. Dessert ni asalnya dari filipina. Buko tu bermaksud kelapa. Memang wajib kena ada isi kelapa la kalau nak buat dessert ni. Asalnya aku nak buat masa bulan puasa hari tu... Tapi tak sempat nak buat sebabnya kelapa muda buat minum masa berbuka... Bila dah ada kesempatan dan buah kelapa muda dah ada ni aku pun buat laa... Memang berbalai buat dessert ni sebab sangat sedap. Makan pulak time musim panas ni... Lagi la syahdu... Hahahaa... So, kalau ada sapa-sapa yang nak tau kesedapan buko pandan ni boleh la cuba resepi kat bawah tu... Byee...
 

Buko Pandan


Buko Pandan
C&P : Kak Wan

Agar-agar pandan
300ml air kelapa
50gm gula pasir
2 helai daun pandan
1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
pewarna hijau
 
 
Cara-cara
  1. Satukan bahan agar-agar pandan dan masak hingga mendidih.
  2. Tuang ke dalam bekas kecil dan biarkan sehingga beku.
  3. Setelah beku potong menjadi kiub kecil.

 

Buko Pandan



Cara menghidang

1 cawan isi kelapa
1 cawan diary whipping cream ( putar hingga pekat )
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan sago kecil ( cuci dan toskan )


Cara-cara
  1. Didihkan air yang banyak. Masukkan sago, didihkan hingga sago menjadi jernih. Toskan dan alirkan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan.
  2. Dalam mangkuk, satukan sago, isi kelapa, susu pekat, whipping cream dan kiub agar-agar pandan. Gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk.
  3. Enak di hidang dingin begitu saja atau bersama ais cream.

Buko Pandan

Saturday, 1 January 2022

Biscoff Tiramisu

Biscoff Tiramisu


    Assalamualaikum.. Selamat tahun baru semua... Dah masuk tahun 2022 hari ni... Bila dah tahun baru ni mesti hangpa ada azam baru kan... Aku tahun ni nak berazam bagi rajin update blog dah laa... Hahahaa... Macam tak ada azam lain la kan... Bila dah tahun baru ni, maka wujud la kek tahun baru bersempena kek birthday kak aku... Tiap-tiap tahun kalau aku dan aku akan buat kek untuk dia. Tahun ni aku buat kek simple ja... aku buat tiramisu dan carrot cake. Kek tiramisu ni dia ada penambahan rasa dari biscoff spread tu. Rasa dia sangat sedap. Bila kita gigit tu terasa rangup dari biscoff spread tu. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu. Nanti aku share resepi carrot cake pulak. Byee...
 

Biscoff Tiramisu


Biscoff Tiramisu

Espresso Syrup
200g air
50g gula kastor
4 sb serbuk espresso

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan dalam bekas & panaskan hingga gula cair.
  2. Ketepikan dulu sebentar.

Biscoff Tiramisu


Biscoff cheese filling

Bahan A
1 biji kuning telur, gred A
1 biji telur, gred A
20gm gula kastor

Bahan B
1 1/2 sudu besar serbuk gelatin
50gm air

Bahan C
250gm mascarpone cheese, suhu bilik
50gm gula kastor
2 sudu besar air + 1 sudu besar serbuk espresso

Bahan D
300gm non dairy cream, dipukul pekat

Bahan-bahan lain
400gm sponge finger ( forno bonomi savoiardi )
crunchy biscoff spread, dicairkan


Cara-cara
  1. Satukan bahan A dalam bekas tahan panas. Masak guna kaedah double boiler hingga sebati. Guna api perlahan.
  2. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan dalam adunan A tadi. Kacau rata hingga gelatin cair sepenuhnya dan alihkan dari api. Sejukkan sebentar.
  3. Satukan mascarpone cheese dan gula, pukul hingga berkrim guna handwhisk. Masukkan campuran espresso dan kacau lagi.
  4. Kemudian satukan adunan cheese bersama dengan adunan gelatin, kacau rata lagi. Masukkan pula bahan D dan kaup balikkan hingga halus dan sebati. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  5. Sediakan loyang loosed base bulat bersaiz 8 inci. Celupkan sponge finger kedalam espresso syrup dan susun dalam loyang. Tuang satu bahagian cheese filling atas sponge finger yang telah disusun. Sendukkan sedikit crunchy biscoff spread atas cheese filling. Ulang langkah tadi hngga habis.
  6. Simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam atau hingga mengeras baru boleh dipotong. Potong guna pisau panas untuk potongan yang kemas.


Biscoff Tiramisu

Biscoff TiramisuBiscoff Tiramisu