Friday, 27 June 2025

Italian Tiramisu

Italian Tiramisu

 
      Assalamualaikum semua. Salam 1 muharram... Hari ni aku nak share resepi tiramisu pulak. Aku suka resepi tiramisu versi letak gelatin ni sebab dia stabil. Bila potong dia nampak cantik & kemas. Kalau tak letak gelatin dia macam lembik-lembik. Nak-nak bila guna mascarpone. Kalau guna cream cheese dia masih keras kalau tak letak gelatin. Biskut lady fingers pun aku ada sikit. Lebihan buat tiramisu dulu. Kalau tak aku nak buat 3 layer. Sebab tak cukup biskut aku buat 2 layer je la. Pastu aku buat guna cake ring saiz 7 inci. Masih ada lebihan cream. Kalau buat 8 inci rasayan cukup-cukup. Kalau ada sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
Italian Tiramisu
 
 
Italian Tiramisu
C&P : Kak Wan @ Wan Resipi


Bahan-bahan
Biskut sponge fingers secukupnya

Filling
2 kuning telur
60 gm gula kaster
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar gelatine + 50ml air panas
250 gm mascarpone atau Phil cream cheese
125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat ( aku letak 200ml )

Sirap Kopi
2 sudu besar serbuk kopi atau espresso
4 sudu besar gula kaster
100 ml air panas
1 tsp serbuk koko (optional)
(Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

Hiasan : serbuk koko

 
Cara-cara:
  1. Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan.
  2. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati.
  3. Kacau mascarpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.
  4. Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  5. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur.
  6. Susun biskut tadi ke dalam acuan yang di alas plastik supaya senang mengeluarkannya.
  7. Paip 1/2 adunan cream cheese ke atasnya dan ratakan. Ulang lapisan biskut dan cream cheese hingga habis.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Hias dengan serbuk koko sebelum dihidangkan.
  9. Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 sudu besar sour cream (krim masam) dan 2 sudu besar whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascarpone cheese.
 
 Nota tambahan
  • Aku buat dalam cake ring saiz 7 inci. Keliling cake ring tu aku letak plastik mika. Nanti senang nak kelurkan tiramisu. Bila buat saiz 7 inci ada lebihan cream. Buleh buat saiz 8 inci. 
 
Italian Tiramisu


Italian Tiramisu


Italian Tiramisu

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...