Tuesday 18 April 2023

Kek Lapis Dangdut Pelangi

Kek Lapis Dangdut Pelangi



       Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share resepi last kek lapis untuk raya ni... Aku buat yang ni last sebab aku malas nak bancuh banyak warna... Nanti nak kena basuh banyak bekas... Hahahaa... Kalau ikutkan macam malas nak buat resepi ni, tapi bila tengok bahan yang dia guna aku jadi tertarik sebab dia guna banyak susu tepung dari tepung gandum.... Kalau pikir macam tak logik. Bukan apa takut adunan tu tak beku atau lambat masak sebab guna banyak susu tepung. Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya... Disebabkan ni kek yang last, aku nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin... Kalau ada yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya... Jangan pandu kenderaan laju-laju. Kalau penat berhenti kat hentian... Byeee.....


Kek Lapis Dangdut Pelangi


Kek Lapis Dangdut Pelangi
C&P : Seha AL-Erfan ( Resepi Mama Kent )
Resepi asal : Chef Afifah ( Gigit Rangup )
Loyang 9x9x3 atau 8.5x8.5x4 

500gm mentega asli
300gm susu pekat manis
300gm sri kaya
30gm ovalete
10 biji telur ayam gred A
200gm horlick
480gm tepung susu nespray ( full milk )
80gm tepung pau
pewarna hitam
pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu


Cara-cara
  1. Mentega, susu pekat, sri kaya dan ovelate dipukul hingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu sehingga habis dan pukul sebati.
  3. Masukkan horlick, tepung susu dan tepung pau. Pukul sebati hingga tidak berketul.
  4. Timbang keseluruhan adunan. Kemudian bahagi kepada 13 ( untuk 13 lapisan ).
  5. Asingkan 6 mangkuk adunan untuk lain-lain warna. Ungu, biru, hijau, kuning, oren, merah ( untuk menghasilkan warna yang menyerlah, tambah 2 titik pewarna putih untuk setiap warna supaya warnanya tidak kelam bila bertemu hitam)
  6. Lebihan adunan diwarnakan hitam, kemudian bahagi adunan hitam kepada 7 bahagian.
  7. Untuk lapisan pertama guna api atas dan bawah. Kemudian lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja.
  8. Suhu ikut oven masing-masing.
  9. Urutan melapis : hitam, ungu, hitam, biru, hitam, hijau, hitam, kuning, hitam, oren, hitam, merah dan hitam.


 Kek Lapis Dangdut Pelangi

Monday 17 April 2023

Kek Lapis Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese

Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese




    Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 5 untuk raya ni... Rasa kek ni penuh dengan kelemakkan cheddar cheese. Lepastu tambah pula kelemakkan dari kekacang. Ada pula rasa coklat dari coklat cadbury dan chipsmore. Memang penuh dengan rasa kek ni. Bagi aku ni antara kek lapis yang sedap untuk tahun ni. Wajib cuba tau... Walaupun bahan dia banyak, tapi berbaloi sebab sedap. Resepi ni dia bagi adunan kecik. Kalau nak buat versi besar sila gandakan adunan dan guna loyang 8x8x3. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....

Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese



Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese
C&P : Hellena Gangan ( Resepi Mama Kent )
Loyang 6x6x3


Bahan A
250gm butter
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur gred A
3 sudu kecil gula
150gm cream cheese
125gm susu pekat
175gm tepung pau
50gm tepung ice cream vanilla
50gm whipping cream ( optional )
pewarna putih secukupnya


Bahan B ( untuk ditabur disetiap lapisan 1,2,3,5,6,7... )
Setengah bungkus biskut chipsmore ( dihancurkan )
cheddar cheese ( diparut halus )
sebungkus kecil cashew nut mix ditumbuk halus
sebungkus kecil pistachio ditumbuk halus


Bahan C
20 biji coklat cadbury ( susun di lapisan ke 4, tabur chipsmore sikit )


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula, cream cheese dan esen vanila hingga kembang dan licin ( cream cheese tidak berketul )
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan whipping cream, susu pekat dan tepung ice cream vanilla. Putar sehingga adunan sebati.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  6.  Ratakan adunan kek ke dalam loyang yang sudah dialas dan digris. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Tabur chipsmore, cashew nut mix, pistachio dan parutan cheddar cheese. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental. Buat sehingga lapisan ke 3.
  7. Lapisan ke 4, ratakan adunan kek kemudian susun coklat cadbury dan bakar.
  8. Untuk lapisan seterusnya ulang langkah 6 sehingga lapisan terakhir.


Kek Lapis  Chipsmore Cadbury Nuts Cheddar Cheese

 

Sunday 16 April 2023

Kek Lapis Lara Kayangan

Kek Lapis Lara Kayangan



    Assalamualaikum & selamat  petang.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 4 pulak. Kek lapis ni ada rasa cheese. Lepas tu tiap lapisan ditabur dengan serbuk oreo dan parutan coklat cadbury... Rasa kek di memang sedap sebab ada letak dua bahan ni. Untuk kek ni aku letak pewarna kuning sebab nak bagi meriah sikit. Kalau resepi asal letak pewarna putih. Ikut la, kalau tak letak apa-apa pun tak pa... Janji kek sedap... Hihihiii... Kalau nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...

Kek Lapis Lara Kayangan



Kek Lapis Lara Kayangan
C&P : Nenek Kebaya ( Resepi Mama Kent )

500gm butter
10 biji telur gred A
1 sudu makan ovalette
80gm gula halus
1 sudu makan esen vanila
300gm susu pekat
250gm horlick
100gm serbuk santan
100gm susu tepung
50gm serbuk cheese putih ( boleh skip jika tiada )
250gm cream cheese
200ml whipping cream
350gm tepung superfine / hongkong / pau
400gm biskut oreo (secukupnya, dihancurkan, dipatahkan )
coklat cadbury secukupnya - diparut
pewarna putih ( aku guna warna kuning )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula, esen vanila, ovallete & cream cheese sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul sebati.
  4. Masukkan horlick, serbuk santan, serbuk cheese putih dan susu tepung.
  5. Masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.
  6. Pukul lagi dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan whipping cream.
  7. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  9. Tepi-tepi loyang tak perlu glis dan tak perlu letak kertas minyak. Permukaan bawah loyang sahaja. Boleh guna loyang saiz 8 inci / 9 inci.
  10. Mula-mula bakar adunan untuk lapisan pertama & tabur oreo crumb & cadbury parut. Gunakan api oven atas bawah lebih kurang 10 minit.
  11. Lapisan ke 2 bakar lagi & tabur oreo crum & cadbury parut dengan menggunakan api oven atas sahaja, lebih kurang 10 minit. Masa pembakaran kek 10 minit setiap lapisan adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau 10 minit tu macam tak masak lagi, boleh tambah masa membakar sehingga diyakini masak. Lapisan kedua sehingga lapisan terakhir gunakan api oven atas sahaja.
  12. Lapisan ke 3 hingga lapisan terakhir pun sama. Sebelum bakar setiap lapisan itu, jangan lupa tabur oreo crumb & cadbury parut.
  13. Lapisan  last susun biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.


Kek Lapis Lara Kayangan

 

Saturday 15 April 2023

Kek Lapis Coklat Andes

Kek Lapis Coklat Andes



       Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 3 aku buat untuk raya ni... Untuk kek ni sesuai kepada yang minat coklat yang ada perisa mint. Bagi aku sangat sedap bila rasa mint dan coklat tu bergabung. Selalu kita dok buat versi coklat cadbury, kali ni cuba buat versi yang ada perisa mint ni... Sedap ooo... Bila tengok kat gambar tu, coklat tu nampak cair kan... Ni disebabkan cuaca yang sangat panas kat perlis ni... Ni masa raya aku tak tau la cuaca lagu mana... Kalau panas macam ni boleh patah kek ni... Hihihihiiii.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....


Kek Lapis Coklat Andes



Kek Lapis Coklat Andes
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3

454gm mentega
1 sudu besar ovellet
180gm gula halus
250gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
200ml emborg dessert whip
150gm susu pekat
200gm horlicks*
350gm tepung gandum* ( satukan & ayak )
2 kotak ( 56 keping ) coklat Andes ( Andes Creme de  Menthe Thins )
pewarna turqouise dan putih


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula, cream cheese dan esen vanila hingga kembang dan licin ( cream cheese tidak berketul )
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan dessert whip dan susu pekat. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan 1 : Masukkan pewarna turquoise. Kacau rata, bahagi 6. Adunan 2 : Masukkan pewarna putih. Kacau rata, bahagi 6.
  6. Panaskan oven pada suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan berwarna turquoise. Hentakkan loyang untuk meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing ).
  8. Ulang langkah nombor 7sehingga cukup 3 lapisan turquoise.
  9. Lapis pula dengan satu bahagian adunan bagi lapisan putih. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing ).
  10. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan putih. Susun coklat andes. Bakar.
  11. Ulang langkah melapis nombor 9 hingga 10 sehingga semua adunan putih habis. Susun coklat andes pada selang dua lapisan.
  12. Bakar berlapis-lapis baki adunan berwarna turquoise sehingga habis

 

 Kek Lapis Coklat Andes


 

Friday 14 April 2023

Kek Lapis Walnut

Kek Lapis Walnut



       Assalamualikum dan selamat petang. Hari ni aku nak share resepi ke 2 kek lapis yang aku buat untuk tahun ni... Resepi asal kek ni dia bakar bahagian coklat tu bagi habis baru bakar bahagian vanila. Ikut la nak ikut versi asal atau varsi aku. Mana-mana pun boleh. Janji siap kek tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...

Kek Lapis Walnut



Kek Lapis Walnut
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang :7x7x3 atau 8x8x3


500gm mentega
300gm gula halus
10 biji telur gred A atau AA
250gm tepung gandum ( diayak )
90gm aiskrim coklat
50gm serbuk koko
60gm walnut ( disangai & ditumbuk kasar )
pewarna coklat
90gm aiskrim vanila
2 sudu teh esen vanila


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega dan gula hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  3. Perlahankan mixer. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  4. Timbang adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan 1 : masukkan aiskrim coklat, serbuk koko, pewarna coklat dan walnut. Kacau rata. Adunan 2 : masukka aiskrim vanila dan esen vanila. Kacau rata. Kemudian bahagi lagi kepada dua bahagian untuk bahagian atas dan bawah.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  6. Ratakan anggaran 7 sudu makan adunan vanila. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan vanila. Bakar berlapis-lapis sehingga habis satu bahagian vanila.
  7. Ratakan pula 7 sudu makan adunan bewarna coklat. Bakar hingga adunan kental. Ulang langkah melapis ini sehingga adunan berwarna coklat habis. Sambung lagi melapis untuk adunan vanila. Buat sehingga habis.
  8. Potong ketika kek sudah sejuk sepenuhnya.

Kek Lapis Walnut

 

Thursday 13 April 2023

Kek Lapis Jerudong Park

Kek Lapis Jerudong Park


    Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Seperti yang dijanjikan, hari ni baru sempat aku nak share resepi kek lapis untuk raya tahun ni... Tahun ni aku buat 6 jenis.... Tiap-tiap tahun aku akan buat kek lapis untuk hari raya. Macam kebiasaan pulak. Aku start buat kek lapis ni bila mula buat blog pasal kek. Bila jumpa orang share resepi kek lapis memang teruja sangat-sangat. Masa zaman aku start dulu susah jugak nak jumpa resepi kek lapis ni. Bila dah banyak laman sosial ni mudah sungguh nak dapatkan resepi. Buku resepi kek lapis pun ada. Untuk resepi ni aku cuba dari Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak ). Aku cuba 3 resepi dari buku tu. Nanti aku share kat sini. Sapa-sapa nak cuba buat kek lapis ni boleh tengok resepi kat bawah... Byee....


Kek Lapis Jerudong Park




Kek Lapis Jerudong Park
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3


500gm mentega
180gm gula halus
1 sudu besar ovellet
1 sudu kecil esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
392gm susu pekat ( 1 tin rendah )
300gm tepung gandum ( diayak )
200ml emborg dessert whip cream atau 1 tin nestle cream
200gm horlicks
60gm milo
pewarna coklat
pewarna kuning
pewarna hijau
esen pisang
pes strawberi


Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, gula, ovellet dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  3. Masukkan susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer.
  5. Timbang adunan dan bahagi kepada 4 bahagian.
  6. Adunan 1 masukkan pewarna kuning, emborg dessert whip dan esen pisang. Bahagi empat.
  7. Adunan 2 masukkan pes strawberi. Bahagi empat.
  8. Adunan 3 masukkan horlicks, pewarna hijau dan esen pisang. Bahagi empat.
  9. Adunan 4 masukkan milo dan pewarna coklat. Bahagi empat.
  10. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  11. Ratakan satu bahagian adunan bewarna coklat ke dalam loyang yang sudah dialas dan digris. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental.
  12. Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan coklat. Bakar. Ulangi langkah melapis sehingga adunan coklat habis ( 4 lapisan coklat ).
  13. Ulang langkah melapis pada nombor 6 hingga 8 untuk baki adunan bagi mendapatkan 4 lapisan hijau, 4 lapisan merah dan 4 lapisan kuning.
     

Kek Lapis Jerudong Park

 

Sunday 9 April 2023

Kaswi Pandan

Kaswi Pandan


     Assalamualaikum dan selamat petang... Hari ni muncul pulak dengan resepi kuih... Kalau ikutkan aku nak share resepi kek lapis lepas ni... Kita tunda kejap. Layan resepi kaswi pandan ni... Kali ni aku cuba kaswi pandan yang letak santan. Selalunya letak perahan air pandan ja. Tapi kali ni ada letak santan. Lagi lemak berkrim la kaswi ni. Kalau ada yang nak mencuba resepi ni boleh tengok kat bawah tuu. Lepas ni aku share resepi kek lapis pulak. Aku dah siap dah buat kek lapis untuk raya ni... Orang kata buat awal tak kalut... Biskut ja aku belom start lagi.... Berjumpa lagi kat resepi berikutnya... Bye....


Kaswi Pandan



Kaswi Pandan
C&P : Lily Suryani Mohd Ali ( cookpad )


6-8 helai daun pandan
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
setengah biji kelapa diparut ( putih )


Cara-cara
  1. Kisar daun pandan dengan air sehingga hancur. Kemudian tapis. Masukkan tepung gandum, gula, santan, tepung ubi dan air kapur kedalam air pandan tadi.
  2. Kacau sebati. Kemudian tapis kedalam dulang yang disapu sedikit minyak. Panaskan pengukus dan boleh lah dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.
  3. Kuih yang siap dikukus disejukkan. Potong apabila kuih sudah sejuk. Golekkan diatas kelapa parut yang dikukus bersama sedikit garam.


Kaswi Pandan

Thursday 6 April 2023

Puding ABC

Puding ABC


     Assalamualaikum dan selamat petang semua....Hari ni dah masuk hari ke 15 kita puasa. Cepat betul masa berlalu. Ni mungkin menu berbuka terakhir aku kot. Lepas ni aku akan share resepi kek lapis & biskut pulak laa... Dah dekat nak raya ni kena share resepi berkaitan raya la pulak... Apa-apa pun meh tengok resepi puding ABC kat bawah tu... Byee...

Puding ABC


Puding ABC


10gm serbuk agar-agar
1 liter air
300gm gula
400ml susu cair
1/4 cawan tepung kastard
2 sudu teh esen vanila
secubit garam
kacang merah dalam tin
jagung manis
cendol secukupnya
coklat emulco
pewarna merah jambu
pewarna hijau


Cara-cara
  1. Didihkan agar-agar bersama gula dan air hingga agar-agar larut.
  2. Satukan susu cair bersama tepung kastard dan gaul rata.
  3. Tuang dalam agar-agar. Tambahkan esen vanila dan secubit garam. Masak sehingga pekat.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian diletakkan jagung manis. Satu bahagian diletakkan coklat emulco dan gaul rata. Satu bahagian letakkan pewarna hijau dan cendol. Satu bahagian letakkan pewarna merah jambu dan kacang merah.
  5. Tuang satu adunan ke dalam acuan dan biarkan mengeras.
  6. Tuang lapisan kedua dan ulang proses yang sama hingga habis. Sejukkan.


Puding ABC

Puding ABCPuding ABC

Tuesday 4 April 2023

Agar-agar Cermin Mutiara

Agar-agar Cermin Mutiara



      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni hari ke 13 kita berpuasa... Disebabkan sekarang ni musim panas, aku rajin la nak share resepi pasal agar-agar atau puding ni... Sedap sikit masa nak berbuka nanti. Terasa sejuk ja kat tekak ni. Untuk resepi agar-agar ni aku tambah perasa bagi setiap warna tu. Kalau resepi asal tak letak apa-apa pun. Mudah ja nak buat agar-agar ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...

Agar-agar Cermin Mutiara


Agar-agar Cermin Mutiara
C&P : Julia ALeen Aireish ( cookpad )

1 paket serbuk agar-agar ( 10gm) *
4 cawan air *
1 helai daun pandan - disimpul *
1/2 cawan gula
2 sudu besar susu cair + esen vanila
3-4 titis pewarna pink + perisa strawberry
3-4 titis pewarna hitam + perisa coklat


Cara-cara
  1. Satukan bahan bertanda ( * ). Kacau sebati. Pasang api masak hingga gula hancur.
  2. Kemudian bahagikan setiap tiga bekas. Letak 2 senduk kecil agar-agar yang dimasak tadi.
  3. Satu bahagian dititiskan warna pink + perisa strawberry, satu bekas dititiskan warna hitam + perisa coklat dan satu bekas lagi letak susu cair + esen vanila. Kacau dan simpan di dalam peti ais supaya cepat keras. Lebihan agar-agar biarkan di dalam periuk yang masih panas.
  4. Apabila keras, keluarkan dari peti ais, potong kiub kecil. Ambil acuan agar-agar kesukaan, tabur kesemua agar-agar yang dipotong di dalamnya.
  5. Tuang kesemua lebihan agar-agartadi. Biarkan sejuk dan keras. Sedia dinikmati. Sedap makan sejuk dari peti ais.

 Agar-agar Cermin Mutiara

Sunday 2 April 2023

Dadih Jagung

Dadih Jagung



      Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Hari ni hari ke 11 kita puasa.... So, aku nak share resepi dadih jagung... Boleh la buat menu berbuka nanti. Untuk resepi ni aku tak guna santan, aku tukar guna susu full cream sebab stok santan kotak dah habis. Kita guna apa yang ada je laaa... Pastu aku tambah kordial  jagung sebab nak bagi bangkitkan lagi bau jagung tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 

Dadih Jagung

 
Dadih Jagung
C&P : Noor Ashikin Saerah ( cookpad )
 
 20+ bekas kecil
 
10gm agar-agar tali ( aku guna 10gm serbuk agar-agar )
1 tin ( 425gm ) isi jagung ( aku guna jagung manis ala krim )
1 cawan gula pasir ( aku guna 2/3 cawan gula )
6 cawan ( 1500ml ) air
1/2 tin ( 1 cawan ) susu sejat ( aku guna susu full cream )
1 kotak kecil ( 1 cawan ) santan pekat ( aku guna susu full cream )
1/2 tin ( 250gm / 1 cawan ) susu pekat manis
setitis pewarna kuning
1 sudu besar kordial jagung ( aku tambah )


Cara-cara
  1. Rendam agar-agar seketika di dalam air ( aku skip sebab guna serbuk agar-agar ).
  2. Ambil isi jagung dalam tin. Kisar bersama dengan 1 cawan air. Tapiskan.
  3. Ambil agar-agar yang telah direndam. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan gula pasir dan lebihan air. Masak sehingga mendidih serta agar-agar dan gula larut.
  4. Masukkan air kisaran jagung.
  5. Masukkan pula susu sejat, santan, susu pekat manis, kordial jagung dan sedikit pewarna kuning ( jika perlu )
  6. Renehkan seketika ( tidak perlu sehingga mendidih yang kuat )
  7. Biarkan dadih sedikit suam.
  8. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan dadih set 2-3 jam sebelum dihidangkan.
 
 
 

Dadih Jagung