Sunday 16 April 2023

Kek Lapis Lara Kayangan

Kek Lapis Lara Kayangan



    Assalamualaikum & selamat  petang.... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 4 pulak. Kek lapis ni ada rasa cheese. Lepas tu tiap lapisan ditabur dengan serbuk oreo dan parutan coklat cadbury... Rasa kek di memang sedap sebab ada letak dua bahan ni. Untuk kek ni aku letak pewarna kuning sebab nak bagi meriah sikit. Kalau resepi asal letak pewarna putih. Ikut la, kalau tak letak apa-apa pun tak pa... Janji kek sedap... Hihihiii... Kalau nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...

Kek Lapis Lara Kayangan



Kek Lapis Lara Kayangan
C&P : Nenek Kebaya ( Resepi Mama Kent )

500gm butter
10 biji telur gred A
1 sudu makan ovalette
80gm gula halus
1 sudu makan esen vanila
300gm susu pekat
250gm horlick
100gm serbuk santan
100gm susu tepung
50gm serbuk cheese putih ( boleh skip jika tiada )
250gm cream cheese
200ml whipping cream
350gm tepung superfine / hongkong / pau
400gm biskut oreo (secukupnya, dihancurkan, dipatahkan )
coklat cadbury secukupnya - diparut
pewarna putih ( aku guna warna kuning )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula, esen vanila, ovallete & cream cheese sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul sebati.
  4. Masukkan horlick, serbuk santan, serbuk cheese putih dan susu tepung.
  5. Masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.
  6. Pukul lagi dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan whipping cream.
  7. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
  9. Tepi-tepi loyang tak perlu glis dan tak perlu letak kertas minyak. Permukaan bawah loyang sahaja. Boleh guna loyang saiz 8 inci / 9 inci.
  10. Mula-mula bakar adunan untuk lapisan pertama & tabur oreo crumb & cadbury parut. Gunakan api oven atas bawah lebih kurang 10 minit.
  11. Lapisan ke 2 bakar lagi & tabur oreo crum & cadbury parut dengan menggunakan api oven atas sahaja, lebih kurang 10 minit. Masa pembakaran kek 10 minit setiap lapisan adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau 10 minit tu macam tak masak lagi, boleh tambah masa membakar sehingga diyakini masak. Lapisan kedua sehingga lapisan terakhir gunakan api oven atas sahaja.
  12. Lapisan ke 3 hingga lapisan terakhir pun sama. Sebelum bakar setiap lapisan itu, jangan lupa tabur oreo crumb & cadbury parut.
  13. Lapisan  last susun biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.


Kek Lapis Lara Kayangan

 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...