Assalamualaikum dan selamat petang... Hari ni muncul pulak dengan resepi kuih... Kalau ikutkan aku nak share resepi kek lapis lepas ni... Kita tunda kejap. Layan resepi kaswi pandan ni... Kali ni aku cuba kaswi pandan yang letak santan. Selalunya letak perahan air pandan ja. Tapi kali ni ada letak santan. Lagi lemak berkrim la kaswi ni. Kalau ada yang nak mencuba resepi ni boleh tengok kat bawah tuu. Lepas ni aku share resepi kek lapis pulak. Aku dah siap dah buat kek lapis untuk raya ni... Orang kata buat awal tak kalut... Biskut ja aku belom start lagi.... Berjumpa lagi kat resepi berikutnya... Bye....
Kaswi Pandan
C&P : Lily Suryani Mohd Ali ( cookpad )
6-8 helai daun pandan
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
setengah biji kelapa diparut ( putih )
Cara-cara
- Kisar daun pandan dengan air sehingga hancur. Kemudian tapis. Masukkan tepung gandum, gula, santan, tepung ubi dan air kapur kedalam air pandan tadi.
- Kacau sebati. Kemudian tapis kedalam dulang yang disapu sedikit minyak. Panaskan pengukus dan boleh lah dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.
- Kuih yang siap dikukus disejukkan. Potong apabila kuih sudah sejuk. Golekkan diatas kelapa parut yang dikukus bersama sedikit garam.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...